BAB 13

Romance Completed 23451

Adat orang bercinta rindu-rinduan tu memang dah biasa. Apatah lagi bila dah bergelar suami dan isteri tapi tetap terpisah walau jaraknya tidaklah jauh mana. Selepas balik untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing, Asraf dan Arisya terlalu sibuk hingga tiada masa untuk bertemu. Hanya telefon menjadi penghubung di antara mereka. Hari minggu pun kadang-kadang saja mereka dapat curi-curi masa berjumpa.

"Sya, abang ingat nak pindah keluar la."

Asraf menyuarakan rasa hatinya pada malam itu. Arisya sudah menjadi isterinya tapi masih jauh dari gapaian. Tersiksa rasa jiwa.

"Kenapa plak? Ada masalah dengan kawan-kawan serumah ke?"

Arisya bertanya lurus. Risau pun ada.

"Taklah sayang, cuma kalau boleh, abang nak tinggal sekali dengan Sya." Asraf ketawa.

"Dah mula la tu.Dah kena ulat bulu." Arisya ketap bibir.

Walau dia juga punya keinginan yang sama, tapi buat sementara waktu lebih baik mereka tinggal berasingan.

"Sya ni, abang rindu la jauh-jauh dengan Sya. Kalau tinggal serumah sibuk mana pun tetap boleh jumpa jugakkan." Asraf mengeluh perlahan.

Arisya pula hanya melebarkan senyuman. Perlahan Arisya berjalan ke katil sambil merebahkan badan. HP ditangan tetap ditekapkan ke telinga.

"Macam ni la, kebetulan kawan serumah Sya akan berpindah keluar bulan depan. Sya pun tak dapat lagi penyewa baru. Apa kata Asraf saja yang pindah masuk ke sini."

Arisya teringatkan Asmah yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran.

"Betul ke sayang? Nanti abang fikirkan dulu. Abang pun tak bincang lagi dengan kawan-kawan serumah."

Asraf pula berbelah bahagi. Pernikahannya dengan Arisya pun masih menjadi rahsia. Tak sanggup untuk di ceritakan. Dah sahlah kawan-kawannya takkan percaya. Selama ini kawan-kawan Asraf selalu mempermainkan Asraf yang tak pernah mempunyai teman wanita tapi dalam sekelip mata sudah bergelar suami orang.

"Masih ada masa lagi. Lagi dua minggukan? Asraf bincanglah elok-elok.Tapi Asraf sanggup ke nak ulang alik ni.Jauh jugak tu dari tempat kerja Asraf."

Arisya masih belum biasa untuk memanggil abang. Nama Asraf juga yang di sebutnya berulangkali.

"Sya...masih tak mahu panggil abang ke? Susah sangat ke Sya, nak sebut abang tu. Cer panggil abang..sedap sikit telinga ni dengar." suara Asraf di seriuskan tapi bibir tetap tersenyum.

"Err..bagi Sya masa ya? Lagi pun dah biasa ber'kau' ber'aku' tup-tup dah jadi suami. Tak sampai sebulankan kita jumpa. Asraf dah nak nikah. Tak menyempat-nyempat." Arisya bersuara serius. Asraf terlalu memaksa. Dia tak tahu bagaimana Asraf terlalu mudah menukar panggilan di antara mereka.

"Baiklah Tuan Puteri Arisya. Berlatih dari sekarang tau!"

"Ya la, err, kalau nak panggil yang lain boleh tak, macam bie ke,my dear ka?"

Arisya lepaskan tawa dengan soalannya sendiri. Nak panggil abang pun dia masih kekok. Inikan pula dengan panggilan manja sebegitu.

"Panggillah apa pun yang Sya suka. Abang cuma mahu hati Sya dan kesetiaan Sya hanya untuk abang sorang saja tau."

"Sya okey ja. Takut orang di sana la. Nanti entah siapa-siapa plak yang nak dibawa tu."

Selama ini Arisya cukup setia. Tersentak sebentar hatinya mendengar Asraf berkata begitu.

"Alah, abang setia aja. Sya la cemburu buta." Asraf tertawa.

Teringat peristiwa kepalanya di siram dengan milo ais. Teruk juga dia di sindir dengan Cik Haleda bosnya itu. Muda belia lagi sudah menyandang gelaran bos. Ambil alih syarikat keluarga. Untung betul badan kalau menjadi anak orang kaya. Tak perlu bersusah payah berusaha. Masuk sapu kaki saja sudah dapat pangkat bos.

"Tu, nak sindir Sya la tu? Dah la. Sya nak tidurlah."

Arisya bersuara rajuk. Malu tiba-tiba bila Asraf berkata begitu.
Asraf tepuk dahi. Baru tersedar dah terlepas kata.Terlajak perahu boleh di undur. Terlajak kata teruk jugalah nak pujuk Tuan Puteri Arisya ni.

"Ala..Sya..."

Tuttt...

Belum habis Asraf membalas talian dah terputus. Padan muka kau Asraf. Dah tahu si isteri tu sensitif cari pasal la jugak. Sayang punya pasal ni sabar la jugak. Ketika ini barulah Asraf terfikir untuk segera berpindah rumah maka kawan-kawannya pun di hampiri untuk di bawa berbincang tapi dari mana nak mula. Asraf melangkah keluar ke ruang tamu. Rancak kawan-kawannya bersorak. Lah! Patutlah riuh rendah. Tengok siaran langsung perlawanan bola rupanya.

Asraf tumpang sekaki menonton perlawanan bola bersama kawan-kawan serumahnya. Rajuk Arisya di lupakan sementara. Dia tahu Arisya kalau merajuk senang sangat di pujuk tapi yang payahnya macam mana nak berterus terang dengan kawan-kawan yang sudah tiga tahun tinggal bersama. Asraf garu kepala. Penat jugak berfikir mencari idea. Hmm..pandai-pandai kaulah Asraf. Yang penting Arisya sudah ada tempat untuk menunggunya di sana. Bukan saja di rumah sewa Arisya tapi juga dihati Zetty Alieya Arisya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience