BAB 15

Romance Completed 23451

Hari yang di tunggu tiba akhirnya. Asraf rasa lega bila penantiannya berakhir. Dalam gembira Asraf kecewa. Apa taknya Arisya buat syarat yang ntah hapa-hapa. Mereka hanya tinggal serumah tapi berlainan bilik. Alasannya, Arisya tak mahu naik pelamin bertiga..hahaha..cayalah Arisya!

"Sayang, tak pernah di buat orang la. Suami isteri tinggal serumah tapi berlainan bilik ni."

Asraf berwajah sugul. Hasrat nak tinggal serumah dah dapat. Ermm..nampaknya peluk bantal golek lagi la Asraf!!!

"Eh..ada la! Sya baca novel kebanyakan ceta dia memang macam ni. Belambak novel yang Sya baca permulaannya suami isteri tidur serumah tapi asing-asing bilik."

Selamba Arisya menjawab. Wajah mendung Asraf di pandang lucu. Sekilas saja bila Asraf menoleh Arisya pandang ke arah lain. Asraf menghampiri Arisya yang menjarakkan dirinya sejak tadi.

"Sya ni...tu novel la Sya. Ni reality. Mana boleh nak samakan novel dengan cerita sebenar."

Asraf duduk di sisi Arisya. Tangan Arisya di pegang. Wajah Arisya di tenung dalam. Arisya buat wajah selamba walau jantungnya dah mula berdebar. Arisya takkan kalah dengan perasaan sendiri. Itu nekadnya.

"Kalau macam itu, anggaplah yang ni hanyalah cerita novel."

Arisya tayang gigi. Asraf yang berwajah sugul buat dia rasa lucu. Nak ketawa tak sampai hati. Jadi sengeh saja la.

"Ya Allah Sya. Macam tu pun boleh ke??? Sya kena ingat isteri yang ingkar perintah suami Allah murka tahu. Dan Syurga sorang isteri di bawah tapak kaki suami."

Senyuman Arisya hilang serta merta bila Asraf bercakap pasal hukum, Arisya jadi gentar. Sia-sia Arisya menunaikan Rukun Islam kalau suami tak redha, neraka juga tempatnya. Arisya mengeluh perlahan.Terperangkap juga dia akhirnya. Asraf yang perasan perubahan wajah Arisya mula menyembunyikan senyuman.

"Macam nilah. Sya bukan nak ingkar cakap suami tapi Sya belum bersedia. Lagi pun kita dah tinggal serumahkan? Hari-hari kita boleh berjumpakan? Alah bukannya lama mana lagi pun. Bersabarlah sikit." Terkeluar juga ayat pelemah semangat tu.

Asraf terpaksa akur juga dengan kehendak isteri tersayang. Sayang isteri punya pasal apa-apa pun okey sajalah. Lagi pun takkan lari gunung di kejar. Zetty Alieya Arisya sudah jadi miliknya yang sah. Itu yang pasti. Yang penting Arisya bahagia. Kebahagiaan Arisya adalah kebahagiaannya juga.

"Kalau itu yang Sya nak, abang ikut aja. Tapi..." Asraf tak habiskan ayatnya.

Sengaja di biarkan tergantung. Wajah Arisya di pandang dengan senyuman nakal. Arisya resah. Ada la tu...

"Apa???" Arisya bertanya juga bila Asraf di lihatnya semakin pelik.

"Buatkan abang air, abang dahagalah sayang." Asraf sengeh.

Bersahaja wajahnya. Dia tahu Arisya dah berwajah pucat tadi, jadi apa yang tersimpan di hati tak di luahkan.

"Ada-ada saja la abang ni." Arisya terkesima. Asraf tersenyum.

"Boleh pun panggil 'abang' bukannya susah sangat pun kan?"

Arisya sengeh dan berlalu ke dapur. Asraf mengikut dari belakang. Eleh, tak boleh berenggang sikit..hehe..

Mug di capai, dua biji mug sudah tersedia untuk di masukkan air. Air fresh oren yang sudah tersedia dalam peti ais di keluarkan. Di bawa mug dan fresh oren ke meja makan. Asraf menarik kerusi lalu duduk. Arisya menuangkan fresh oren ke dalam mug .Satu untuk dia dan satu untuk Asraf. Arisya menarik kerusi di sebelah Asraf. Mug di angkat dan di bawa ke bibir. Fresh oren di teguk perlahan. Asraf merenung Arisya tak berkelip. Arisya yang terperasan akan renungan Asraf, terus menoleh.

"Apa tengok-tengok.Tak tergoda la."

Arisya berkata selamba. Asraf lepaskan tawa.

"Yalah, abang tahu. Isteri abang ni memang payah nak di goda pun. Tapi abang bagi peluang untuk dua tiga bulan ni aja. Lepas naik pelamin esok jangan harap abang nak bagi peluang dah." Asraf pamer senyuman nakal. Arisya mencebik.

"Alah, ugutlah macam mana pun. Sya tak takut."

Asraf mengeleng mendengarnya. Sedegil Arisya, Asraf tahu ada kelembutan di hatinya dan Asraf akan sentiasa bertolak ansur. Asraf dah berpuas hati dapat tinggal serumah walau terpaksa berpisah bilik. Wajah Arisya di tenung lagi. Senyuman nakal terukir lagi di bibirnya. Selesai meneguk fresh oren yang terakhir dia bangun dan merapatkan wajahnya ke wajah Arisya. Dengan pantas wajah Arisya di cium dan Asraf berlari ke ruang tamu. Arisya tergaman tapi mengukirkan senyuman selepas itu.

Ermm..cinta memang gila tapi cinta itu sangat indah bila kita sama-sama menghargai pasangan kita. Saling bertolak ansur dalam segala hal. Tabik Asraf! Bukan semua lelaki sanggup bertolak ansur dalam hal begini. Bukan senang wey nak tahan godaan...hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience