Hari ini, Izakaya Mizuki terpaksa tutup awal sebab kehadiran seorang tetamu istimewa iaitu Zehir Mohammad Iszran Mohd Ali yang datang berseorangan.
Hikari menghidangkan sepinggan kecil ayam goreng, "Silakan."
"Terima kasih. Duduklah sekali." Iszran mengelap tangan guna tisu.
"Maaflah sebab saya lambat layan. Orang ramai tadi."
"Tak apa. Saya dah kosongkan jadual untuk hari ni. Resepi ayam goreng ni, sendiri buatkah?"
"Ya, hasil sentuhan arwah ibu saya."
Iszran mengelap bibir, "Pagi tadi saya sudah dengar kenapa awak diberhentikan."
"Imej zsdf adalah imej encik." Hikari duduk menghadap beliau.
"Kadangkala, kita perlu lawan arahan yang salah dan terus berpegang pada penyelesaian terbaik."
"Ya, itulah saya tak rasa bersalah bila berhadapan dengan tuan panglima."
"Alchemilla bertindak terburu-buru bukan?"
"Saya tak pasti."
"Alchemilla jenis tak mahu rasa susah, sebab itulah dia buat keputusan begitu tapi niatnya tu baik."
"Saya dah dengar yang dia menjaga imej tuan."
Iszran senyum, "Satu perkara lagi, tingkahlaku zero macamana selama kamu kerja bersama?"
"Zero..?" Hikari tertanya-tanya.
"Saya diberitahu kamu namakan dia olivia."
"Oh, encik yang cipta dia?"
"Hmm, ya. Untuk tolong buat kerja rumah."
"Eh? Jadi kenapa hantar dia ke zsdf?"
"Berbanding terus leraikan, lebih baik saya cuba kebolehannya pada suatu persekitaran yang lain. Cakaplah."
Hikari menarik nafas, "Sebenarnya, olivia bagus dalam kerja restocking dan checking item yang masuk base. Kadangkala kerja berat pun dia tolong buat. Tapi kekadang kesian jugak tengok dia."
"Kesian? Kenapa?" Iszran sedia mendengar.
"Dia cuma baca buku atau melukis ketika saya sedang makan. Perasan juga dia menjeling pada makanan dua tiga kali."
"Macamana pula combat ability?"
"Kerja sniping sesuai untuk dia sebab tak pernah miss any shot. Observing pun dia boleh buat."
Iszran merenung cawan teh, "Setujukah cik kalau saya tawarkan untuk kembali bekerja dalam zsdf?"
"Tapi saya kena uruskan hal kedai-." Hikari terkejut.
"Anak saya sekarang ni baru habis spm. Tak apa kan kalau dia kerja di sini buat sementara waktu?"
"Boleh tapi bayaran taklah banyak."
"Jangan risau, saya nak dia isi pengalaman saja. Macamana?"
Hikari berasa berat hati, "Boleh beri saya masa untuk berbincang dengan adik-adik saya?"
"Silakan tapi jangan terlalu lama." Iszran mengangguk kepala.
Hikari mengira, "Semuanya rm5.50."
"Keep the change." Iszran menyerahkan sekeping wang RM10.
"Terima kasih."
"Telefon saja bila sedia nak jawab."
"Baiklah, selamat jalan."
Encik Iszran tinggalkan sekeping business card atas kaunter dan jalan keluar dari kedai. Hikari membersihkan peralatan memasak dan menutup kedai sebelum pulang ke rumah.
Hikari meminta adiknya untuk kekal di meja makan selepas waktu makan malam. Dia menceritakan hal yang Encik Iszran tawarkan tadi.
Akuma meletakkan gelas, "Kalau ikut hati akak, nak masuk balik atau tak?"
"Nak tapi hal-hal kedai kena ajar pada kau." Hikari garu pipi.
"Akak terimalah. Kuma tak halang kalau itu keputusan akak."
"Bagitau mirai, taklah dia pening dengar kakak keluar masuk balik zsdf."
"No problem."
Akuma menaip mesej kepada adik bongsunya manakala Hikari membasuh gelas yang mereka berdua gunakan tadi. Dia duduk menghadap adiknya selepas mengeringkan gelas dengan kain bersih.
Hikari memegang business card, "Encik iszran nak anak dia kerja dengan kita buat sementara waktu."
"Dia boleh saja kerja dengan bapanya kan?" Akuma berasa hairan.
"Encik iszran mahu anaknya isi pengalaman saja, apa salahnya?"
"Betul jugak, zaman sekarang pun pentingkan pengalaman."
Hujan lebat mula membasahi kawasan perumahan dan angin sejuk membuatkan adik beradik itu berasa mengantuk lalu memaksa mereka tidur awal pada malam itu.
Pagi hujung minggu, Hikari tetap bangun awal seperti biasa untuk bersenam di ruangan khas bawah tanah.
Dia melakukan tekan dan bangkit tubi kemudian squats bersama angkat berat selepas itu.
Selepas berehat 5 minit, dia meneruskan senaman dengan mengangkat berat sebanyak 50kg dan berlari atas mesin larian.
Pada masa yang sama, Akuma bermain online video game dalam selimut walaupun sudah bangun.
Dia bangun dari katil dan duduk atas kerusi menghidupkan komputer melayari beberapa laman sesawang membeli belah atas talian untuk mencuci mata.
Selesai melakukan pembelian, dia menarik tuala masuk ke bilik mandi untuk menyegarkan badan.
Hikari duduk di ruang tamu, "Lama juga kau mandi."
"Alah, apa salahnya? Hari ni kan hari minggu." Akuma meregangkan badan.
Hikari mengambil giliran untuk mandi sementara Akuma memasak sarapan pagi di dapur.
Dua pinggan pancake panas menjadi pengisi perut pada waktu pagi adik-beradik tersebut.
Hikari membasuh pinggan, "Nak pergi pasar minggu?"
"Mau!" Akuma gembira.
"Pakai simple-simple cukup. Bukannya kita masuk harbour mall."
Akuma kecewa, "Alah, singgahlah, bukannya jauh pun dari pasar minggu."
"Jangan buang duit, belum kau kenyang main game di telefon dengan komputer?" Hikari mengeraskan suara.
Si adik mengalah kepada kakak dan berjalan masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian.
Apabila tiba di bandar, Hikari dan Akuma menyeberangi jalan raya ke pasar minggu yang mengambil masa selama dua minit berjalan kaki.
Pasar minggu bandar Sandakan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu makanan, pakaian dan hasil tani serta ternakan.
Hikari hanya membeli makanan yang dimasak panas manakala Akuma
melihat pakaian di beberapa khemah peniaga.
Dalam keadaan yang sesak, para pengunjung berlanggar bahu termasuk Hikari yang terlanggar lelaki tinggi berpakaian hitam secara tidak sengaja.
Hikari memegang bahu, "Maaf."
"Hmm." Lelaki itu terus berjalan sambil meneguk sebotol cecair merah jambu.
Tindakan Dos yang meneguk cecair yang sama bermain di mata Hikari. Dia terus menarik tangan Akuma supaya tidak berpisah.
Lelaki itu rebah ke atas tanah sambil menahan sakit kemudian menyerang orang awam secara mengejut.
"Panggil polis! Ada orang gila!"
"Arr..!"
Lelaki tadi bertukar kepada seekor raksasa di depan mata khalayak ramai dan menimbulkan kekecohan sehingga semua orang mengosongkan kawasan pasar minggu.
Akuma menarik plastik makanan, "Kenapa boleh jadi begini?"
"Nanti kakak cerita." Hikari keluarkan telefon membuat satu panggilan.
Pasukan Polis bergegas bersiap di laluan masuk pasar, "Jangan bagi raksasa tu keluar!"
"Ini hasil laporan orang awam." Seorang anggota serahkan sekeping nota kepada Ketua Pasukan.
Ketua Pasukan mengangkat pistol, "Kepung, jangan bagi raksasa ni lari!"
Pasukan Polis bergerak mengikut arahan serta mengekalkan jarak selamat dan hanya melepaskan tembakan apabila raksasa cuba bergerak untuk menyerang.
Siren berbunyi dan Pillbox ZSDF tiba, Kapten Syazwan bersama pasukan beliau melangkah keluar mengambil alih tugas untuk menumpaskan raksasa.
Hikari meninjau dari tepi sebuah kedai, "Dah sampai pun kamu."
"Selagi akak tak masuk secara rasmi jangan fikir untuk melompat masuk walaupun di sana tu kawan sekerja akak dulu." Akuma meminum air limau sehingga habis.
"Ya, kakak tahu tapi nak tengok kemajuan tempur mereka."
"Oh..."
Akuma berasa bimbang dan memegang kain pakaian kakaknya supaya tidak bertindak melulu kearah pasukan ZSDF.
Kapten Syazwan menangkap raksasa menggunakan kedua-dua belah tangan. Leftenan Dryl melepaskan ubat pelali untuk memudahkan kerja mereka.
Private Mary dan Elijah mengikat dan menarik tangan raksasa ke belakang secara serentak.
Serangan terakhir Kapten Syazwan yang lakukan dengan menolak senjata pemusnah ke dada raksasa.
Ketika kerja pembersihan berlangsung, Hikari datang membawa beberapa botol minuman sejuk.
Kapten Syazwan mengambil sebotol, "Terima kasih. Kau baru sampai?"
"Tak, sebelum orang tu jadi raksasa lagi." Hikari senyum.
"Sebelum?"
"Biar saya cerita."
Hikari menceritakan apa yang berlaku kepada Kapten Syazwan dari awal sehingga habis.
"Aku akan bawa info ni ke monthly meeting esok. Syukur kau selamat."
"Ada masa datanglah kedai, saya belanja."
"Pasti, dengan izin tuhan."
"Saya gerak dulu, jumpa lain kali."
"Jalan bagus-bagus."
Hikari bersama Akuma membuat keputusan untuk pulang ke rumah dan duduk pada bahagian kerusi belakang di dalam bas awam.
Akuma melihat lantai, "Kak, tanya sikit boleh?"
"Banyak pun tak apa." Hikari duduk lebih dekat.
"Selama kami tiada di sini 7 tahun, akak kerja begini untuk bayar yuran study kami?"
"2 tahun terakhir saja kakak kerja dengan zsdf. Sebelum tu kerja banyak tempat."
"Kenapa akak tak fokus saja dengan kedai keluarga kita?"
"Itu untuk iktihar terakhir."
"Jadi, akak kerja apa 5 tahun tu?"
"Ladang, laut, pertukangan, pembinaan."
"Maaflah sebab kami susahkan akak."
Senyuman terukir pada wajah Hikari dan dia menggenggam kedua-dua pergelangan tangan adiknya sekuat hati.
"Dalam banyak kerja yang kakak buat, zsdf ni paling kakak suka."
"Kenapa?"
"Kakak rasa tenang di hati bila tengok muka gembira orang ramai yang kami lindungi sepenuh masa."
"zsdf tu kerja lawan raksasa sajakah?"
"Tak, ganding bahu dengan agensi lain ketika bencana alam, banteras jenayah pun kerja kami."
Bas berhenti di stesen bas, kakak dan adik itu menyambung berjalan kaki masuk ke dalam kawasan perumahan.
Hikari menutup pintu rumah, "Malam ni nak makan apa?"
"Apa-apa pun boleh." Akuma baring atas sofa.
"Mi sup ayam?"
"Boleh jugak. Saya nak rehat dulu."
"Pergilah."
Akuma masuk ke dalam bilik tidur. Hikari mencapai telefon pintar mendail nombor yang tertera pada business card Encik Iszran.
Panggilan diangkat, "Selamat tengahari, siapa di sini?"
"Selamat tengahari, ini encik Iszran?" Hikari bersuara ceria.
"Ah, cik hikari. Macamana? Saya sedia dengar jawapan cik."
"Saya terima tawaran itu. Berkaitan anak encik, bila dia boleh datang kedai?"
"Esok saya akan bawa dia ke kedai untuk temuduga."
"Terima kasih. Saya cuma perlu ke pejabat zsdf untuk daftar semula kemasukkan saya kan?"
"Esok cik ikut saya ke pejabat untuk urusan tu, saya akan tolong sampai habis. Ada apa-apa lagi?"
"Tiada, maaf sebab menggangu hari minggu encik. Terima kasih."
"Sama-sama."
Telefon pintar berbunyi beberapa minit kemudian selepas Hikari menamatkan panggilan dengan Encik Iszran.
Hikari mengangkat telefon, "Ya, siapa ni?"
"Ni mirai lah. Betulkah akak nak masuk balik zsdf tu?" Adik bongsu bercakap.
"Ya. Kamu tak setujukah?"
"Saya tiada masalah pun dengan itu. Nak bagitau, regional tournament yang saya cakap hari tu kena tunda tiga bulan akan datang. Jadi lusa saya ambil flight pulang, ada apa-apa nak kirim?"
"Beli saja makanan, keychain cukuplah."
"Okay, esok saya call lagi."
"Bye."
Mirai memutuskan panggilan, Hikari baring pula atas sofa yang tiba-tiba berasa empuk dan menenggelamkan dia. Tanpa sedar, dia tertidur lena hingga petang.
"Wa...ga...zan! kant! ou!"
Akuma yang berdiri depan pintu bilik merakam aksi kakaknya mengigau dengan senyuman kegembiraan.
Nama "Akuma" sebenarnya bawa maksud "Syaitan" @ "Demon" sebab dia memiliki taring yang tajam. Namun Hikari cuma panggil dia "Kuma" bermaksud "Beruang" kerana dia suka menangkap ikan sewaktu budak-budak dulu. Terima kasih sebab masih membaca dan ikut cerita ni. Smile! Smile!
Share this novel