BAB 14

Romance Completed 23451

"Korang...aku ada something nak bagitau ni."

Suatu pagi yang damai ketika empat sekawan sedang bersarapan pagi Asraf bersuara serius. Dalam keadaan serba salah, ngelabah dan sebagainya. Tiga pasang mata sudah berkalih pandang padanya.

"Aku..err..aku..." Asraf raup muka. Kusut wajahnya. Minda sudah puas memerah ayat mana yang bakal di guna.

"Eii..sejak bila kau gagap daaa...?"

Hakimi yang duduk di tepi Asraf menyoal. Yang lain hanya mengangguk mengiakan.

"Err..bukan,aku..aku...ishh..macam mana nak cakap ni." kawan-kawannya di pandang sorang demi sorang.

Azman dah jongketkan kening berkali-kali. Hakimi pandang dia tak berkedip. Farhan serius wajahnya. Asraf pun dah jadi tegang. Akhirnya Azman bersuara pula.

"Okey, kalau payah sangat, kau tarik nafas kau lepas, kau tarik nafas kau lepas, kau tarik nafas kau lepas dan lepas tu kau lepaskan saja apa yang kau nak cakap tu. Aku janji kalau kau buat salah aku takkan marah kau.”

Hakimi dan Farhan mengangguk serentak.

Asraf tersenyum. Wajahnya cuba di ceriakan.

"Aku harap korang bertiga tak ada sakit jantung ke, darah tinggi ke..rasanya semuanya sihat walafiatkan?" Asraf masih sengeh.

"Cakap sajalahh!!!" serentak ketiga-tiga kawannya bersuara. Hilang sabar mereka dengan gelagat Asraf.

"Ok,ok aku cakap...aku dah nikah, lagi dua minggu aku ingat nak pindah rumah nak tinggal dengan wife aku." senafas Asraf menuturkannya

Lapang rasa dada. Wajah kawan-kawannya di pandang. Tak berkelip semuanya memandang Asraf. Gulp!!!

"Korang dah janjikan takkan marah." ragu-ragu Asraf bertanya.

"Aduh, jantung aku.." Azman pegang dada.

"Kepala aku, aku nak pitam tolong aku!" Farhan plak menundukkan kepala sambil tangannya memicit-micit dahi.

Hakimi pura-pura jadi lembik macam orang yang nak pengsan.

"Korang janganlah main-main aku serius ni." Asraf tahu kawan-kawannya sengaja nak kenakan dia.

"Ngok betullah kau ni. Nak cakap yang tu pun tergagap-gagap. Kami dah tahulah kau dah nikah dan kami dah tahu pun kau nak pindah. Eleh, kalau dah cakap dalam Hp tu bukannya nak tengok kiri kanan dah. Sayang la, abang la. Aku yang dengar ni pun naik geli bulu tengkuk."

Azman berterus terang mewakili kawan-kawannya yang lain. Mereka sudah lama menduga bila melihat perubahan mendadak Asraf lebih-lebih lagi sejak balik bercuti. Bergayut memanjang. Sekali sekala mereka berpakat memasang telinga. Asraf ternganga. Kepala yang tak gatal di garu perlahan. Lastly dia hanya tersengeh pada kawan-kawannya itu.

"Tapi sebelum pindah kau kena denda.”

Hakimi buat muka nakal. Yang lain sengeh.

"Erk...denda apa plak???” Ahh..sudah. Apa pula bakal di kenakan. Asraf dah tak sedap duduk. Ada-ada saja mereka ni nak kenakan aku.

"Kau kena belanja kami makan besar. Dah tu isteri kau wajib ada sekali."

Farhan yang hanya jadi pendengar sejak tadi mula meletakkan syarat.

"Ohh itu hal kecik punya. Hujung minggu ni lah aku belanja. Tu pun kalau korang free."

Asraf bersuara tenang. Ingatkan denda apa la tadi. Kalau setakat nak belanja makan dengan nak memperkenalkan Arisya bukan masalah besar pun.

"Kau tak takut ke, nak jumpakan isteri kau dengan kami. Lebih-lebih lagi dengan Kimi ni. Bukan boleh percaya sangat. Crocodile land ni."

Azman ketawa kuat. Wajah Kimi di pandang .Lagi kuat dia tergelak bila melihat Hakimi mencerlungkan mata ke arahnya.

"Wey! Boya-boya aku pun aku tak pernah rampas hak kawan la." Hakimi melepaskan amarah.

Walau dia tahu Azman hanya bergurau tapi rasanya gurauan itu dah keterlaluan.

"Aku gurau aja la.Tu pun nak sensitif ke? Sejak bila boya pun bleh sensitif ni?"

Tertawa Azman melihat perubahan wajah Hakimi.
"Dah, dah, dah..melebih-lebih plak korang berdua ni, nanti aku tak jadi belanja baru korang tahu."

Asraf cuba menenangkan kedua orang kawannya itu. Dah faham dengan sikap kedua kawannya itu yang suka sangat bertekak. Farhan plak lebih pendiam berbanding dengan yang lain.

"Agak-agak kami kenal tak isteri kau tu.?"

Azman menyoal, matanya tepat memandang Asraf. Asraf sengeh.

"My Princess Charming!" jawapannya itu membuatkan Azman menepuk dahi.

Hakimi buat juling. Farhan lemparkan senyuman. Dah tak ada ayat lain dah. Asyik-asyik dengan Princess Charming dia tu la!

"Kenapa? Korang tak percaya. Buka la Fac. Memang nama tu yang dia guna. Kalau aku Prince Charming dia plak Princess Charming. Selama ni memang aku cari nama dia dalam FB. Zetty Alieya Arisya tapi tak jumpa. By the way aku nak ucap terima kasih pada kau Man sebab temukan aku dengan Princess Charming aku semula."

Azman cengang. Jari terlunjuknya di halakan ke arah dirinya sendiri.

"Aku???"

"Yupp! Korang ingat tak perempuan yang langgar aku masa kita pergi makan ketika perasmian restoran di Sungai Besar. Dialah Arisya. Princess Charming aku." Asraf menerangkan pada kawan-kawannya.

"Lahh! Awek comey tu ke? Patutlah aku ayat tak jalan. Rupanya dah ada PRINCE CHARMING dia."

Asraf tunjuk penumbuk pada Hakimi. Akhirnya rumah itu gamat dengan derai tawa mereka. Asraf rasa lega. Selesai satu masalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience