BAB 9

Romance Completed 23451

Lagi dua minggu cuti semester. Arisya yang sudah menerima lamaran dari Asraf ingin membuat sedikit persiapan untuk majlis pertunangan nanti jadi sebelum balik kampung Arisya mengajak Asmah teman serumahnya untuk keluar bershoping. Membeli barang-barang keperluan untuk majlis tersebut. Destinasi yang terfikir dalam fikirannya adalah Sungai Besar.

Pagi itu Arisya ronda sakan di Sungai Besar. Banyak kedai di masukinya. Dari kedai baju ke butik hinggalah kedai barang hantaran dan kedai bunga. Letih berjalan mereka singgah untuk makan di restoran ibu saudara Asmah.

"Kabare mbah?"

Asmah menegur pekerja restoran tersebut. Arisya hanya mengukirkan senyuman.

"Waras!" jawapan di terima.

Asmah dan Arisya mula menuju ke meja yang di sediakan. Tak terbuka selera untuk menjamah nasi mereka berpakat untuk order makanan lain. Arisya memilih bakso manakala Asmah memilih mi jawa sebagai santapan mereka. Sekadar mengalas perut.

Ketika sedang menikmati makanan Arisya terpandang kelibat seseorang yang amat di kenali masuk ke dalam restoran tersebut. Arisya amati wajah lelaki yang berbaju kemeja biru lengan panjang itu bersama seorang gadis yang pada pengamatannya memang cantik sangat. Rasa berbahang dadanya. Hatinya menjerit kuat. Pasangan itu pula masuk ke restoran sambil berbual mesra.Tanpa membuang masa Arisya menghampiri meja pasangan tersebut. Dengan selamba dia duduk menyertai mereka. Arisya pandang Asraf sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali. Asraf ternyata begitu terkejut dengan kehadiran Arisya.

"Sya...Sya buat apa kat sini?"

Asraf bertanya sangsi. Wajah Arisya di pandang penuh tanda tanya.

"Tengok wayang! Kau buat apa plak kat sini?"

Selamba Arisya menjawab dan mengajukan soalan pada Asraf.

"Sape ni Asraf? Ko kenal ker?"

Arisya pandang wajah gadis di sebelahnya.

"Hai!"

Arisya menghulurkan tangan dan tangannya bersambut.

"Saya Arisya TOK saudara Asraf."

Selamba Arisya menuturkannya. Asraf yang berwajah kalut tadi terus menghamburkan tawa.

"Hah???" gadis di sisi Arisya dah tercengang.

Walau Arisya berwajah selamba tapi suaranya ada nada tegang.

"Dia bergurau aje. Jangan percaya sangat. Arisya ni memang macam ni. Suka bergurau."

Asraf menerangkan pada temannya itu tapi Arisya pula langsung tidak berpuas hati. Berang dengan penjelasan Asraf. Tak lengkap dan Arisya tak suka.

"Jawab serius Arisya buat apa kat sini?"

Asraf menyoal balas tanpa mengetahui kemarahan Arisya yang sudah sampai ke tahap membahang.

"Nak tahu sangat ker?" Arisya tanya Asraf kembali.

"Ya!" Asraf menjawab sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali.
Arisya senyum sambil tu air milo ais yang ada di depan Asraf di capai. Asraf memandang saja perlakuan Arisya.

"Nak buat ni!" air milo ais Arisya curahkan atas kepala Asraf.

"Zetty Alieya Arisya, apa awak buat ni?"

Asraf bersuara agak kuat, seluruh pengunjung restoran terbabit memerhatikan mereka. Arisya melemparkan senyuman sinis. Gadis di sebelah mereka terlopong. Asmah yang memerhati kejadian itu juga turut tercengang. Arisya mendapatkan Asmah dan mengajak Asmah berlalu dari tempat itu.

"Sya,..tunggu dulu."

Asraf memanggil Arisya dan cuba mendapatkan Arisya. Arisya di kejar. Asraf menarik tangan Arisya bila dia berjaya menghampiri Arisya tapi Arisya menepis dengan pantas dan nasib tidak menyebelahi mereka. Ketika itu Arisya baru hendak melangkah longkang konon-kononnya nak ambil jalan short cut untuk segera sampai ke keretanya. Kerana meronta akibat di tarik oleh Asraf lalu kerana tak dapat menyeimbangkan badan lalu keduanya jatuh terduduk di tepi longkang.

"Adoiii...!!! Asraf!!! Heee...tak suka la dia ni!!!"

Arisya menampar dada Asraf kuat. Habis di cubitnya tubuh Asraf. Asraf yang turut jatuh ketawa terbahak-bahak sambil tu tangannya menepis serangan Arisya yang bertubi-tubi.

"Tak lucu la Asraf! Sakit tau tak?"

Asraf membantu Arisya bangun. Arisya mengosok punggungnya yang terasa nyilu akibat terhempas tadi.

"Sya ni kenapa? Cemburu erk? Tu bos Asraf la. Kami keluar makan bersama sebab nak bincang pasal kerja aja."

Asraf menerangkan kedudukan sebenar agar tiada salah faham antara dia dan Arisya. Maunya Arisya reject pinangan dia nanti menangis tak berlagu la dia.

"Ada aku tanya?" Arisya masih bersuara kasar.

"Erm..tengok tu. Marah lagi? Asraf suka kalau Sya cemburu tapi janganlah cemburu buta."

Asraf cuba memujuk Arisya sambil tu dia memandang bajunya yang dah di kotorkan.

"Tengoklah, apa Sya dah buat! Nasib baiklah dah sampai waktu balik."

Arisya muncungkan bibir. Dia tahu dia bersalah sebab dah salah faham.

"Dah la Sya nak balik."

Arisya terus berlalu menuju keretanya. Asmah yang memerhati hanya tersenyum.

"Apa senyum-senyum?"

Arisya berkata pada Asmah sambil masuk ke kereta.

"Aikk..takkan aku pun terkena tempias jugak Sya. Sape tu Prince Charming ko ke?"

Asmah tersenyum sambil memandang Asraf yang sedang memerhatikan mereka.

"Taklah! TOK WAN aku!"

Asmah hanya mampu geleng kepala. Arisya! Arisya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience