BAB 5

Romance Completed 23451

Arisya senyum sendirian. Tak sangka pertemuan semula dengan Asraf kembali memberikan peluang untuk dia menjalin hubungan bersama Asraf. Sekian lama sejak berpindah sekolah Arisya tercari-cari nama Asraf Hakimi dalam Fac. Patutlah tak jumpa rupanya Asraf mengunakan nama Prince Charming sedangkan Arisya sendiri mengunakan nama Princess Charming. Kelakarnya macam sehati sejiwa plakkan.

Malam itu bila selesai semua kerja Arisya onkan FBnya.Sebelum matanya layu dan sebelum melayan bantal Arisya layan FB. Seronok juga kalau dapat berchatting dan dapat berkongsi cerita dan pendapat. Kebanyakan kawan chattingnya adalah kawan-kawan baru yang langsung dia tak kenal. Layan sajalah. Apa salahnya kalau semua rakan-rakan chattingnya itu sporting dan memahami. Arisya pun bahagia sangat.

Prince Charming: salam sya, sihat, watpa tu?

Asraf orang pertama yang menghantar mesej melalui inbox malam itu. Laju saja Asraf ni kan.

Princess Charming: wsalam, aku always sihat walafiat wal lepat liat n aku sentiasa buat cerdik hari2 :-D

Arisya balas mesej dari Asraf tu dan dalam masa yang sama bibirnya mengukirkan senyuman yang lebar. Paling lebar.

Prince Charming: minta sikit lepat liat. mesti sedapkan. kau ni sya dulu aku ingatkan kau pendiam. rupanya lawyer jgkkan. kau bukan g maktab ke cmna leh amik law plak ni? Hikhikhik:-D

Asraf terus tekan enter. ‘Arisya, Arisya..ingatkan dah jadi cikgu ni ayat skema tapi tak habis lagi ayat gila-gila.’ Asraf senyum sambil kepala di gelengkan berkali-kali.

Princess Charming: aku amik 2 in 1 la. Law amik gak untk persediaan time emergency. Lepat liat? Sori la xdpt aku nak kongsi tadi aku baling kat syiling trus mlekat xjatuh2..hakhakhak :-D

Arisya balas mesej Asraf. Selepas itu Arisya bangun menuju ke dapur. Buat air milo panas. Minuman peberet dia la. Musim-musim hujan macam ni minum milo panas best jugak ni.

Prince Charming: hahaha..kau nikan Sya..mcm2 la. nanti kita keluar erk???

Princess Charming: kau ingat astro aja ke ada mcm2. keluar mn? Kau ajak aku date ke ni? Hehehe ;-)

Prince Charming: kalau kau nak fikir mcm 2 pun bleh ja, kau sudi ke kuar date ngan aku???

Princess Charming: erm..nanti aku nak fikir dlu la. sudi? Xsudi? sudi? xsudi? sudi? xsudi? sudi? xsudi...uwaa..nantilah aku wat isthikarah dlu erk..

Arisya gelak sorang-sorang. Dipandangnya rakan sebiliknya Asmah yang sudah lama di buai mimpi. Hmm..nyenyak saja.

Prince Charming: ala syg, jgn la jual mahal. jom la hari mggu ni kita kuar erk?

Terbelalak mata Arisya. Mak ooii!! Sayang? Kau ni kan Asraf, saja ja kan nak ayatkan aku, nanti biar aku ayatkan kau plak..hahaha..

Princess Charming: apa syg2, ni hubby aku ada kat sblah, kau jgn cr pasal Asraf, dah la ajak istri org kuar dah tu siap paggl syg lg, xbaik tau runtuhkan masjid ni.

Arisya menahan tawa, terinjut badannya. Padan muka kau Asraf. Mesti pucat lesi..hikhikhik..

Prince Charming: kau dah kawen ke sya? bla? maaflah. aku xtau pun. sape hubby kau 2? aku knl ke?

Bertalu-talu soalan Asraf. Arisya dah mengalir airmata. Dah sakit perut. Tak dapat di tahan terhambur juga tawanya. Tapi sekejapan sahaja bila di pandang Asmah yang sedang tidur ditekup mulutnya.

Princess Charming: tu la lain kali tya dlu, ni sdap ja pggil syg. aku dah lama kawen pun kena paksa, pas SPM lg. huhuhu .dah anak 3 pun ;-(

Prince Charming: kau bahagia ke sya???

Princess Charming: langsung x! Huhu ;-(

Prince Charming :nape? hbby kau pkul kau ke?

Princess Charming: tak la, dia mn pnah pkul aku.

Prince Charming: hbs 2? dia ada pmpuan lain???

Princess Charming: ntah la ;-(

Prince Charming: Ceta la aku nak dngar. apa yg bleh aku tlng aku tlng.

Princess Charming: kau jji jgn bgtau sape2.

Prince Charming: ok aku jji

Princess Charming: sbnarnyakan kau dah kena klentong. aku mana kawen lg..hakhakhak,.. k aku out dlu..bye asraf syg :-D

Arisya ketawa lagi. Berchatting dengan Asraf mata pun dah layu. Arisya terus logout dan offkan laptop. Bantal sudah mengamit.

Sementara itu Asraf yang terkejut dengan pengakuan Arisya pada mulanya terus tersenyum akhirnya. Arisya kau bikin jantung aku semput la. Nyaris-nyaris lagi aku terkena heart attack.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience