Aisha keluar dengan mengenakan baju kemeja petak dengan baju putih yang di 'tied-in' bersama dengan kasut but yang dibelinya tempoh hari. Dia berjalan dengan santai sambil menyanyi kecil.
Happy sungguh! Daun berwarna kecoklatan bertaburan sepanjang jalan yang dilalui Aisha untuk ke pekan, memandangkan sekarang musim luruh. Nampak sahaja kerusi panjang di bawah sebatang pokok, kakinya terus melangkah ke arahnya sambil tangannya sibuk mengeluarkan telefon untuk mengambil swafoto. Kemudian, dihantarnya ke dalam Instagram.
#goodmorningeveryone#autumn
Send!!
Beberapa minit berjalan, dia pun sampai. Masuk sahaja ke dalam kedai, dia terus mencapai setin kacang merah dan sedozen telur dan memasukkannya ke dalam bakul.
"Good morning, Aisha," sapa Puan Rosie.
Puan Rosie merupakan pemilik kedai runcit itu. Dia tidak pernah berkahwin kerana dia risau suaminya mahu berpindah dari rumah usang milik ibunya. Ibunya menghidap penyakit nyanyuk, kerana itulah dia takut untuk meninggalkan ibunya.
"Good morning! How is your mother? Did her cough become better or worst?" tanya Aisha mengambil berat.
"Oh, yes. She become better than yesterday, thanks for asking," kata Puan Rosie terharu. Aisha hanya membalasnya dengan senyuman.
"I've got to go! See you again," Aisha keluar dari kedai sambil melambai.
Keluar sahaja dari kedai, matanya menangkap sekumpulan budak lelaki. Mereka merenungnya. Aisha segera menepis perasaan gentar yang bertandang di hatinya. Dia terus berjalan meninggalkan kedai itu.Tiba-tiba, sepasang tangan menariknya ke sebuah lorong gelap. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan.
"Lepas lah bod*h. Korang nak ape hah?" jerit Aisha.
Barang yang dibeli tadi dilempar entah ke mana. Dia cuba untuk tidak menghamburkan tangisnya disitu.
"Tap...tap...tap"
Bunyi tapak kaki melangkah kedengaran. Matanya tertancap pada satu figura bertopeng yang sedang memegang kayu besbol. Mukanya tidak seberapa jelas oleh kerana tempat itu yang sedikit gelap.
Si dia berjalan menuju tempat Aisha berada. Dia terus membaling kayu pemukul itu ke arah lelaki-lelaki itu. Melihatkan matanya yang mengeluarkan aura kegelapan dari mata coklat itu, mereka semua terus lari lintang-pukang.
Hanya tinggal Aisha bersama lelaki yang tidak dikenali itu sahaja disitu. Aisha tergamam kerana terpesona dengan mata coklat disebalik mask hitam yang dipakainya itu.
Baru hendak dia mengucapkan terima kasih, lelaki terus pergi meninggalkannya.
"Bongok betulla mamat tu...orang baru nak kata terima kasih, lari pulak. Hish," gumam Aisha perlahan.
Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana lelaki itu sampai tepat pada masanya. Kalau tidak, hmmmm..apala yang nak jadi.
Setibanya di rumah, Puan Rebecca hairan dengan keadaan anak tunggalnya itu.
"Lambat kamu balik. Mana barang yang mummy suruh beli? Jangan cakap yang kamu terlupa bawa duit. Haila..apa la yang nak jadi dengan anak dara sorang ni! Nak marah, nanti sentap," leter Puan Rebecca.
"Kejap mummy..satu-satu. Aisha tak tahu nak jawab mana satu dulu ni..," kata Aisha sambil loyar buruk.
Aisha menceritakan peristiwa yang terjadi semasa pulang dari kedai tadi. Sejurus mendengar cerita itu, puan Rebecca terus membelek-belek tubuh Aisha.
"Jangan risau la mummy, Aisha ok ja....tapikan, Aisha still tertanya-tanya siapa laki tu..curious sangat ni mummy," kata Aisha sambil megerdipkan matanya comel.
Dia berharap sangat untuk berjumpa lelaki itu sekali lagi.
"Dah-dah la berangan....pergi tukar baju. Comot dah tu," arah Puan Rebecca dengan lembut.
Sehingga malam, Aisha masih dibayangi bayangan lelaki misteri itu. Dia mula berangan yang dia berjumpa sekali lagi dengan lelaki itu sehingga dia tertidur.
Siapa laki tu..haha...tunggu cerita selanjutnya tau...thank you pada siapa yang baca LUV YOU!!!
Share this novel