BAB 17

Romance Completed 23451

"Nak masak apa ni? Apa yang ada?"

Asraf bertanya pada Arisya selepas mereka sudah ada di ruangan dapur. Wajah Arisya di pandang sayang. Bibir Asraf mengukirkan senyuman. Arisya membuka ice box, ikan, sayur dan ayam di keluarkan.

"Sayang, ikan dengan ayam tak elok di makan bersama. Elok kalau di simpan salah satu."

Arisya sengeh. Dia masukkan semula ikan bawal ke dalam ice box. Arisya pun pernah dengar makanan laut dengan darat tak boleh di campur, contoh makanan laut, segala jenis seafood, eh, bukan itu saja ikan bendang dan sungai pun tak boleh di campur dengan daging, ayam dan telur. Sebabnya..erm yang tu kena tanya pakarlah..hehe

"Abang pandai masak apa? Sya tolong keluarkan bahan. Lepas tu Sya tongkat dagu kat meja. Goyang kaki sambil tengok abang masak. Boleh?"

Sya angkat kening. Senyuman nakal di lemparkan.

"Abang ok aja. Memandangkan semua bahan sudah ada. Apa kata abang masak nasi paprik special untuk isteri abang yang tercinta ini."

Hidung Arisya di cuit. Arisya anggukkan kepala.

"Bahagianya, esok boleh la abang masak lagikan?" Arisya mengukir senyuman manis. Asraf terpegun.

"Sayang, jangan buat muka macam tu. Abang tergoda tau tengok Sya buat muka macam tu." Sepantas kilat Arisya masamkan wajah.

Memang tak boleh di percayai langsung la. Sikit-sikit nak menyakat Arisya. Asraf terus ketawa kuat bila melihat Arisya berubah wajah.

"Hahahaha...Arisya, Arisya...Sya nak tau tak sejak bila abang mula suka kat Sya?" sambil tangan buat kerja mereka terus berbual.

"Tak tahu, Sya tak penah menuntut pun kat nujum Pak Belalang. Kalau dah menuntut dah sah Sya dah tengok dah dalam mangkuk hikmat."Arisya ketawa perlahan sambil memandang wajah Asraf.

"Main-main plak! Abang suka kat Sya masa form three lagi tau. Tapi, tu la Sya punyalah menyombong, abang senyum kat Sya, Sya buat 'dek' aja kan." Arisya cebirkan bibir.

"Alah, mana Sya berani. Nak senyum-senyum kat abang. Naya aja kena serang. Abang tu kan ramai peminat. Bukan setakat Baiti aja sukakan abang. Lagi pun bukan Sya tak pernah nampak abang dating dengan Shira..huh!"

Asraf ketawa kuat sambil kepalanya tergeleng-geleng beberapa kali.

"Abang saja aja tu, nak tengok reaksi Sya tapi selamba ja Sya pandang langsung tak beriak. Abang ingat abang dah bertepuk sebelah tangan."

"Tapikan bang, macam mana surat abang tu boleh dapat kat Baiti plak?" Arisya pandang Asraf dan mereka saling berpandangan. Asraf angkat bahu sebagai jawapan tak tahu.

Kalau sudah ada jodoh, biar terpisah tetap akan bertemu juga. Biar lambat atau cepat hanyalah takdir penentu segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience