BAB 8

Romance Completed 23451

Akhirnya destinasi mereka pun sampai. Teluk Batik, cantik pantainya. Kebetulan ada Expo Pertanian di sini. Arisya teruja bila apa yang di minati juga banyak terdapat di sini. Ada pameran bunga orkid dan berjenis bunga-bunga lain. Ada juga pesta buku. Rambang mata Arisya di buatnya. Terlupa terus tentang pengakuan Asraf terhadapnya tadi.

"Ya Allah, bestnya. Macam mana kau tau ada pameran bunga di sini erk? Ada pesta buku lagi. Ramai orangkan?"

Arisya memandang sekeliling. Wajahnya yang ceria mengundang senyuman di bibir Asraf.

"Asraf...Kau ni kan, suka sangat berangan. Aku tanya bukannya nak jawab. Sengeh memanjang."

Arisya menampar lengan Asraf. Geram betul dia dengan Asraf. Seolah-olah macam Arisya bercakap dengan tembok.

"Kau ni, yang teruja sangat ni kenape? Aku mana tahu semua ni."

Asraf menjawab jujur sambil tu wajah Arisya di tenung. Gembira melihat wajah Arisya yang dah macam rusa masuk kampung tu.

"Walau apa-apa pun aku ucap terima kasih banyak-banyak la kat kau. Aku memang suka kalau jumpa 2B ni."

Arisya terus berjalan menghampiri gerai-gerai pameran. Bunga-bunga orkid yang pelbagai warna menarik kakinya untuk terus melangkah laju. Asraf menggelengkan kepala melihat gelagat Arisya. Macam orang yang tak pernah jumpa bunga.

"Kau taukan kasih kau dah lama aku terima."

Asraf sengaja menyakat Arisya dengan ayat begitu, sambil itu dia terus berjalan beriringan dengan Arisya. Wajah Arisya direnung lagi untuk melihat reaksi wajah itu. Arisya buat-buat tak dengar walau jantungnya sedang mengepam darah dengan laju.

"Sya...!" Asraf memanggil.

"Ya!" Arisya menoleh.

"I Love You!"

Sekuntum mawar merah di hulurkan pada Arisya. Pengunjung dan tuan pemilik gerai yang memerhati hanya tersenyum memandang gelagat mereka. Wajah Arisya bertukar merah. Spontan lengan Asraf diketam.

"Hiesyy…tak romantik langsung. Ada plak nak cakap tengah orang ramai ni."

Arisya merengus. Walau ada rasa bahagia tapi Arisya geram sangat dengan Asraf. Malu gler Arisya bila semua mata memandang padanya.

"Biarlah mereka jadi saksi."

Asraf bersuara perlahan tapi ada ketawa di hujung suaranya. Ketawa perlahan yang mengundang bahagia. Lengan yang di cubit Arisya di gosok perlahan. Boleh tahan sakitnya.

"Sya, aku sedang menanti ni." Asraf hulurkan bunga di tangan.

"Ok, thanks.."

Bunga di tangan Asraf di ambil dan Arisya terus melangkah menghampiri pula pameran buku. Novel-novel juga banyak terdapat dalam gerai ini. Asraf mencapai sebuah novel karya Siti Rosmizah, Lafazkan Kalimah Cintamu dan di berikan pada Arisya. Arisya tersenyum membaca tajuk buku tersebut lalu dia pun memgambil keputusan untuk meluahkan perasaan melalui cara yang sama. Arisya membelek novel-novel yang di pamerkan dan mencari tajuk yang sesuai. Akhirnya novel Kau Sayangku dicapai lalu di serahkan pada Asraf.

"Betul ni?"

Asraf bertanya inginkan kepastian. Arisya sekadar mengangguk.

"Sejak bila Zetty Alieya Arisya?" Asraf bertanya lagi.

"Form One!"

"Really?"

Asraf plak terkejut. Lagi lama dari dia meminati Arisya.

"Yupp!!! Sepenuh hati." pengakuan ikhlas Arisya.

Asraf rasa sangat terharu dengan pengakuan Arisya. Kalaulah Arisya sudah menjadi isterinya memang sudah di peluknya Arisya tapi jurang hubungan mereka masih melarangnya berbuat begitu.

"Sya, nanti cuti semester kita balik kampung. Kebetulan Asraf pun cuti."

Arisya pandang Asraf. Caranya bercakap sudah berubah. Perlahan dan romantik dan sudah tiada perkataan 'aku'.

"Memang la. Setiap kali cuti semester memang Sya balik kampung."

Rentak Asraf di ikuti. Terasa sangat mesra berbual begitu.

"Kita balik bersama erk?"

Asraf bertanya penuh mengharap. Rasanya Arisya seolah-olah sudah menjadi tanggungjawabnya.

"Tak boleh rasanya. Sya nak balik dengan Asmah. Nanti Asmah nak tumpang kereta Sya, lagi pun kalau Sya tak bawa balik kereta tentu Sya bakal patah kaki."

Sya menjawab sambil melebarkan senyuman. Selalunya kalau dia balik kampung tentu adik-adiknya akan mengajak dia berjalan-jalan. Bila ingat kampung Arisya tersenyum lagi.

"Sya!"

"Ya!"

"Err...nanti Asraf hantar rombongan erk?"

Asraf teragak-agak untuk memberitahu tapi dia tak mahu terus menanti.

"Hah?"

Arisya kelu. Rombongan meminang ke? Itu yang bermain di fikirannya.

"Rombongan apa?"

Arisya bertanya lurus.

"Rombongan Cik Kiah nak pergi berkelah."

Asraf bersuara geram. Lagi mau tanya Arisya ni.

"Rombongan nak pinang awak la Cik Arisya sayang oii..lagi mau tanya ke?"

Hidung Arisya di cuit dan wajah Arisya di tenung lama. Arisya tertunduk malu namun langkah terus di atur. Bangku rehat di tepi pantai di pilih. Melihat lautan yang luas menjadikan hati Arisya tenang.

"Sya!"

Asraf memanggil. Kebisuan Arisya meresahkan hatinya.

"Terpulang! Tapi keputusan tetap di tangan abah dan ibu Sya. Sya tak berani buat keputusan dan tak berani nak janji apa-apa."

Tegas Arisya menyuarakan apa yang dirasa. Asraf yang sudah melabuhkan punggung di sisinya menarik nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience