BAB 3

Romance Completed 23451

ASRAF onkan laptop. Sudah berbulan nama Arisya di cari untuk menjadi rakan Facnya. Sejak mereka menamatkan zaman persekolahan, masing-masing bawa haluan sendiri. Memang, perlanggaran demi perlanggaran merapatkan hubungan mereka, tapi selepas SPM Arisya telah berpindah sekolah sedangkan dia meneruskan pelajaran hingga tingkatan enam. Dengar kata Arisya masuk Maktab Perguruan. Sebelum tu ada perselisihan faham antara mereka. Surat yang di beri untuk Arisya sudah sampai kepada orang lain. Kepada Baiti kawan baik Arisya sendiri. Akhirnya dia yang terjerat kerana Arisya menyangka dia mempunyai perasaan pada Baiti.

Salah dia juga kerana menyangka surat yang di selitkan dalam buku teks tu milik Arisya. Dah tu tak di tuliskan pula nama Arisya. Dia masih ingat lagi bait-bait kata yang di tulisnya itu.

Awak, aku suka awak, boleh tak kalau awak jadi teman istemewa aku? Aku berharap sangat agar awak tak tolak permintaan aku ni.

Yg sgt mengharap,
Asraf Hakimi

Itulah antara yang di ingatnya tapi dia terkejut sangat bila Baiti yang membalas surat itu dan Arisya yang jadi perantaranya. Pada mulanya dia memang keliru tapi selepas di siasat baru dia tahu perkara sebenar.

"Weh! Kau ni tak ada kerja lain ke? Asyik-asyik ngadap laptop tu aja kerjanya."

Farhan rakan sebilik Asraf menyergahnya dari belakang.

"Kau dari mana ni? Jeles la tu..?"

Asraf menyoal Farhan. Dipandangnya Farhan sekilas. Segak bergaya temannya itu. Minyak wangi semerbak baunya.

"Jomlah join aku dengan Kimi dan Man, kami nak keluar ni. Takkan kau nak terperap aja ngadap laptop tu. Mengalahkan perempuan la plak."

Farhan mengajak Asraf sambil melepaskan tawa. Kadang-kadang dia hairan dengan Asraf asal tak ada kerja saja mesti on FB tapi bila di check dalam FB dia, tak ada plak Status yang di tinggalkan. Entah apa yang di cari.

"Aku ikutlah, tunggu, aku siap."

Asraf pantas offkan semula laptopnya, bangun dan menuju ke almari. Sehelai T-Shirt di keluarkan dan di sarungkan ke tubuhnya. Seluar jeans hitam yang tersangkut di dinding di capai. Sesudah memerhatikan penampilan diri lantas Asraf keluar mendapatkan kawan-kawannya.

"Okey, prince charming siap untuk pergi mencari princess charmingnya."

Asraf berseloroh setelah sampai di hadapan rakan-rakannya.

"Macam ni punya prince charming pakai baju, princess charming tengok pun cabut lari."

Hakimi bersuara mewakili rakan-rakannya yang lain.

"Hahahaha. We wait and see haa..”

Asraf bersuara angkuh, sengaja membakar hati kawan-kawannya.

"Wey, nak tunggu dan lihat apanya, dah tiga tahun kita serumah tau, awek pun tarak."

Azman pula mencelah. Cakap berlagak, macam la ada aweks keliling pinggang tapi habuk pun tarak.

"Aku tengah tunggu princess charming aku la, korang apa tau."

Asraf cuba membela diri. Sambil berbual tu langkah tetap di atur. Mereka sama-sama masuk ke kereta. Kereta Asraf juga yang menjadi sasaran.

"Kita nak ke mana ni?" tanya Asraf pada kawan-kawannya.

Sebagai pemandu dia kenalah tau hala tuju.Takkan main redah aja kot.

"Sungai Besar la, aku nak jumpa kawan. Dia cakap nak belanja kita makan."

Azman yang bersuara. Sudah lebih tiga tahun mereka bekerja di Sabak Bernam ni.

"Okey, aku ikut aja, lebih-lebih lagi kalau dapat makan free ni. Rezeki jangan di tolak. Eh..kawan kau tu lelaki ke perempuan hah?"

Asraf bertanya lagi untuk meriuhkan suasana. Tiga pasang mata serentak memandang Azman.

"Perempuanlah. Kakak Azie rasmi restoran baru hari ini. Jadi hari ini mereka buat makan-makan."

Asraf, Farhan dan Hakimi menganggukkan kepala tanda faham dan mereka rancak berbual selepas itu. Dari satu isu ke satu isu. Dari isu bola ke politik, beralih ke isu hiburan dan isu semasa. Masing-masing tak mahu kalah. Dah macam gelanggang debat pula. Ada masanya bila masing-masing buat lawak pecah berderai tawa mereka.

Bila mereka sampai kawan-kawan Asraf turun terlebih dahulu manakala Asraf terpaksa mencari tempat parking. Akhirnya dapat juga satu petak kosong tapi jauh dari restoran dan agak tersorok. Bila selesai Asraf memarking kereta Asraf berjalan kaki menuju ke restoran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience