BAB 19

Romance Completed 23451

Lima tahun kemudian...

"Abang, tolong tengokkan Arif ni kejap. Sya nak masak ni."

Arisya melaung Asraf dari dapur. Arif anak kedua mereka baru berusia dua tahun. Anak sulung mereka kembar, Ardinee dan Ardina sudah berusia empat tahun. Rezeki mereka murah dan sekarang Arisya mengandung lagi. Kandungan yang ke tiga.

"Abang, tolonglah. Layan Arif ni kejap. Sya nak masak, sikit saja lagi ni."

Asraf datang ke dapur. Arif yang berada dalam dukungan Arisya di ambil.

"Mari kat papa sayang. Mama nak masak. Anak papa baikkan?"

Arif merengek. Baju Arisya di tarik.

"Arif pergi kat papa ya. Pergi main dengan kak Dinee dan kak Dina. Anak mama baikkan!"

Arisya memujuk Arif dan berhasil bila Arif sudah berada dalam dukungan Asraf.

"Sayang, jangan buat kerja berat sangat. Lepas ni rehat tau. Kesian abang tengok isteri abang ni." sebelum berlalu Asraf sempat menghadiah sebuah ciuman di pipi isterinya itu.

"Yalah bang, abang tolong tidurkan Arif ya. Ngantuk agaknya tu. Tu yang merengek saja dari tadi tu."

Arisya meneruskan kerjanya di dapur. Memang berat tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Awal perkahwinan memang segalanya serba baru. Apatah lagi ketika melahirkan si kembar Ardinee dan Ardina. Mana dengan nak kerja lagi. Sukarnya nak membahagikan masa. Tapi semua tu dapat dilalui dengan mudah dengan adanya Asraf yang selalu ringan tulang membantu dalam urusan rumahtangga. Asraf tak pernah kekok untuk menolong. Walau letih sekali pun biar di tengah malam dikejutkan Asraf tidak pernah membantah, apa lagi merungut.

Arisya memang bersyukur di kurniakan suami sebaik Asraf. Moga kasih sayang yang terbina ini akan lebih bahagia dengan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta memang gila kerana ada kalanya kita tak tahu kenapa kita menyintai seseorang itu. Kegilaan bila bercinta membuatkan kita ingin memiliki di antara satu sama lain. Tapi orang yang bercinta tak pernah gila kerana perasaan cinta itu asyik dan menyeronokkan. Bercintalah dari hati yang ikhlas kerana Allah pasti bahagia sentiasa ada di depan mata.

Apabila kita jatuh hati pada seseorang, secara automatik pasangan itu akan memutuskan perjalanan mereka bersama. Kau memasang impian dan merancang kemudian lihat jika ianya berjalan lancar, jika gagal, lihat pula mana kekurangannya. Selepas itu bersama-sama kamu membina dunia sendiri dalam cara yang kamu berdua selesa. Itu adalah kebersamaan dalam jiwa.

“When you fall in love with someone the two of you decide your destiny together. You dream and plan and see what works and what doesn’t and together you create your own world to seek comfort in.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience