BAB 1

Romance Completed 23451

ZZAAAAPPPPP!

BERDESUP dia lari menuju ke kelas membuatkan sesiapa yang lalu disebelahnya menoleh dua tiga kali melihat siapa gerangan yang lari persis Usain Bolt!

Arisya memecut laju ke kelasnya terletak di tingkat 2, Blok B. Seksa juga untuk menapak menaiki tangga tapi memandangkan hari-hari dia melakukan rutin yang sama, perkara itu dah jadi perkara biasa. Kata orang utara dah 'mangli'.

Asyik benar dia lari maklumlah dah lambat terasa ada kaki yang mengikutinya dari belakang. Arisya menoleh, sorang pelajar lelaki di belakangnya. Pelajar tersebut berjalan pantas dan menyaingi Arisya. Ketika pelajar tersebut berselisih dengan Arisya bahunya melanggar bahu Arisya.

"Opocot!"

Arisya hampir jatuh. Terkejut bukan kepalang tapi pelajar lelaki tersebut sempat menyambar tangan Arisya. Panik seketika.

"Wey! Lepaslah!" Arisya bersuara lantang.

Pelajar lelaki tersebut yang terkejut mendengar tempikan Ariya terus melepaskan tangannya tanpa berfikir panjang.

"Adoi...wey, kau gila ka hah?" Arisya marah-marah.

Apa taknya dia sudah jatuh tergolek. Nasib baik cuma dua anak tangga dan badannya tersandar di dinding.

"Tak guna punya jantan." Arisya mengomel perlahan.

"Arisya, awak okey ke?" Arisya panggung kepala. Dupp!!! Jantungnya berlari laju. Asraf? Uwaa…kenapa aku boleh bertembung dengan dia dalam keadaan macam ni. Wajah Arisya berubah merah. Asraf yang rasa bersalah cuba membantu Arisya.

"Awak boleh bangun ke?"

Arisya menolak bantuan Asraf yang ingin membantunya berdiri. Malu bukan kepalang. Asyaf adalah pelajar yang di pujanya sejak tingkatan satu lagi, tapi Arisya pendamkan perasaannya kerana di dorong rasa malu yang amat pada Asraf. Asraf adalah pelajar dari kelas sebelah.

"Kau ni pehal, dah la langgar aku, dah tu kau lepaskan aku macam tu aje, nasib baik aku tak terhantuk kat dinding ke hapa ke, kalau tak naya aje aku hilang ingatan."

Arisya tiba-tiba dapat keberanian untuk bersuara. Di pandangnya wajah Asyaf dengan geram tapi sebaliknya Asraf hanya senyum menayangkan giginya yang putih dan tersusun cantik itu.

"Gila ke apa?"

Arisya berdengus marah. Dah sewel ker hapa? Aku bengang gler dia boleh lagi senyum.

"Dah...tepilah, aku nak naik!"

Arisya tolak Asraf kasar. Asraf mengelak Arisya dan memberi laluan pada Arisya.

"Lady’s first, di persilakan Tuan Puteri Zetty Alieya Arisya."

Asraf ingin berlawak. Selalunya Arisya paling payah untuk di bawa berbual tapi hari ini adalah hari paling bertuah dalam hidupnya. Dapat pegang tangan Arisya satu hal. Arisya marah? Tak ada masalah bagi Asraf, lagi seronok ada la lebih-lebih lagi bila melihat wajah Arisya yang memerah bagai udang di bakar tu. Cute sangat!

"Apa punya mamat nih, dah langgar aku bukan nak selamatkan aku bahkan di lepaskan plak tangan aku...hee..geramnya, tak gentleman langsung la."

Arisya bersuara perlahan, lebih untuk dirinya sendiri, sambil tu di belek tangannya dan di picit perlahan. Nyaris-nyaris lagi tangannya terseliuh, cuma terasa nyilu sikit akibat terjatuh tadi.

"Awak, awak cakap dengan sape tu?"

Asraf yang mendengar Arisya bercakap, menyoal.

"Aku bercakap dengan dinding la. Apa kau sibuk?"

Ishh..dengar plak mamat ni. Arisya mengomel di dalam hati.

"Awak ajar saya boleh tak?"

Asraf sengaja menyakat Arisya. Bukan senang mendapat peluang begini.

"Ajar apa plak?" Giler ke hapa. Nak suruh aku ajar apa plak.

"Ajar saya cakap dengan dinding la."

Sekali lagi Asraf cuba menyaingi Arisya. Cuba berjalan di samping Arisya tapi dalam masa yang sama Arisya mengibas tangannya yang sedikit rasa sengal. Akibat cuba mengelak libasan tangan Arisya, Asraf pula jatuh mengelunsur.

Gedebuk!!!

Arisya panik. Di pandangnya Asraf tanpa kata. Hari ni hari jatuh tangga sedunia ke hapa? Ada pelajar lain yang melalui tangga tersebut pada masa yang sama Asraf tergolek. Teruk Asraf di sorak. Tak ada sikap peri kemanusiaan langsung budak-budak ni, orang jatuh bukannya nak di tolong malahan di boo lagi. Arisya yang pada mulanya ingin membantu terus tak jadi bila melihat Asraf bangun dengan selamba. Asraf pandang Arisya. Arisya buat thumb up tapi kemudian di terbalikkan. Tu baru seri.

Arisya sampai di kelas. Dia masuk kelas macam biasa. Buat macam tiada apa-apa yang berlaku. Dalam kepalanya banyak persoalan yang bermain dengan perasaannya.

"Arisya, tadi aku nampak Asraf!"

Arisya menoleh pada Baiti. Kawan Arisya yang paling rapat dengannya dalam kelas. Kebetulan Baiti juga meminati Asraf. Tapi Baiti lebih bersikap terbuka.

"Pehal dengan Asraf plak? Mana kau jumpa dia?"

Hairan dengan pernyataan Baiti. Baru tadi Asraf berlanggar dengan dia atas tangga. Asraf mana plak yang Baiti maksudkan?

"Kau ni Sya, nyanyuk ke hapa? Asrafkan pelajar kelas sebelah aja, tadi masa kau masuk kelas, aku nampak Asraf lalu."

Arisya mengganguk. Baru faham jalan cerita. Ingatkan Asraf mana plak tadi.

"Hari ini ada perhimpunankan?"

Arisya bertanya Baiti. Bila fikir pasal perhimpunan Arisya jadi trauma. Nak kena turun tangga lagi. Uwaaa...capek bangat!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience