Pillbox Pasukan ZSDF ke-7 berhenti hadapan sebuah fasiliti, semua anggota datang dengan pakaian lengkap.
Dryl membuka pagar, "Sekarang!"
"Yay! Pangkalan baru!" Hikari berlari masuk dengan tangan terbuka.
Syazwan memandu Pillbox masuk ke tempat parking berbumbung, Hazmi memeriksa pelan kem sambil memegang kunci.
Hikari mengambil beg pakaian, "Asrama perempuan di mana?"
"Sana." Hazmi memakai beg silang.
Syazwan menutup pintu pemandu, "Semua orang kemas barang, lepas tu berkumpul di pejabat."
"Semua orang sudah dapat peta masing-masing?" Dryl berdiri sebelah professor.
Hikari berjalan masuk ke bangunan asrama wanita, memilih bilik asrama terdekat dengan pintu keluar.
"Luasnya bilik ni!"
Dia mengemas pakaian ke dalam almari, meletakkan bingkai gambar dan alat tulis atas meja kemudian membuka tingkap untuk pengudaraan yang baik.
"Okay, semua siap!"
Hikari mengunci pintu bilik dan menuju pejabat untuk bertemu dengan anggota yang lain.
Syazwan menulis pada papan putih, "Pangkalan ni khas untuk kita. Had anggota 50 orang dan kawasan liputan jagaan cumalah batu 1 hingga 5 sekali pusat bandar."
"Bila kita dapat anggota baru?" Hikari mengangkat tangan.
Dryl memeriksa fail, "Hari ni termasuk beberapa kelengkapan dan aset baru."
"Peralatan makmal pun lengkap, senang buat research dan documentation." Hazmi menulis sesuatu pada buku catatan.
Syazwan menutup pen marker, "Lagi satu, mulai sekarang kita ada peranan khas disamping jaga ketenteraman awam. Pasukan ketujuh akan jadi experimental response team. Kita akan test kelengkapan zsdf yang baru."
"Hazmi, kau tetap incharge dalam research. Dryl, kau incharge daily training semua anggota. Hikari, fokus jaga disiplin dan peraturan pangkalan. Faham?"
Hazmi, Dryl dan Hikari mengangkat tabik hormat, "Faham!"
"Gerak!" Syazwan membalas tabik hormat.
Mereka mendengar bunyi enjin lori treler dan bus memasuki kawasan pangkalan. Setiap satu memiliki logo ZHI.
Pekerja penghantaran menyerahkan sekeping kertas, "Selamat tengahari kapten. Tolong bagi tanda tangan."
"Nah. Thank you." Syazwan menandatangani kertas tersebut.
Dyrl menguruskan pendaftaran anggota baru dan memberi taklimat di dewan mini bersama Hikari.
Seorang wanita memakai kemeja putih berjalan keluar bas, "Kapten syazwan, mari bincang sesuatu dalam bas."
"Ya..." Syazwan melangkah masuk ke dalam bas berwarna hitam dan telah diubahsuai bahagian dalamnya.
"Saya Isabella, mewakili pengerusi zehir heavy industry. Ini adalah senjata pertama yang pasukan kamu perlu uji."
Pekerja membuka kotak, mempamerkan sebuah robot seakan-akan wanita sebenar kepada kapten.
"Ini adalah robot buatan pengerusi sendiri. Robot ni sudah diprogramkan. Cuma tinggal hidupkan saja."
Syazwan memandang kotak, "Kalau robot ni musnah semasa jalankan misi, tak apa?"
"Kerja kamu cuma uji dan hantar data pada saya setiap bulan. Jangan risau." Isabella mengarahkan pekerja menyimpan semula robot ke dalam kotak.
Pada masa yang sama, Hazmi memeriksa dua buah Pillbox yang baru keluar dari treler bersama spare parts baru.
Pekerja meletakkan kotak atas lantai, "Professor, ada kotak untuk prof."
"Bagi sini." Hazmi melihat alamat penghantar dan membawa kotak ke makmal.
Dua lori treler bergerak keluar dari gudang terus ke pagar dan masuk jalan raya.
Dryl mematikan projektor, "Ketua asrama lelaki adalah saya, asrama perempuan pula kolonel. Kalau ada soalan atau masalah, rujuk pada kami. Jangan terlebih pandai nak selesaikan sendiri."
"Semua ambil kunci, masuk asrama kemas baju. Jumpa di sini selepas makan tengahari nanti." Hikari memanggil.
Semua anggota baru mengambil kunci bilik masing-masing dan menuju ke bangunan asrama.
Syazwan memasuki dewan, "Macamana?"
"Setakat enam orang senang nak urus." Dryl duduk atas kerusi.
"Hahahaha! Tak apa, kalau aku ada masa, aku tolong."
"Okay."
"Kapten dah tengok pillbox yang baru?" -Hikari mengelap peluh di dahi menggunakan sapu tangan- "Kalau belum, jomlah."
"Jom, aku pun nak tau macamana pillbox baru."
Syazwan dan Hikari berjalan ke gudang letak barang untuk melihat Pillbox yang baru tiba.
Hikari memanjat naik dari tepi, "Ada machine gun atas ni."
"Ruang dalam lagi besar, selesa dari kita punya. Boleh muat dua keranda." Syazwan memegang dagu.
"Kita dah ada 10 anggota, 3 pillbox. Saya cadangkan pembahagian pasukan."
"Boleh juga. Saya perhatikan dulu rekod latihan anggota baru dan maklumkan. Buat masa ni, kita siapkan dulu beberapa kertas kerja."
"Kring..!"
Hikari berdiri tegak, "Kapten, izinkan saya bawa anggota baru ke lokasi kejadian."
"Baiklah. Jumpa dekat parking nanti" Syazwan menyerahkan kunci pillbox dan berlari ke pejabat.
Hikari berlari dengan langkah besar menuju ke asrama, memanggil dua anggota wanita untuk bersiap. Syazwan datang menyerahkan tablet yang mengandungi info kes.
Dua anggota mengangkat tabik hormat kepada Hikari, "Private Elijah. Private Mary, melaporkan!"
"Info kes dalam perjalanan nanti saya terangkan. Naik!" Hikari menghidupkan enjin Pillbox.
Pembesar suara depan pagar, "Pillbox zsdf menuju ke lokasi kejadian, sila beri laluan kepada pillbox."
Hikari memandu keluar pangkalan masuk ke lebuh raya, siren berbunyi memecah kesunyian petang.
"Mangsa adalah seorang peniaga sayur di pasar. Polis sudah ada di sana, bergerak ikut arahan. Faham?"
Elijah dan Mary menjawab, "Faham.". Hikari mengambil jalan pintas bagi menjimatkan masa dan terus sampai depan pasar bandar.
"Zsdf sudah sampai!" Ketua polis memaklumkan anggotanya melalui walkie-talkie.
Hikari mengangkat tabik hormat, "Kolonel Hikari dari pasukan zsdf ketujuh bercakap."
"Mangsa berusia 43 tahun. Angka korban kosong."
"Terima kasih, kami masuk sekarang."
Hikari mencapai katana dalam Pillbox, Elijah mengisi peluru senapang dan Mary siap memegang perisai serta tukul pemecah.
"Masuk!"
Hikari memimpin dua anggota baru ke bahagian tengah pasar, suasana sunyi menimbulkan tanda tanya.
"Mary, jaga belakang. Elijah, tengok depan."
Hikari memandang ke kiri dan kanan, dia mengarahkan semua berhenti bergerak dan kekal pada posisi.
"Kiri!"
Elijah melepaskan satu dah tembakan, raksasa melompat keluar dan menolak Mary keatas lantai.
"Haik!"
Hikari menendang raksasa ke belakang, membantu Mary berdiri semula.
"Strategi. Jangan biar dia terlepas. Elijah, isi ubat pelali. Mary, letak perisai dan lekatkan kaki atas lantai supaya senang lindung kawan kamu."
"Faham!"
"Tembak!"
Elijah melepaskan dua das tembakan menyasarkan dada dan kaki raksasa.
"Gaaarr..!"
Mary melindungi Elijah yang mengisi peluru sekuat hati menahan perisai sedang bergoncang sebab serangan cakaran raksasa yang mengamuk.
"Ware wa mizuki hikari, aku wo tatsu tsurugi nari!"
Hikari menekan butang pada hulu katana lalu memanaskan mata pedang kepada merah membara.
"Gakai! Shunsokuzandan!"
Hikari melibaskan pedang ke kanan dari belakang, melepasi kulit tebal raksasa dan berjaya menumpaskannya.
"..."
Hikari menghayun pedang, darah yang melekat bersih jatuh dari mata pedang ke badan raksasa kemudian meletakkan ia ke dalam sarung.
"Kamu berdua, ambil keranda dan semburan cecair disinfeksi."
Elijah dan Mary bergegas pulang ke Pillbox mendapatkan barang tersebut.
Hikari menutup mata raksasa dan meletakkan tangan bersama, "Oh tuhan, berikanlah dia tempat yang terbaik di alam sana."
Elijah kembali dengan keranda, bersama Hikari meletakkan mayat ke dalamnya. Mary menyemburkan cecair disinfeksi ke seluruh tempat pertempuran dan memeriksa jika ada baki darah yang belum bersih.
Hikari bertemu para peniaga selepas meletakkan keranda dalam kenderaan zsdf, "Ada sesiapa tahu nombor telefon ahli keluarga mangsa?"
"Saya anak dia." Seorang budak remaja lelaki datang berdiri depan kolonel.
"Kami akan uruskan arwah bapa kamu, esok pagi datang ke pangkalan untuk ambil abu. Boleh?"
"Tak bolehkah kalau kuburkan saja macam biasa?"
"Boleh tapi kamu kena uruskan sendiri selepas kami bersihkan seluruh badan beliau."
"Kalau itu saya setuju. Esok pagi saya ambil jenazah."
"Baiklah. Mohon tabah, banyakkan bersabar."
Hikari memandu Pillbox pulang ke Pangkalan Zsdf Ke-7.
Elijah dan Mary duduk penat selesai menyelesaikan kes pertama. Hazmi menguruskan kerja pembersihan apabila keranda tiba di bilik pengurusan mayat.
Hikari menulis laporan pada tablet dan memulangkan ia kepada Syazwan di pejabat.
"Boleh tolong aku hidupkan robot ni?" Syazwan membuka kotak dan mendirikan robot.
"Buka panduan ada?" Hikari mencapai pen dari atas meja.
Hikari mengambil masa dua minit membaca buku panduan dan memeriksa kotak di belakang robot.
"Apa kau cari?"
"Cip. Itu kunci untuk hidupkan robot ni."
"Ada?"
"Ada dua. Biru dan merah, lebar pulak tu."
Syazwan mencapai buku panduan, mencari maklumat berkaitan dua cip berlainan warna, "Tiada catatan pasal kandungan cip."
"Kita cuba satu-satulah. Warna merah dulu baru biru." Hikari membuka pakaian robot pada bahagian dada.
Syazwan merenung, "Kenapa kau berhenti?"
"Robot ni memang macam perempuan, tolong tengok tempat lain sekejap." Hikari menasihati kapten.
Syazwan menolehkan kepala ke tingkap, Hikari membuka slot pada dara robot dan menolak masuk cip merah.
"Pi...po...pi...po... Enter name."
Hikari memetik jari, "Ah, olivia."
"Name set up, olivia."
Anak mata menyala kepada merah, robot bernama "Olivia" mula bergerak dan memeriksa setiap keadaan dirinya.
Syazwan memandang muka robot, "Olivia, buatkan saya kopi."
"..." Olivia merenung mata kapten.
Hikari meminta Syazwan berundur, "Hi, how are you?"
"Hi, so so. Thanks." Olivia menolehkan muka memandang kolonel.
"How you doing?"
"Today I had s*x with a man four times and gonna have an exciting s*x with cool guy tonight."
Hikari teruja, "Wah! Robot ni canggih lah! Dia sebut six pun jelas!"
"Hoi...aku rasa kau kena tukar cip." Syazwan berasa kurang selesa.
"Shut the f*ck up! F*cking p*ssy! Go to hell!" Olivia mencelah dan mengangkat jari hantu kepada kapten.
"Ahh! Matikan robot ni Hikari! Tukar cip dan guna bahasa melayu!" Syazwan menaikkan suara.
"Cip? Did you mean change chip?"
"Yeah, you got problem with that?!"
Olivia mencekik kapten yang berlagak garang, "No, no, no! I wanna talk dirty!"
"O...kay... We are not...changing...it..." Syazwan menampar meja.
"Really?"
Syazwan mengangguk kepala, Olivia bersorak gembira.
"Yeah! Fu...ou..."
Hikari dapat matikan Olivia dan gantikan cip merah dengan cip biru lalu menghidupkan ia semula.
Syazwan mengambil nafas sedalam boleh, "Fuu... Olivia akan sepasukan dengan elijah dan mary. Kau jadi ketua pasukan."
"Macamana dengan cip ni?" Hikari memegang cip merah.
"Aku simpan buat sementara waktu dan bincang dengan pemilik asalnya."
"Okay."
Hikari memimpin Olivia ke bilik persalinan, memakai uniform rasmi dan jadi sebahagian anggota baru.
Selamat pagi, saya doakan semua orang sihat. Bab kali ni kurang action sebab 7th ZSDF Team pindah masuk pangkalan baru. Saya akan berusaha mengekalkan dan menambah baik jalan cerita supaya masa membaca para pembaca berbaloi. Jangan lupa kongsi pada rakan-rakan, ahli keluarga kalau berasa seronok dengan cerita ni. Kalau nak komen, tulis saja. Saya pasti baca dan balas. Terima kasih sebab masih membaca dan ikut cerita ni. Smile! Smile!
Share this novel