BAB 12

Romance Completed 23451

Cuti semester dua minggu berakhir sudah. Perancangan Arisya balik kampung untuk bertunang bukan khayalan semata. Asraf memang langsung tidak boleh di percayai. Kononnya nak hantar rombongan meminang tapi siang bertunang malam sudah di nikahkan sekali dengan alasan saling berjumpa takut bakal terjadi yang tidak di ingini.. Hmm..baik punya alasan. Walhal takut pujaan hati bakal terlepas ke tangan orang lain. Langsung Arisya di ikat kuat dan lesen sah di ambil. Letih Arisya melayan otak berfikir dan mengerah tenaga membuat persiapan mengejut sebegitu. Walau apa pun Arisya bersyukur segalanya selesai dengan sempurna dan Arisya sudah sah bergelar isteri Asraf.

Dua hari selepas majlis akad nikah mereka sudah pulang semula ke Sabak Bernam untuk memulakan tugas masing-masing. Apa boleh buat Asraf cuma mendapat cuti ketika Arisya sudah sampai di penghujung cuti. Mereka balik berdua ke Sabak Bernam tapi berlainan kereta. Yalah, Arisya bekerja di Teluk Intan dan menyewa di Teluk Intan, terpaksa juga membawa kereta sendiri. Nanti tak perlulah menyusahkan Asraf untuk menghantar dia pergi dan balik kerja. Untuk sementara waktu mereka akan tinggal berasingan walau sudah bergelar suami isteri. Dalam perjalanan mereka singgah rehat untuk bersolat dan makan. Kebetulan Arisya yang berada di hadapan sampai dulu. Ketika keluar dari kereta Arisya di tegur seseorang.

"Assalammualaikum. Kalau tak silap ini Arisyakan?"

Orang itu memberi salam dan mengajukan soalan untuk Arisya.

"Waalaikummusalam."

Arisya jawab perlahan. Lelaki di hadapannya di perhatikan.

"Sya,.ni aku la Shuhaimi. Kau dah tak kenal aku ke?" lelaki itu bersuara lagi.

"Ooo..aku ingat. Shuhaimi Mustafa. Right?" Arisya tersenyum.

Shuhaimi ni kawan baik Asraf tentulah dia ingat, kerana ke mana saja Asraf pergi tentu dia ada sama.

"Kau dari mana ni Sya?" Mereka mula berbual. Masih tak berganjak ke mana-mana. Arisya sekali-sekala memandang ke jalan.Tentu saja kerana suami tersayang belum lagi muncul.

"Aku dari kampung. Nak balik Teluk Intan."

Arisya memulakan cerita untuk menjawab soalan Shuhaimi tadi.

"Kau buat apa di Teluk Intan?"

Shuhaimi mengerutkan keningnya. Dalam masa yang sama peluh di dahi di lap dengan telapak tangan.

"Aku mengajar la sekarang. Kau buat apa sekarang? Kau kerja apa? Lama aku tak dengar berita kau."

Mereka saling berbalas soalan. Asraf yang baru tiba menghampiri mereka. Melihat Arisya sedang berbual dengan seseorang langkahnya di lajukan.

"Assalammualaikum.”

Asraf memberi salam. Walau hatinya tengah walang adab sopan tetap di utamakan. Sebaik terpandang Shuhaimi senyuman lebar Asraf ukirkan.

"Wey! Kau ke Mie? Dari mana ni? Lama betul aku tak jumpa kau? Kau buat apa sekarang?"

Mereka terus bersalaman dan berpelukan. Kawan lama bertemu kembali tentulah gembira.

"Soalan kau ni macam peluru berpandu la Asraf. Mana satu aku nak jawab dulu ni?”

Asraf ketawa. Arisya hanya tersengeh melihat gelagat Asraf dan Shuhaimi.

"Jawab la mana-mana dulu pun!" dalam tawa Asraf bersuara.

"Tapi, sebelum tu aku nak kenalkan pada kau my wife Zetty Alieya Arisya."

Shuhaimi berkata dalam gurauan. Dia tahu sangat Asraf memang minat gler pada Arisya tapi tak berani meluahkan perasaan. Sengaja dia nak kenakan Asraf dengan mengenalkan Arisya sebagai isterinya. Arisya yang mendengar sudah ketawa mengekek.

"Ya ka? Cuba kau buktikan yang Arisya ni isteri kau." Asraf membalas sambil tersenyum tapi dalam hati dah ada idea nakal untuk kenakan balik kawan baiknya itu.

"Bukti apa kau nak?"

Serius Shuhaimi bertanya kembali tanpa menduga dia bakal masuk perangkap sendiri.

"Kau cium dia sekarang. Kalau betul dia isteri kau."

Mata Arisya terbelalak memandang Asraf. Wajah Shuhaimi sudah pucat. Gila betul Asraf ni.

"Oitt...dah lama hidup kot?" Arisya mendekati Asraf.

Lengan Asraf di pulas kuat. Menyeringai Asraf menahan sakit namun ketawa tetap ketawa.

"Sakit la sayang! Hiss..tangan Sya ni macam ketam la."

Shuhaimi yang melihat drama di depannya itu dah mula berubah wajah. Bengong sekejap.

"Ni, cuba korang terangkan...aku dah naik biul dah ni."

Shuhaimi tak puas hati melìhat kemesraan Asraf dan Arisya.

"Untuk pengetahuan kau, Zetty Alieya Arisya yang kau mengaku isteri kau tadi ni, isteri aku. Kan sayang?"

Asraf menjelaskan keraguan Shuhaimi. Kesian pula tengok muka kawan baik dia itu. Dalam masa yang sama sempat lagi Asraf memaut bahu Arisya dan mencuri mencium pipi Arisya.

"Asraf!!!...tak malu ke?" merona wajah Arisya.

Tangan Asraf di tepis dan Arisya menjarakkan dirinya dengan Asraf.

"Tak guna punya kawan. Korang kawin senyap-senyap.Tak jemput aku pun."

Shuhaimi yang dah tahu cerita sebenar mula buat-buat marah.

"Belum kawin lagi la. Baru akad nikah. Baru lagi, dua hari lepas. Kau jangan bimbang nanti hujung tahun kenduri kau orang pertama dapat kad undangan."

Asraf membetulkan tuduhan Shuhaimi. Barulah Shuhaimi mempamerkan wajah ceria.

"Walau apa pun.Tahniah untuk korang, tapi Asraf... kau berhutang cerita dengan aku."

Shuhaimi tersenyum. Mereka berbual panjang selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience