BAB 10

Romance Completed 23451

Malam tu puas Asraf menghubungi Arisya tapi panggilannya tak berjawab. Asraf menghantar mesej juga tak di balas. Asraf runsing takut Arisya berubah hati. Tapi, bila di fikirkan balik Asraf tak melakukan apa-apa kesalahan cuma salah faham. Puas berfikir Asraf mendapat satu idea. Fac!

Lalu laptop di onkan dan fac di buka. Arisya sedang online. Cantik!!!

Prince Charming: Syg, sudah la tu marah sikit2..

Lama menanti mesej di inbox masih tiada balasan.

Prince Charming: Sya syg, intan payung, buah hati pengarang jantung hatiku.OK asraf minta maaf tp jgn mrh lama2.

Arisya yang membaca mesej Asraf sudah melebarkan senyuman. Dia bukannya marah pada Asraf tapi dia malu kerana bertindak tanpa menyiasat terlebih dahulu. Pulang ke rumah tadi teruk juga dia 'di basuh' oleh Asmah. Tak pasal-pasal dia dapat dengar ceramah free. Tu la cemburu tak bertempat.

Prince Charming: Zetty Alieya Arisya! Sudah2 la tu, jgn mendera abg ni bls la, abg tau Sya tengah online kan?

Arisya mencebirkan bibirnya. Ekeleh! Abang la konon. Eh,umur kita sebaya tau! Arisya bermonolog sendirian. Arisya terus membuka profil dan mengupdatekan status.

Princess Charming

Usah kau pujuk aku lagi! Aku tak sudi!!!
Titik!!!

Arisya tersenyum sendiri. Mesti Asraf akan melihat statusnya itu. Lima belas minit berlalu status Arisya sudah mendapat respon. Sepuluh orang sudah like dan ada lima orang memberi komen.

Jejaka Perasan: Akan ku pujuk hgga kau sudi! Titik :-D

Amir Asraf: Kau bleh blah la!!! Hahaha (gelak jahat)

Asrina: erm majuk erk?

Kamal kamarul: ala cyg2 buchuk!!!

Prince Charming: K fine! Peminangan cancel!!! Titik!!!

Arisya terkedu. Aikk!!! Dia pun ada hati nak majuk jugak ke. Arisya terus memberi komennya pula.

Princess Charming: My prince charming, satu pegi 10 dtg tauu..

Prince Charming: alah kalau yg dtg sume dah tua nak mampus wat apa? :p

Princess Charming: Tiru dialog p.ramlee, sapa aci :p

Prince Charming: aci2 buka pintu la abg prince charming nak msk :-D

Princess Charming: kim salam!!!

Jejaka Perasan: takpa abg jejaka perasan ada nti abg gi minang erk?

Princess Charming: Bleh! tak da masalah!

Prince Charming: amboih???

Princess Charming: ;p

Perbalahan berlarutan hingga Arisya terasa matanya kian layu. Akhirnya dia mengaku kalah.

Princess Charming: dah ngantok, serenda! jd minang x? sedia rm50 ribu kalau jadik..bkn snang tau nak minang tuan p3, tak pun sdulang hati kuman, setempayan airmata ank dara sunti, xda sume tu, reject, k out dlu :-D

Arisya terus logout dan laptop di tutup. Asraf tersenyum sendirian. HP di capai mesej di hantar ke HP Arisya.

Asraf: Sya punya pasal, tak kisahlah. tapi yg 50ribu tu kira rupiah bleh la ye? K nite syg..mimpi abg tau..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience