Chapter 12

Other Series 2484

"Dismiss."

Semua orang tergesa-gesa keluar dari dewan kuliah. Masa rehat yang memang tidak patut dilepaskan. Rugii kalau tak rehat.

"Ting!"

Air hot chocolate itu diambil lalu dicicip perlahan.

"BAA!"

"AARGHH!"

"SPLASH!"

Matanya tertancap pada baju Felisha yang basah terkena hot chocolatenya itu.

"AISHAAA! APER NI HAH?!"

Ramai pelajar datang mengerumuni apabila terdengar suara orang menjerit.

"Maaf Felisha. A-aku tak sengaja, maaf," Aisha berkata sambil menunduk.

Rean yang melihat kejadian itu terus menerpa ke arah Aisha. Dia rasa nak tergelak tapi hanya disimpan di dalam hati. Dia mengimbas kembali kejadian tadi.

POV: REAN

"Aku~ nak pergi vending machine~beli cappuccino~" dia menyanyi dengan riang. Entah jin mana yang merasuknya tika ini. Orang yang lalu-lalang semua disapanya.

"Eh? Tu bukan Aisha ker?" matanya disepetkan untuk melihat susuk tubuh yang berada di vending machine tersebut. Dia berniat untuk menyergah Aisha.

"BAA!"

"AARGHH!"

"SPLASH!"

Dia secara automatik nya mengelak percikan air itu. Yang menjadi mangsanya adalah Felisha yang berada dibelakangnya.

POV END

"I nak you bayar balik harga baju ni! I tak kira!"

"Ish minah ni...aku debik karang!" gusar hati Aisha. Rasa macam nak smackdown je minah tak cukup kain ni kat sini.

"Maaf Felisha. Aku hanya boleh bayar untuk hantar baju kau ke dobi je. Lebih daripada tu aku taknak." Aisha memberi kata putus.

"Aku tahu mak kau miskin Aisha. Tapi takkan lah sampai nak ganti baju aku pun tak cukup? Suruh lah mak kau layan mana-mana lelaki. Kesian aku tengok kau ni. Ish, ish, ish," Felisha menunjal kepala Aisha yang menunduk.

Darah Aisha menyirap mendengar kata-kata Felisha.

"Jangan cakap buruk pasal keluarga aku!" mata Aisha mencerlung melihat Felisha.

"Berani kau tinggikan suara dengan aku?! Memang nak kena kau ni!" tangan kanannya diangkat. Bersedia untuk menampar muka Aisha. Aisha yang menyedari hal itu terus memegang dan mengilas tangan Felisha ke belakang.

"Berani kau!" kawan sekutu Felisha, Dania berura-ura mahu mendekati Aisha.

"Setapak kau ke depan, patah tangan dia aku kerjakan."

Dania terus tidak jadi melangkah ke hadapan. Gerun dengan muka Aisha yang tampak bengis. Yang si Felisha ni dah nak menangis. Sakit punya pasal.

Setelah keadaan kembali reda, Aisha terus melepaskan tangan Felisha. Dan dia terus berlalu pergi.

"Aisha! Tunggu la kejap!" Rean tergesa berlari ke arah Aisha.

"Sorry. Aku yang sergah kau tadi sebenarnya. HEHE. Tapi memang padu lah kau buat macam tu dekat Felisha. Aku memang nak buat lame dah kat dia, tapi nanti orang cakap tak gentleman la kan?"

"Ape-ape je lah." Aisha membalas malas.

"Kau nak pergi mane? Nak aku teman?"

"Tak payah. Just mind your own business."

Harap readers² sekalian tak bosan lah yer. hehe. Haifa ni baru lagii...maaf kalau jalan cerita mcm kebudak-budakan sikit◉‿◉. thanks!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience