REKOD 07 KEBERANIAN

Science Fiction Completed 997

[SANDAKAN AIRPORT]
[1130 AM][ARRIVAL GATE]

Hikari menyambut ketibaan adiknya iaitu Mizuki Akuma dari Republic of Russia di tepi sebuah tiang berdekatan pintu ketibaan.

Hikari memeluk adiknya, "Kamu ada apa-apa nak makan? Mesti lapar."
"Macam tahu-tahu akak ni. Marilah makan, airport ni kan banyak kedai." Akuma senyum memandang si kakak.

Duduk menikmati kopi dan sepotong kek dalam Gloria's Coffee, mereka berbual panjang tentang pengalaman Akuma selama menetap di Moskow selama 7 tahun.

Akuma menelan kek, "Kak, bila mirai pulang?"
"Dia cakap dalam sebulan dua lagi sebab ada regional tournament." Hikari meletakkan cawan.

"Kak, nak ke tandas kejap."
"Pergilah, jangan lama-lama."

Mata Hikari tertumpu pada sebuah Pillbox ZSDF di luar lapangan terbang dan dia terus menahan tangan Akuma.

"Kuma, jom pulang."
"Tapi saya nak guna tandas ni."
"Tahan la sikit, kakak rasa tak sedap hati."
"Ok ok."

Kedai roti di seberang kedai kopi meletup tanpa jangkaan. Hikari menarik Akuma berlindung bawah meja daripada terkena serpihan kaca berterbangan.
Orang awam berlarian keluar bangunan dan semua penerbangan pihak kakitangan arahkan untuk tangguh.
Pasukan ZSDF mengalami kesukaran dan kalah kepada seekor raksasa bertanduk pada bahagian hidung.

Keinginan melawan raksasa mengetuk pintu hati Hikari tapi itu tugas seorang ZSDF kerana statusnya yang diberhentikan.

Hikari meletakkan beg, "Kuma, telefon zsdf sementara kakak halang raksasa tu keluar."
"Janganlah, akak bukannya anggota mereka lagi!" Akuma memegang kain baju kakaknya.

"Takkan kakak nak duduk diam sampai ada hanya yang melayang?"
"Kalau apa-apa jadi nanti?"
"Jangan takut, kakak kan kuat."
"..."

Hikari berlari keluar kedai menuju ke medan pertempuran. Dia meluncur mengangkat MP5 di atas lantai dan langsung melepaskan tembakan bertali arus.

Seorang anggota yang cedera teruk masuh sedar, "Kau siapa..?"
"Bekas koperal cawangan ketujuh." Hikari menukar kelopak peluru.

"Lebih baik kau telefon zsdf, biar aku saja yang tahan raksasa ni."
"Kau pernahkah bunuh raksasa yang semburkan api?"
"Tak."
"Jadi percayalah, aku boleh tolong kau. Bagitau apa yang berlaku?"

"Raksasa ni letupkan bahagian dapur pembakar roti dan beberapa anggota dah knocked down."
"Dia ada semburkan apa-apa?"
"Asap sahaja setakat ni."
"Rehat, sakitnya akan berkurangan. Bantuan dah on the way ke sini."

Hikari mengelirukan raksasa dengan tembakan sambil berlari di sebalik tiang-tiang bangunan secara berputar.

"Gaa..!"

Raksasa menghembuskan asap tebal memaksa Hikari memegang senjata untuk pertempuran jarak dekat dan lebih peka terhadap persekitaran.

"Yargh..!"

Suatu pukulan menerbangkan Hikari ke dinding dan tangan raksasa yang panjang mencekik lehernya.
Dia meronta untuk melepaskan diri dan melihat kelibat seorang lelaki bila angin meniup asap ke tempat lain.

"Tak sangka kita berjumpa lagi. Aku sangka kau dah kena buang sebab gagal siapkan kerja."

Suara lelaki itu mengingatkan Hikari kejadian yang berlaku pada malam sebelum dia diberhentikan tiga hari kemudian.
Dia menumpukan tenaga pada kedua-dua lengan dan membuka tangan Si Lelaki sehingga timbul urat.

"Aku kena selesaikan kau sebelum sdf sampai." Kata Si Lelaki.

Hikari mengangkat pisau, "Aku tak akan biarkan mereka dapat nasib sama dengan aku!"

"Kenapa kau nak sangat ambil kisah pasal mereka? Bukannya mereka ada kena mengena dengan hidup kau."
"Sebab aku manusia lah aku kisahkan mereka!"
"Tch... Suka hati kau lah."
"Kau takkan dapat bawa lari lagi raksasa tu macam dulu!"

Hikari menarik perisai atas lantai apabila Si Lelaki menghayunkan tangan. Maka satu pertarungan sengit bagaikan seorang legionary mempertahankan kota daripada seekor raksasa mitos bermula.

Si Lelaki berundur, "Berapa lama lagi kau boleh bertahan?"
"Walaupun dah berhenti dari zsdf, aku masih berlatih guna patung kayu dan tuhan takdirkan kita jumpa hari ni!" Hikari menarik pin bom asap.

Asap tebal kembali meliputi kawasan pertarungan, Hikari perlahan-lahan meletakkan perisai dan senapang atas lantai.
Bunyi kaca pecah kedengaran, dia segera memusingkan badan ke belakang dan mengangkat kaki kanan untuk menyerang.

Si lelaki menangkap kaki, "Aku akan pastikan daging kau jadi makanan raksasa ni."
"Kau ingat aku takutkah?!" Hikari sekali libas menampar pipi lawannya.

Pukulan dari belakang pula menerbangkan Hikari ke atas lantai kali ini. Pasangan Si Lelaki datang memegang sebuah tukul.

Si Wanita berdiri dekat, "Tres, kau okay?"
"Aku okay dos, tak pernah lagi ada orang tampar aku." Si Lelaki berasa marah.

"Mari kerjakan perempuan ni."
"Kita bunuh terus, kalau tak sdf mesti akan jaga dia."

Dos dan Tres mengeluarkan kombo menyerang Hikari yang menahan sakit dipukul pada bahagian rusuk kanan tadi.

"Tenang, ingat apa yang aku belajar waktu kat sekolah dulu."

Hikari membuka kekuda dan menarik nafas sedalam mungkin memasang satu penumbuk.

"Tumpukan mata air!"

Tangan kiri menepis serangan dan Hikari lancarkan penumbuk tepat pada dagu kemudian menangkap tangan kanan lalu menghentak siku pada bahagian biceps Tres.

Dos menyerang dari belakang, malang sekali dia terpukul Tres apabila Hikari mengelak ke kiri dan membalas dengan tumbukan bertubi-tubi pada bahagian dadanya.
Hikari menyatukan lima jari kemudian menusuk telinga kiri dan kanan Dos supaya lawannya kehilangan keseimbangan badan.
Dia berundur serta menggenggam kedua-dua pergelangan tangan dan akhir sekali melancarkan penumbuk berkembar pada kepala dan perut Dos.

Tres menyerang dan menolak Hikari ke tepi sebelum membantu Dos berdiri semula dalam keadaan hidung berdarah.

Dos mengusap darah, "Perempuan ni jauh lagi kuat berbanding malam tu."
"Macamana dengan raksasa tadi?" Tres menyelukkan tangan ke dalam poket baju.
"Mereka dah bawa lari, mari berundur."
"Kau pergilah. Aku akan selesaikan perempuan ni dan pastikan sdf tak akan dapat korek apa-apa dari dia."

Tres mengeluarkan sebotol cecair merah jambu dan meneguk sehingga habis. Dos mengangkat senjata untuk melarikan diri sambil melihat keadaan rakannya yang sedang hilang kawalan.

"Hikari, tepi!"

Leftenan Oriana dan Olga tiba memanjat tiang lalu melompat turun naik sekeliling Tres dan Dos secara serentak.
Mereka menekan suatu butang bersama-sama, tali sawat yang tajam mengikat dua orang penjahat itu dari segenap penjuru.

Leftenan Olga menekan walkie-talkie, "Pixie 03 to 01. Sasaran berjaya diikat!"
"Mizuki hikari secured!" Leftenan Oriana mencelah.

Tres mula bermutasi. Badannya semakin besar, kulit keras serta berduri terbentuk dan bertindak aggressif.

"Matilah kamu semua! Sdf!"

Tres mengeluarkan kuku tajam dan berlari kearah Hikari bersama dua leftenan tersebut.

"Rasionalisme bukanlah satu-satunya perkara yang mendorong tindakan manusia. Kita adalah yang makhluk bodoh."

Kapten Alchemilla melompat masuk dan menahan kuku Tres menggunakan tangan kosong.
Tanpa sebarang amaran, dia menghunus pedang lalu memutuskan lengan kiri dan kanan raksasa itu tanpa kelip mata walaupun sekali.
Suara teriakan mengisi kesunyian bangunan lapangan terbang sebelum siren ambulans menggantikan ia.

Anggota perubatan menjalankan rawatan cemas kepada semua anggota yang cedera tadi sebelum membawa mereka ke hospital bandar.
Leftenan Oriana dan Olga membawa Dos masuk ke dalam Pillbox yang memiliki sel tahanan istimewa bersama mayat Tres yang terbaring dalam keranda.

Kapten Alchemilla membawa kit perubatan, "Mari ke pillbox. Aku akan rawat kau."
"Ah, ya." Hikari menarik tangan Akuma ikut bersamanya.

Semasa dalam pillbox, Kapten Alchemilla menggunting pakaian Hikari yang sudah kotor. Akuma menarik baju baru dari beg pakaiannya dan melihat seluruh badan kakaknya sudah lebam.

"Sakit?"
"Tak jugak."
"Kalau sakit makin teruk, pergi hospital."
"Ya."

Kapten Alchemilla menyapu ubat pelega lalu membalut bahagian lebam pada tangan dan kaki Hikari. Akuma membantu memasukkan kapas kotor ke dalam plastik hitam.

"Kenapa kau masuk campur tadi? Kau bukan anggota zsdf lagi."
"Sebab..."
"Tindakan kau bahayakan nyawa. Cuba fikirkan kalau kau mati depan adik sendiri."
"Saya ada pengalaman uruskan raksasa, takkan nak tunggu ada yang mati baru nak bergerak?!"

Kapten Alchemilla berhenti membalut, "Apa sahaja yang boleh salah, akan menjadi salah. Itu prinsip terkenal."
"Kalau ada masa, singgahlah kedai. Saya belanja makan." Hikari memakai pakaian baharu.

Aktiviti pembersihan sedang berlangsung memaksa adik beradik itu mengambil teksi di luar kawasan lapangan terbang untuk pulang ke rumah.

[RUMAH]
[0150 PM]

Akuma menyediakan teh panas sementara Hikari mengelap badan dengan kain basah di dalam bilik mandi. Dia memeriksa peti sejuk berfikir untuk menyediakan apa untuk makan malam.

Hikari berjalan keluar bilik dengan gembira, "Malam ni kita makan luar."
"Tak apakah? Badan akak lebam bagai." Akuma menutup peti sejuk.

"Tak adalah. Ni setakat lebam, dulu kakak kerja lagi teruk sampai kena jahit tau."
"Maaflah sebab saya akak kena hadapi semua ni."
"Jangan nak sedih. Kalau nak balas semua tu, kerja bagus-bagus."
"Yalah, sayang akak."
"Kakak nak tidur sekejap. Nanti petang bangunkan kakak."
"Okay."

[LIMA HARI KEMUDIAN]

Akuma berjalan masuk ke ruang tamu, "Ada surat untuk akak."
"Terima kasih." Hikari membuka sampul surat dan ia berbunyi;

"Kepada mizuki hikari,
Saya doakan saudari sihat sentiasa dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Terus ke niat, saya mahu bertemu dengan saudari jika ada masa lapang.
Ini disebabkan saya mendengar bahawa saudari dengan berani berdiri menggadai nyawa melindungi mereka yang lemah tempoh hari di lapangan terbang.
Jikalau saudari sudi, bolehlah menghantar balasan pada bila-bila masa dan saya akan menunggunya. Saudari hari perlu nyatakan tempat, masa dan hari sahaja.

Sekian,
"Zehir Mohammad Iszran Mohd Ali"
(Ketua Eksekutif Industri Berat Zehir)

Hikari mengeluh, "Jemput ke kedai sajalah."
"Siapa? Boyfriend?" Akuma mengusik.

"Tiadalah. Kakak belum terfikir nak bercinta pun."
"Jadi nak jemput siapa?"

Hikari menyerahkan surat tadi kepada adiknya untuk dia baca dan menunggu sebarang reaksi.

"CEO?!" Akuma memandang kakaknya.

Hikari senyum sinis, "Ya. Kalau dia suka masakan kakak mungkin boleh tolong promosi business kita."

Akuma hanya mampu bertepuk tangan mendengar strategi perniagaan kakaknya. Hikari mengambil sebatang pen bersama tiga keping kertas untuk menulis surat balasan.

Akuma menghidupkan skrin telefon, "Tapi kan, kenapa dia guna surat? Sekarang boleh saja email."
"Surat yang ditulis lebih berkesan untuk sampaikan perasaan penulis kepada penerima." Hikari memeriksa hasil tulisannya.

"Tapi kan guna duit."
"Elektrik, wifi bukan percuma, kena bayar jugak."
"Bukannya mahal pun."
"Kau kah yang bayar bil rumah ni?"
"Sorry, sorry."
"Letak dalam peti pos. Lepas tu pergi pasar beli lauk minggu ni."
"Ok."

Selamat pagi, saya doakan semua orang sihat. Bab kali ni menceritakan keberanian Hikari berlawan melindungi orang awam. Ada cerita kenapa nama adiknya "Akuma" dan "Mirai". Kelak pada bab akan datang saya selitkan. Saya akan berusaha mengekalkan dan menambah baik jalan cerita supaya masa membaca para pembaca berbaloi. Jangan lupa kongsi pada rakan-rakan, ahli keluarga kalau berasa seronok dengan cerita ni. Kalau nak komen, tulis saja. Saya pasti baca dan balas. Terima kasih sebab masih membaca dan ikut cerita ni. Smile! Smile!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience