Kapten Alchemilla selaku ketua bagi Pangkalan ZSDF Pertama sentiasa mengumpulkan semua anggota di dewan perhimpunan pada awal pagi.
Seluruh kawasan pangkalan sudah berhias panji dan bendera sempena bulan kemerdekaan.
Kapten Alchemilla berdiri atas pentas kecil, "Semua sudah ada?"
"Sudah, tuan." Semua anggota menjawab.
"Bagus. Lagu negaraku."
"Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
selamat bertakhta..."
Semua anggota menyanyikan lagu kebangsaan dengan badan tegak serta suara lantang sehingga selesai.
"Lagu sabah tanahairku."
"Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.
Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka..."
Selesai menyanyikan lagu negeri, Kapten Alchemilla mengeluarkan buku nota kecil dari dalam poket uniform beliau.
"Kita ada lagi tiga hari sebelum sambutan hari kemerdekaan wilayah persekutuan dan negeri. Kepada anggota yang sertai perarakan, teruskan latihan. Selebihnya, kerja macam biasa."
"Skuad satu siap sedia bila ada kes semasa skuad dua keluar. Jangan curi tulang, faham?"
Semua anggota mengangkat tabik hormat, "Faham!". Kapten Alchemilla menamatkan perhimpunan pagi dan bekerja di dalam pejabat.
10 minit kemudian, lonceng kecemasan berbunyi dan skuad kedua terus bergerak ke lokasi kejadian.
Kapten Alchemilla fokus mengemas fail pada rak kecil sambil mendengar kicauan burung bermain di tepi tingkap.
Leftenan Olga selaku setiausaha membuka pintu pejabat, "Ada surat untuk kapten."
"Terima kasih." Kapten Alchemilla duduk atas kerusi dan membuka sampul untuk baca isi kandungannya.
"Kepada kakak,
Hari ni saya dah mula latihan bersama tentera laut. Kita takkan jumpa selama 3 bulan.
Esok birthday erika. Kalau kakak beri hadiah, mesti dia gembira. Dia dah lama rindu nak jumpa kakak.
Akhir sekali, chrysanthemum pun dah bertunang. Saya harap kakak melawat ke rumah dia bila ada masa.
Sekian, bougainvillea."
Kapten mengoyak surat lalu membuang serpihan masuk ke bakul sampah tanpa sebarang reaksi.
"Kring..!"
Lonceng kecemasan berbunyi kali kedua, Leftenan Oriana meminta semua anggota skuad 1 segera bersiap.
Spanish-style double breasted coat dan topi askar berwarna navy-blue adalah combat uniform bagi Kapten Alchemilla.
Dia memakai gaunlet dan boots besi kemudian menolak pintu pejabat menuju ke garaj.
Pillbox berangkat meninggalkan pangkalan, siren kecemasan lantang berbunyi sebagai isyarat kepada pengguna jalan raya.
Kapten Alchemilla menekan tablet, "Jangan ada sesiapa yang mati pada raksasa. Faham?"
"Faham." Anggota mengangguk kepala.
Apabila sampai, tiga anggota segera membawa semua guru dan pelajar masuk berlindung di dewan sekolah.
Kapten Alchemilla dan Leftenan Oriana mengikut bunyi teriakan dan amukkan yang keras sehingga tiba di kantin.
Raksasa bertanduk menyedari ketibaan dua anggota wanita itu terus mencapai, melontarkan meja makan kepada mereka.
Leftenan dan Kapten berpecah dua untuk mengelirukan raksasa sambil mencari peluang menyerang.
Oriana lepaskan fire support ketika Alchemilla melangkah masuk bertempur jarak dekat bersama raksasa.
Cakaran kuku tajam mengoyakkan papan meja dan kerusi kayu. Raksasa terus bertindak aggressif menendang serpihan kayu tajam kearah Oriana.
"Leftenan."
Alchemilla menggenggam tangan, serpihan yang berterbangan berputar semula menikam setiap bahagian sendi raksasa.
Oriana melepaskan tembakan pada dahi raksasa sehingga dua kali menukar magazine.
"Kapten, dahi raksasa ni keras macam besi!"
Alchemilla menarik raksasa dan menghumbannya ke padang sekolah. Raksasa berdiri bangun semua luka kembali pulih secara perlahan dan mulutnya mula berapi.
"Regenerative ability and flaming organ. Ini bermakna ia lebih kurang macam kes yang hikari cerita hari tu."
Alchemilla menarik berbelas-belas bilah pedang kemudian lontarkannya kepada raksasa tapi semua berjaya dia tepis jatuh.
"Sturdy skin, fast response. Raksasa ni ada adaptability."
Semua pedang terbang semula kepada tuannya, Alchemilla memberi isyarat kepada Oriana yang jauh di belakang untuk berlindung.
Anak mata Alchemilla berwarna bluish-red box menyala cerah dan dia membuka kekuda.
Raksasa mengubah saiz tangannya lebih besar berbanding sebelumnya.
Oriana yang berada atas bumbung kantin menyasarkan senjata dari jauh untuk sebarang kejadian luar jangkaan.
"Kyaa..!"
Raksasa cuba menerkam namun mendapat tumbukan balas pada bahagian dada daripada Kapten.
"Gaa..!"
Alchemilla mendaratkan tendangan padu menolak Raksasa ke udara dan tangkas menghunus semua pedang.
"Behold, this is finale."
Semua pedang terbang mengelilingi tubuh badan Alchemilla dengan kelajuan maksima sehingga Oriana tidak dapat melihat sebilah pun.
"It's already be your fate."
Satu per satu pedang dia lontarkan ke udara dengan daya tolakan yang kuat menyasarkan dada Raksasa di udara.
"Ahh! Yaargh..!"
Pedang terakhir menembusi dada Raksasa, sang Kapten membuka pelukan bermandi darah bersama senyuman kepuasan.
Oriana melompat turun dari bumbung kantin dan menghulurkan sehelai sapu tangan kepada Kapten.
Alchemilla mengelap darah pada muka, "Sediakan laporan makmal."
"Baiklah." Leftenan Oriana mengunci picu senapang.
"Raksasa ni bukan biasa. Kertas laporan kali ni kena lebih sikit."
"Nanti saya tolong ya."
"Terima kasih. Panggil yang lain, aku nak jumpa guru besar."
Setengah jam proses pembersihan berlangsung, para guru menelefon keluarga murid dan menutup sekolah lebih awal. Pihak ZSDF menguruskan hal berkaitan akan mangsa.
Suatu panggilan mengejutkan Kapten Alchemilla semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan.
"Leftenan, dari pangkalan nanti terus taman fajar. Ada kes di sana. Aku gerak dulu."
"Baiklah!"
Pillbox kembali menyuarakan siren kecemasan, kenderaan sekeliling bergerak ke tepi untuk memudahkan pergerakan mereka.
Kapten Alchemilla memanjat naik atas Pillbox menutup mata tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
"God, lend me your power and send me to fight the darkness."
Kapten Alchemilla membuka mata tenaga mengalir ke seluruh badan mengapungkan dia dan bergegas terbang ke lokasi kejadian.
Pada masa yang sama, Skuad Dua sedang menghalang raksasa daripada bergerak dekat kearah mereka.
Seorang anggota menembak, "Bila bantuan sampai?!"
"Kapten dalam perjalanan, sila bertahan lima minit." Ketua Skuad memegang kelopak peluru.
"Papapapa..!"
Mulut Raksasa menjadi kembung dan menyembur cecair asid meleburkan setiap objek yang mengena padanya. Ketua Skuad membawa anggota masuk ke lorong kecil berhampiran.
"Semua, sitrep!"
"Seorang cedera teruk! Yang lain okay!"
"Panggil ambulans! Yang lain, kita kena tahan sampai kapten sampai!"
"Roger!"
Sebuah pillbox berhenti, Pasukan ZSDF Ke-7 tiba menghulurkan bantuan. Private Mary dan Elijah melepaskan tembakan. Professor Hazmi datang membawa medical kit merawat anggota tercedera.
Leftenan Dryl mengangkat tabik hormat, "Seorang sajakah cedera?"
"Ya, terima kasih sebab datang." Ketua Skuad membalas tabik hormat.
Kapten Syazwan siap memegang senjata, "Mari kita bunuh raksasa ni!"
"Okay!"
Private Elijah menarik Mary baik ke dinding kemudian berlari mengepung Raksasa dari belakang bersama tembakan senapang secara bergilir.
"Cyro bomb!"
Dua biji bom meletup dan ais keras menghalang Raksasa daripada bergerak hasil lontaran Leftenan Dryl.
Anggota Skuad Dua segera menangkap dan menarik tangan Raksasa supaya terbuka menggunakan tali.
"Monster Core Pile Bunker!" Kapten Syazwan berlari ke depan mengangkat senjata beliau.
"Gaaa...!"
Malang sekali, semburan asid memutuskan tali, mencairkan ais dan memaksa semua anggota berundur sekali lagi.
"Elak dan serang dia dari semua sudut!" Kapten Syazwan merangka strategi baharu.
"Perhatian, semua orang sila kosongkan lokasi pertempuran." Walkie-talkie berbunyi.
Dari belakang, Kapten Alchemilla terbang laju mengoyakkan kantung asid Raksasa.
Dia menggerakkan tangan menahan tumpahan asid dan menyiram ia semula kepada raksasa itu.
"Aaa..!"
Raksasa meronta-ronta kencang dan menjadi lebih kuat berbanding tadi. Tubuh badan terdedah kerana hakisan asid berkulit semula.
"Sekali lagi, regenerative ability dan adaptability."
Tembakan cecair asid Raksasa lepaskan ke udara menyasarkan Kapten Alchemilla yang terbang tinggi ke langit.
Leftenan mendongakkan kepala, "Berapa tinggi dia nak naik?"
"Setahu aku, maksimum adalah 10000 kaki." Kapten Syazwan memegang dagu.
Private Mary dan Elijah terngadah, "10000?! Dia tak alami masalah bernafas kah?!"
"Kamu kena tahu. Kapten alchemilla adalah individu yang ada telekinesis ability. Ia bergantung kepada penguasaan pemakainya." Professor Hazmi segera menerangkan apa yang dia tahu.
"Pada ketinggian begitu, mesti dia dah kuasai banyak benda."
"Tak tahulah, misteri masih banyak tersembunyi di belakangnya."
"Semua anggota, cari tempat berlindung." Walkie-talkie berbunyi sekali lagi.
Kapten Alchemilla menarik keluar Mondragón rifle dari dalam uniform lalu mengacukan ia kepada raksasa di bawah.
"Oh god. Protect the people of our city, blessed us with your light and then let us climb to the stairs of heaven."
Kapten Alchemilla menarik picu, satu das tembakan tepat kuning keemasan memecahkan kepala raksasa.
Letupan besar menyusuli impak yang kuat menyebabkan struktur terdekat mengalami sedikit kerosakan.
Asap tebal dan gelap menyelubungi kawasan tersebut, Kapten Syazwan menarik semua anggota masuk ke Pillbox.
"Kalau terdedah pada jumlah karbon monoksida yang terlalu banyak, mati kita. Duduk sini sampai semuanya reda adalah yang terbaik."
"Dalam keadaan begini, devil of elopura sajalah yang boleh diharapkan. Tiada siapa dalam sdf yang ada kelebihan istimewa macam alchemilla." Syazwan berasa lega.
Kapten Alchemilla memegang serpihan hati raksasa, "Kemas bangkai cepat dan bersihkan kawasan ni."
"Roger!" Anggota Skuad Kedua bergegas menjalankan kerja pembersihan.
Kapten Syazwan merendahkan badan, "Terima kasih, kapten."
"Aku cuma buat kerja." Kapten Alchemilla bermain dengan darah raksasa.
"Lagipun, ini kawasan jagaan pasukan ku. Kenapa kamu ada di sini?"
"Ah itu, hikari yang telefon."
"Dia bukan lagi anggota sdf, kenapa menyibuk?"
"Tanggungjawab sebagai penduduk perumahanlah yang buat dia telefon sdf."
"Penduduk?"
"Hmm, ya. Dia tinggal di lorong sebelas, rumah kedai. Izakaya mizuki"
"Kedai makan?"
"Jom makan sana, aku belanja."
"Aku ada banyak kerja."
Pillbox Pasukan ZSDF Pertama meninggalkan kawasan kejadian jam 7 malam.
Pasukan ZSDF Ke-7 pula mengambil kesempatan singgah di Izakaya Mizuki untuk makan malam sebelum pulang ke pangkalan.
Selamat pagi, saya doakan semua orang sihat. Bab kali ni memaparkan Kapten Alchemilla dari 1st ZSDF Company. Minggu depan kita akan fokus semula kepada Hikari. Saya akan berusaha mengekalkan dan menambah baik jalan cerita supaya masa membaca para pembaca berbaloi. Jangan lupa kongsi pada rakan-rakan, ahli keluarga kalau berasa seronok dengan cerita ni. Kalau nak komen, tulis saja. Saya pasti baca dan balas. Terima kasih sebab masih membaca dan ikut cerita ni. Smile! Smile!
Share this novel