[ZSDF MAIN HQ]
[0900 AM]
Kolonel Hikari berdiri di tengah bilik mesyuarat yang gelap, pancaran lampu difokuskan kepadanya.
Ketua Panglima ZSDF, Mohamad Yusuf Amanullah duduk di hadapan bersama Kapten Syazwan dan Kapten Alchemilla dari Cawangan Pertama ZSDF mendengar rakaman suara sesi soal jawab antara Hikari dengan pasukan penyiasatan sehingga selesai.
Kapten Alchemilla meletakkan pen, "Kolonel, kamu lepaskan raksasa yang boleh membantu zsdf lebih memahami virus ni. Keselamatan awam semakin tergugat kerana tindakan kamu 3 hari lepas."
"Tapi nyawa private elijah dan mary dalam bahaya. Ia melibatkan hidup dan mati." Kapten Syazwan mencelah.
Kapten Alchemilla menjeling, "Kapten syazwan, kau lupakah apa sumpah yang kita lafazkan selepas tamat sesi latihan akademi dulu?"
"Aku tak lupa. Lindung, jaga dan bantu orang awam adalah benda wajib kita buat. Kolonel hikari pun lakukan benda yang sama." Kapten Syazwan mengetuk jari atas meja.
"Memang dia buat, yang menimbulkan tanda tanya sama ada dia bersekongkol dengan dua individu yang menyerang mereka."
"Tak logik, Kalau dia bersekongkol, buat apa mereka pukul dia sampai cedera tulang belakang?"
Kapten Alchemilla merenung Hikari, "Dia boleh saja berlakon, siapa tahu berapa banyak dia kena bayar untuk buat kerja ni."
"Aku yakin dia tak buat kerja kotor untuk sara yuran universiti adik-adik dia." Kapten Syazwan memandang Panglima Yusuf.
"Itu menambahkan kecurigaan aku. Yuran universiti mahal, golongan orang biasa macam dia memang sentiasa perlukan duit. Jadi tak kisah buat apa kerja penting duit ada."
"Dia anggota yang setia, aku yakin dia tak bersalah."
"Setia? Jadi kenapa dia lepaskan raksasa tu? Seorang askar yang setia tak pernah abaikan misi."
"Tapi, nyawa anggota lebih penting. Kita tak mahu alami kesan yang teruk akibat hilang anggota."
"Sekarang ni pun, kita dah alami kesan teruk. Lebih baik kita selesaikan kes ni cepat dan buat persiapan untuk serangan raksasa dalam skala besar."
"Jangan buat keputusan terlalu cepat, jangan sampai orang tak bersalah disalahkan."
Panglima Yusuf mengangkat isyarat tangan, "Kolonel, betulkah kamu ada jumpa raksasa yang boleh semburkan api?"
"Ya, tuan." Kolonel Hikari menjawab ringkas.
"Macamana kamu kalahkan?"
"Guna thermal scope. Fragmentation bomb."
Panglima Yusuf memandang skrin tablet, "Lagi satu, kamu yang buat keputusan untuk bawa raksasa dari tembok bandar ke pangkalan bukan?"
"Ya, itu keputusan saya." Kolonel Hikari mengangguk kepala.
"Jadi, kenapa kamu lepaskan ia hidup-hidup pada musuh?"
"Nyawa private mary dalam bahaya. Private Elijah tengah berusaha hentikan pendarahan dan saya sibuk uruskan musuh."
Panglima Yusuf menyandar pada kerusi, "Kalau semua orang salahkan kolonel bila keadaan jadi lebih buruk, kamu rasa bersalahkah?"
"Tak." Kolonel Hikari melihat wajah panglima.
"Maksudnya, walaupun dunia ni menentang. Kamu masih akan berdiri dan ikut pilihan kamu sendiri?"
"Ya, kenapa saya perlu takut dengan pilihan sendiri?"
Panglima Yusuf mengeluarkan sebatang pen dari poket uniform, "Saya fikir cukup sampai sini saja. Sila tunggu di luar sebelum dengar keputusan kami."
"Izinkan saya, tuan." Kolonel Hikari meninggalkan bilik dengan senyap.
Leftenan Dryl duduk menemani Kolonel Hikari di luar bilik, menghulurkan segelas teh panas.
"Semua okay?"
"Tak tahu. Saya pun tak fikir untuk benda ni jadi bila lepaskan misi demi anggota skuad."
"Ada kalanya kita kena langgar arahan bila tahu ia salah dan berpegang kepada hal yang baik."
"Siapa ajar leftenan ayat tu?"
Leftenan Dryl ketawa sinis, "Saya dan kapten ada kawan yang suka ungkap ayat begitu."
"Kawan sejak bangku sekolah?" Kolonel Hikari meneguk teh.
"Ya. Dia bukannya excel dalam spm pun tapi sekarang dah berjaya daripada kami."
"Macamana keputusan spm nya?"
Kapten Syazwan membuka pintu bilik, "Hikari, masuk. Keputusan sudah ada."
Kolonel Hikari berdiri di tempatnya semula, cahaya lampu menerangi seluruh penjuru.
Kapten Alchemilla yang memakai uniform hitam, berambut ungu gelap memegang tablet dengan senang hati.
Panglima Yusuf berdiri, "Kolonel hikari. Dalam masa 24 jam, serahkan katana kepada kapten syazwan. Kamu tak lagi perlu berkhidmat dengan zsdf."
"Baiklah, tuan." Kolonel Hikari mengangkat tabik hormat.
[PANGKALAN ZSDF KE-7]
[0100 PM]
Hikari duduk dalam pejabat, "Kapten, kenapa saya digugurkan?" dan meletakkan katana di atas meja.
"Kapten alchemilla dapat yakinkan panglima dengan sebab elak cerita ni tersebar dan jaga imej zsdf." Syazwan memegang gelas air suam.
Hikari mengusap air mata, "Terima kasih sebab jaga makan minum saya di sini."
"Dua tahun kau di sini, aku hargai semua penat lelah kau. Aku dah cuba yang terbaik, maaf." Syazwan menenangkan anggota beliau.
Hikari meminta izin keluar pulang ke bilik asrama, seorang lelaki memakai suit hitam menahan dia di hadapan pintu keluar pejabat.
"Tumpang tanya, kapten syazwan ada dalam pejabat?"
"Ah, ya. Kapten ada dalam pejabatnya."
Hikari terus berjalan keluar, melalui kawasan parking yang lapang yang bising dengan Hazmi bersama anggota lain bermain bola sepak.
"Hikari! Hati-hati!" Hazmi menjerit dari jauh.
Sebiji bola datang menampar lengan kanan Hikari, dia segera mengambil bola menggunakan kedua-dua tangan.
"Jangan main bola waktu begini."
Hazmi dan anggota lain menyambut bola apabila Hikari melontarkan ia tinggi atas langit.
"Kenapa dengan kolonel tu, professor?"
"Tak tau."
Hikari memasukkan beberapa helai baju serta barang peribadi ke dalam beg pakaian. Menukar sarung bantal, cadar tilam dan kain langsir.
Dryl mengetuk pintu, "Kapten minta aku hantar kau pulang rumah. Jom."
"Terima kasih." Hikari menundukkan kepala.
Dryl memandu van membawa Hikari meninggalkan pangkalan sambil menghidup air-conditioning.
"sekarang kau nak kerja apa?"
"Buka kedai makan peninggalan mak ayah sajalah."
"Nak beli barang jualan sekali?"
"Itu nanti saya urus."
"Kalau perlukan apa-apa, call saja."
"Hmm. Kalau saya pernah buat salah, maafkan saya ya."
Dryl menekan pedal brek, "Tak apa, fokus saja dengan kerja kau nanti."
"Leftenan," -Hikari merenung ke luar tingkap- "Nanti singgah market kejap, nak beli barang dapur."
"Okay."
Dryl menghentikan van depan Pasaraya Servay dan menunggu Hikari selesai membeli barang dapur.
Sejurus Hikari baik semula ke dalam van, Dryl menghantarnya pulang ke sebuah rumah kedai yang masih menggunakan kayu sebagai bahan binaan utama.
Dryl meletakkan barang di depan pintu, "Jaga diri, aku doakan kau berjaya dunia akhirat."
"Terima kasih, leftenan. Sampaikan salam saya kepada mary dan elijah." Hikari menutup pintu rumah.
Dia kemudian mengemaskan barang dapur di dalam peti sejuk serta almari dan berehat bawah kipas di ruang tamu.
"Bagus mandi sekarang."
Dia mengemas baju dalam almari, melontarkan uniform yang kotor ke dalam bakul dan membersihkan badan di bilik mandi.
"Kalau bukak kedai makan tu, guna resepi lama jelah. Nampak unik sikit."
Hikari merendamkan diri dalam tub mandi, merenung siling yang berwarna putih, "Cari buku resepi lah lepas ni."
Hikari dengan memakai baju tidur membuka kotak berlabel "Hal-Hal Kedai" di dalam stor.
"Bahan-bahan ni kena cari pembekal dekat pasar. Pasal lesen boleh urus esok. Nak advertise boleh guna internet."
"Menu baru pun kena tambah jugak, taklah orang tua saja yang datang. Nak buat research gak ni."
"Kalau begini, kenalah jugak hire seorang dua part-timer. Gaji tu bagi cukup duit poket dahlah."
Hikari memeriksa peta kawasan tempat tinggal menggunakan komputer di ruang tamu.
"Sekolah, tokong, masjid, kuil. Semua dekat dengan kedai ni, so few menu kena modify. Buka jam 6 pagi, tutup 6 petang."
"Macamana kalau bagi free sample dulu depan kedai esok? Itu pun cara bagus. Minta tolong ngan kapten dan lain-lain bolehkah?"
Hikari menulis nota pada telefon pintar mengikut susunan dan kedengaran bunyi bising di luar rumah.
Apabila membuka pintu, sekumpulan budak nakal sedang melepak minum minuman beralkhohol membuat bising.
Hikari mendekati, "Dah malam ni, janganlah bising."
"Diamlah! Aku pukul kau nanti baru tau!" Ketua kumpulan mengangkat botol arak.
Hikari berjalan masuk ke dalam rumah, 5 minit kemudian keluar semula memegang sebungkus sosej bakar.
Hikari menghidangkan, "Makanlah, sosej bakar dengan arak sedap tau."
"Tahu pun takut." Ketua kumpulan memanggil anak buahnya untuk menikmati sosej bakar.
Hikari mendekati si ketua, "Kalau nak lagi, datanglah esok malam."
"Bolehkah?" Ketua kumpulan menanya.
Hikari melontarkan senyuman, Ketua kumpulan berasa gembira dan menyuraikan anak buahnya pulang ke rumah.
Selesai mengunci pintu, Hikari menutup bekas barang menjahit dan menyimpannya dalam almari.
Dia mula memasak sayur tumis kering bersama ikan bakar serta semangkuk nasi putih.
Akhir sekali, menonton berita di kaca TV sambil menikmati makan malam adalah yang terbaik untuknya.
"Zehir heavy industries telah merasmikan pembukaan kilang baharunya di moskow russia..."
"Kebakaran hutan disebabkan titik panas telah menyebabkan IPU mencecah bacaan berbahaya..."
"Serangan bom berlaku di dua lokaliti secara serentak dan pihak pengganas mengaku bertanggungjawab..."
"Kini, kita ke perkembangan dunia sukan-"
Hikari mematikan TV menggunakan alat kawalan jauh, membasuh pinggan mangkuk di sinki dan memberus gigi dalam bilik mandi sebelum naik ke atas katil.
Keesokkan hari, Hikari bangun awal pada jam 5 pagi untuk berjalan kaki ke pasar terdekat. Dia terserempak budak-budak nakal malam tadi terbaring tepi jalan raya.
Dia terus berjalan tanpa berbuat apa-apa, "Orang macam korang bazir oksigen bumi tau.."
Apabila di pasar, dia terus ke bahagian belakang berjumpa para pembekal ikan serta sayur. Mereka berbincang dan mencapai persetujuan tanpa halangan.
"Bekalan settle. Sekarang lesen kena renew." Hikari berjalan dan menaiki bas awam di Pondok Perhentian Bas.
Ketika di Pejabat Pendaftaran Daerah, Hikari berjalan ke kaunter mengikut nombor giliran dan melakukan urusan dengan lancar.
"Lesen, settle. Sekarang buat sample makanan pastu bagi orang lain rasa."
Hikari singgah ke pasaraya membeli beberapa bahan masakan dan menempah perkhidmatan e-hailing untuk pulang ke rumah.
Pada jam 7 pagi, Hikari yang sudah pulang ke rumah terus menghidupkan dapur. Memasak sampel makanan kemudian membuka meja di depan kedai.
Dua pelajar sekolah singgah melihat makanan di atas meja, "Akak jualkah?"
"Tak, yang ni free. Nak rasa?" Hikari menghidangkan telur gulung atas pinggan kertas.
"Sedapnya!"
"Yakah? Baguslah!"
Beberapa jiran terdekat juga singgah melihat apa yang tersedia di atas meja. Mereka merasa sampel percuma yang Hikari sediakan.
Akhirnya, Hikari mengemas meja dan menutup kedai setelah semua sampel habis dirasa tadi pada jam 10 pagi.
"Rasanya, aku memang kena bukak kedai ni semula!"
Selamat pagi, saya doakan semua orang sihat. Bab kali ni Hikari mendapat ujian dan macamana dia hadapinya? Saya akan berusaha mengekalkan dan menambah baik jalan cerita supaya masa membaca para pembaca berbaloi. Jangan lupa kongsi pada rakan-rakan, ahli keluarga kalau berasa seronok dengan cerita ni. Kalau nak komen, tulis saja. Saya pasti baca dan balas. Terima kasih sebab masih membaca dan ikut cerita ni. Smile! Smile!
Share this novel