REKOD 01 HIKARI MIZUKI

Science Fiction Completed 997

[Sandakan , 20XX]

Letupan berlaku hadapan pusat beli belah, pasukan keselamatan mengepung dan orang ramai berlarian meninggalkan bangunan.

"Jangan biarkan raksasa tu keluar! Tunggu sampai zsdf sampai!" Ketua pasukan bercakap melalui walkie-talkie.
"Tembak!" Sepuluh anggota melepaskan tembakan kearah seekor raksasa yang cuba melepasi pintu keluar.

Raksasa yang berkuku tajam serta berkulit keras itu tidak berganjak dari kedudukannya dan terus maju ke depan secara perlahan-lahan.

"Zsdf tiba! Berhenti menembak!" Ketua pasukan memaklumkan.

Sekumpulan anggota beruniform merah menyerupai "Queen's Guard" datang dengan kelengkapan penuh.

Lelaki berbadan sasa memberi tabik hormat, "Ketua pasukan cawangan ketujuh zsdf, kapten syazwan bercakap."
"Individu ni secara tiba-tiba bertukar jadi raksasa dan mengorbankan satu nyawa lima belas minit lalu. Itu saja laporannya." Ketua pasukan keselamatan memberitahu kapten.

Tiga anggota termasuk Kapten Syazwan mengambil alih situasi, pasukan keselamatan berundur empat langkah ke belakang dan kekal berjaga-jaga.

Kapten Syazwan mengangkat sepucuk senjata, "Leftenan, tembak!"
"Peluru pelali, sedia." Leftenan Dryl melepaskan tembakan kearah raksasa tersebut.

"Koperal, sekarang!"

Koperal Hikari berlari ke depan dan menghayunkan katana ke lutut sasarannya yang masih mengamuk.

"Monster core stake bunker!"

Kapten Syazwan menolak senjata ke dada sasaran dan menekan picu, peluru angin yang kuat menembusi kulit keras membunuh raksasa tersebut.

"Raksasa tak lagi bernafas, selamat!"

Dryl membawa keranda bersama Hikari untuk membawa raksasa itu naik ke Syazwan mereka sementara Hikari membersihkan tumpahan darah.

Pasukan keselamatan berterima kasih dan bersurai selepas semua tugas pembersihan selesai dan ketiga-tiga anggota ZSDF meninggalkan tempat itu.

Dryl memandu kenderaan kalis letupan yang diberi nama "Pillbox", Hikari duduk di sebelah keranda dan Syazwan duduk diam mendengar radio.

Hikari membuka tingkap kecil, "Kapten, saya lapar."
"Ah, aku pun. Dryl, singgah kfc sekejap." Syazwan menganggukkan kepala.

"Buat jelah online order, send ke pejabat. Kita kan nak urus mayat ni." Dryl mengeluh.

Hikari mengeluarkan telefon pintarnya, "Okay, nak order apa?"
"Hmmm... Order sajalah chicken bucket." Syazwan merendahkan volume radio.

Pillbox tiba masuk ke dalam sebuah bangunan lama, bangkai raksasa tadi di bawa ke bilik pembakaran dan mereka segera melaksanakan ia.

Dryl membawa masuk seorang lelaki ke dalam pejabat, "Kapten, ini professor yang dihantar dari hq ke sini."
"Hazmi, melaporkan diri." Professor mengangkat tabik hormat.

"Hmmm... Macamana? Bangunan ni macam terbiar kah?" Syazwan meletakkan pen di atas meja.

"Dalamnya selesa, jadi luaran bangunan tak jadi masalah."
"Hahahaha! Bagus, tak payahlah buang bajet nak cantikkan bangunan ni. Yang penting dalamnya."

Hikari berjalan masuk ke dalam pejabat, mesyuarat bermula dengan pengenalan Hazmi yang baru memulakan tugas dengan pasukan itu.

Syazwan menulis pada papan hitam, "Walaupun pasukan ketujuh baru ditbuhkan, kita sudah selesaikan banyak kes rawak dan jumlah kita masih kecil berbanding pasukan yang sebelumnya."

"Kehadiran hazmi di sini bolehlah tolong buat analisis dan senjata baru. Bajet pun kita boleh fokus untuk keperluan yang lain. Jadi masing-masing ada peranan masa bekerja dan kekal bersedia setiap masa."

Dryl menangkat tangan, "Bagaimana pun, hikari tolong ceritakan semula macamana semua ni boleh berlaku. Mungkin hazmi kurang tahu."

"Lima belas tahun lalu, manusia secara rawak bertukar menjadi raksasa dan menyebabkan kekacauan pertama kali dilaporkan. Pada awalnya pihak tentera mahu uruskan tapi mereka juga kena jaga keamanan negara."
"Maka, syarikat industri berat zehir atau zhi mengambil alih dengan persetujuan kerajaan untuk melakukan kajian supaya masalah ni boleh dikawal kemudian diatasi. Sebab itulah zsdf atau zehir self defense force ditubuhkan."
"ZHI juga memang dah lama hasilkan kelengkapan tentera, sebab tulah mudah dapat kepercayaan terutamanya kementerian pertahanan. Ada soalan?"

Hikari memandang Hazmi, Syazwan terhidu bau ayam goreng dan Dryl melihat keluar jendela.

"Berapa harga pesanan tu?" Dryl menghulurkan tangan kepada semua orang.

"Rm92." Hikari menyerahkan duit.

"Aku bayarkan hazmi." Syazwan meletakkan duit pada tangan Dryl.

Semua orang berkumpul di pantri dan menjamu selera sebelum kembali menyambung kerja. Hazmi mengemaskan makmal bersama Dryl, Syazwan menulis laporan di pejabat manakala Hikari sedang bersenam di dalam gym.

"Ora! Ora! Ora!" "Muda! Muda!"

Hikari menumbuk beg pasir dengan pantas, bunyi pukulan bergema di seluruh arah ruangan itu.

"Bila fikirkan balik, dah hampir setahun pasukan ni ditubuhkan. Gaji pun setimpal dengan kerja, taklah teruk sangat."

Dia mengangkat pemberat 10kg dan menambah berat setiap kali selesai sepuluh pusingan.

"Taklah ada masalah dua orang tu belajar sampai habis tahun."

Dia berhenti bersenam pada jam 6 petang, segera ke bilik mandi wanita untuk membersihkan diri dan menuju ke pantri.

Dryl sedang menyediakan makan malam hari ini, Hazmi sedang membaca buku sains fiksyen.

"Kring..!"

Penggera kecemasan berbunyi, Syazwan menerima panggilan kecemasan dan mengarahkan semua anggota bersedia.

Syazwan memakai uniform, "Kes berlaku dalam gudang pelabuhan bandar. Ia seorang pengawal yang bertugas."
"Kesian." Dryl memeriksa senapang.

Hikari memakai gaunlet dan memeriksa katana. Hazmi membawa beberapa keperluan dan alatan di dalam beg silang.

Semua orang menaiki Pillbox, lampu kecemasan menyalakan dan berbunyi kemudian kenderaan terus bergerak.
Kenderaan persendirian membuka laluan kepada Pillbox dengan bergerak ke tepi jalan. Siren terus berbunyi sehingga sampai ke pelabuhan.

Hazmi memandang Hikari, "Kau memang orang jepun kah?"
"Ya. Ibubapa ku sudah lama menetap di negara ni dan aku lahir sebagai warganegara." Hikari menjawab.

Syazwan keluar dari khemah operasi, "Dengar sini. Kita masuk ke dalam. Periksa peralatan dan gerak!"

Dryl mengisi peluru senapang, "Hazmi,, apa kau bawa dalam beg tu?"
"Ubat, peluru dengan bom asap sekali." Hazmi memberitahu.

Syazwan memegang perisai dan kapak, "Mari masuk!"
"Saya jaga belakang!" Hikari membuka pintu gudang, terus memegang hulu pedang.

Mereka berempat maju ke dalam dengan berjaga-jaga. Syazwan melihat kelibat raksasa yang diburu dan mengarahkan semua orang masuk posisi bertempur.

"Gyaar!"

Raksasa itu menyemburkan api kearah mereka. Syazwan melindungi anggota lain menggunakan perisai.

"Panas!"

Syazwan melemparkan perisai ke lantai, Dryl melontarkan bom asap untuk mengaburi pandangan raksasa tersebut.

Hikari menghunus pedang, "Dryl, jangan biar dia lari sementara aku bersedia."
"Okay." Dryl memanjat sebuah kotak dan melepaskan tembakan kearah raksasa.

Hazmi menyembur cecair tahan sakit kepada tangan Syazwan yang sedikit melecur. Hikari menekan butang kecil pada hulu pedang.

Mata pedang yang gelap itu kemudian bertukar menjadi merah membara.

"Ware wa mizuki hikari, aku wo tatsu tsurugi nari!" Hikari mengangkat katana dan sedia menyerang.

Syazwan melontarkan kapak, mengena pada bahu raksasa tersebut, "Sekarang!"

Hikari berlari laju, "Zankantou! Gakai!" dan memutuskan leher sasaran tanpa masalah.

"Waga zankantou ni, tatenu mono nashi...." Hikari membersihkan darah pada katana dengan sekali libas.

Darah berpercikan di seluruh tubuh badan, Hazmi segera menyembur cecair pembersih pada Hikari dan Dryl segera mendapatkan keranda.
Syazwan melaporkan keadaan kepada ketua pengawal keselamatan dan membawa mayat bersama pasukannya pulang ke pejabat.

Dryl menguruskan hal pembakaran. Hazmi membersihkan peralatan dan keranda. Syazwan menyiapkan laporan manakala Hikari menghubungi keluarga mangsa.
Semua orang menikmati makanan segera sebagai santapan makan malam sebelum masuk ke dalam bilik tidur masing-masing.

"Ring! Ring! Ring!"

Hikari bangun dan mematikan penggera pada telefon pintarnya. Dia menyegarkan badan dan menyediakan sarapan pagi di pantri.

Hazmi memainkan radio untuk mendengar berita pagi di pantri kemudian semua orang diam sehingga selesai sarapan pagi.

"Saya gerak ke hq. Leftnenan jaga kamu semua." Syazwan memakai uniform dan menunggang motor keluar garaj.

Dryl memandang dua orang anggota bawah jagaan beliau, "Hari ni kita tolong hazmi buat kerja."
"Okay." Hikari bersetuju.

Hazmi menjemput Dryl dan Hikari masuk ke dalam makmal. Dia menunjukkan barang-barang yang masih dalam kajian dan meminta mereka menyiapkan ia.

Hikari mengambil pemutar skru, "Kau ada buat kajian tentang raksasa kah?"
"Ada, tapi masih kurang peralatan jadi aku kena bawa sampel darah ke hq hujung minggu ni." Hazmi menghidupkan mesin pencetak.

"Dah lima belas tahun" -Dryl berhenti mengetatkan nat- "Tapi hasil kajian masih belum banyak. Apa masalah yang sebenar?"

Hazmi tidak bersuara, dia terus mencetak beberapa keping kertas dan menekan papan kekunci komputer.

"Mungkin pasukan pertama boleh tolong kita, mereka kan ada sekolah untuk rekrut baru zsdf." Hikari teringat sesuatu.

Dryl menghembus nafas, "Mungkin. Lagipun bukan semua pasukan ada persefahaman. Kapten sendiri pun cuma ada hubungan dengan kapten pasukan keenam."

Hazmi meletakkan kertas di hadapan dua rakan sekerjanya, "Tiada masalah pun sebenarnya. Hq yang masih taknak keluarkan apa-apa kenyataan."
"Jadi, apa yang kau tahu setakat ni?" Dryl menanya.

"Kejadiannya disebabkan virus. Sama ada lahir secara semulajadi atau buatan manusia masih misteri. Pasukan zbi masih memburu suspek yang disyaki ada kaitan dengan kejadian ni."
"Masuk akal tapi tiada pula orang persoalankan hasil kajian selama lima belas tahun ni?"

"Senang. Tujuh puluh peratus penduduk bandar ni pun bekerja dengan zhi. Gaji yang lumayan dengan kelebihan tambahan bila kerja mestilah buat semua orang tidur lena dibuai mimpi."
"Begitu rupanya..."

Hikari meletakkan pemutar skru atas meja, "Kau pernah nampak muka pengerusi zhi kah dalam mana-mana majlis?" menukar topik perbualan.
"Tak. Orang atasan pun tak pernah tengok muka sebenar dia macamana. Selalu nampak pun wakilnya." Hazmi meneliti kertas kerja.

"Ting! Tong!"

Dryl berhenti bekerja, meninggalkan makmal buat seketika waktu.

"Kau cakap kau lahir di negara ni. Negeri apa? Bandar?" Hazmi kembali bersuara.
"Sabah, bandar sandakan ni lah. Kau?" Hikari memeriksa skru.

"Tabobon. Apa sebab kau kerja di sini?"
"Kau nak dengar jugak kah?"

"Cerita saja."
"Aku bekerja di sini sebab nak cari cukup duit hantar adik-adik aku belajar di universiti dalam bidang yang mereka memang minat."

Suasana kembali senyap, Dryl masuk semula ke makmal dengan fail dalam tangannya.

Hikari kembali menyambung kerja, menyanyikan lagu kegemaran iaitu "Inferno" oleh Mr Green Apple.

Dryl membuka, "Diam." dan memeriksa dokuman yang terkandung di dalam fail itu.

Semoga kau sihat dan selamat. Hikari atau 光 bermaksud cahaya, macamana dapat ilham nama ni pun tengah masak makan malam. Ia datang secara tiba-tiba jadi ambil sajalah. (≧▽≦) Jumpa lain hari. Terima kasih. (人 •͈ᴗ•͈)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience