Chapter 17

Other Series 2484

"Abang...tahan je sikit lagi," pujuk Brean. Luka diperut abangnya ditekan dengan bajunya yang lusuh. Warna baju semakin bertukar menjadi warna merah kepekatan disebabkan darah yang mengalir dari perut Adrean terlalu banyak. Tangan kecil Brean tidak henti-henti melambai kenderaan yang lalu-lalang supaya berhenti.

"Abang tunggu kejap eh..Brean nak buat something," dia kemudiannya terus berdiri dan menuju ke arah jalan raya yang agak lengang. Dari jauh, kelihatan sebuah kereta berwarna hitam sedang meluru laju ke arahnya.

"Oh tuhan..inikah pengakhiranku?"

'SREEEEETTT!!'

Brean menutup matanya dengan kedua-kedua belah tangannya lalu jatuh terduduk. Pemandu kenderaan tersebut terus bergegas keluar untuk melihat apa yang hampir dilanggarnya. Dilihatnya seorang budak sedang terbaring. Dia terus memangku kepala Brean. Mulut Brean seakan-akan ingin mengatakan sesuatu membuatkan pemandu tersebut mendekatkan telinganya ke mulut Brean.

"Selamatkan...abang..."

Brean kemudiannya pengsan.

Mata pemandu itu terus melilau mencari orang yang dikatakan Brean. Di laluan yang dikhaskan untuk pejalan kaki dari jauh ternampak seorang yang sebaya dengan Brean sedang menahan perutnya yang berdarah dengan sehelai kain lusuh. Brean diangkat diletakkan di seat bahagian belakang. Pemandu itu berlari-lari anak ke arah Adrean. Destinasinya yang pada mulanya ingin ke rumah Tuan Arlo bertukar kepada hospital berdekatan.

------
"Maaf. Encik ni keluarga pesakit ke?" wanita yang berseragam putih itu bertanya.

"Tak. Tapi saya yang bawanya ke sini," kata Pak Ahmad.

"Luka tikamannya agak serius. Nampak gayanya pesakit perlu menjalani pembedahan kerana terdapat jangkitan kuman."

"Lakukan apa saja yang terbaik nurse. Saya terima."

------

Kepala Brean dibelai lembut.

"Kesian..kecik-kecik dah hidup sengsara."

Pak Ahmad melihat dua beradik itu dengan penuh kasihan. Sengaja dia mengarahkan nurse untuk meletakkan mereka di dalam satu bilik.

"Anak siapalah ni? Muka macam familiar dengan someone aku kenal. Takkanlah?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience