Bayu lembut menampar pipinya. Air hot chocolate dihirup perlahan. Udara disedut dengan tenang.
Aisha duduk bersendirian di tempat melihat matahari terbenam itu. Mahu me'release'kan stresnya pasal kejadian tadi. Tak pasal-pasal dia kena panggil dengan dekan sebab bergaduh. Lagipun bukan salah dia. Dia cuma geram sebab si Felisha tu main pasal mummy-nya. Dia rasa macam nak bunuh orang. HAHAHAHA
"Yow, Shaaaa!"
Aisha menoleh melihat gerangan yang memanggilnya tadi. Haishh...mangkuk ayun ni lagi. Dia terus berdiri dan berura-ura mahu pergi dari situ.
"Eh kejap la weyhhh!"
Dia tidak mengendahkan suara itu. Dia terus menonong pergi.
"Kau janganlah marah weyhhh! Sorry ah," Rean meraih tangan kanan Aisha yang membuatkan Aisha terkalih ke belakang. Muka cemberut Aisha ditatap mendalam. Aisha melarikan wajahnya dari menatap mata coklat Rean.
"Sorry la Sha..."
Aisha mengeluh. Dia dah tak boleh nak kata apa dah dengan si Rean ni.
"Okay, okayy. Dah la...pergi. I need time for myself."
"Aishaaaa! Aku belanja kau? Asalkan kau tak monyok cenni. Aku belanja. Kau nak makan apa? Aku sanggup bankrup kan diri aku demi kau."
'Belanja? Makan? Series lah mamat ni?' gusar hati Aisha. Jarang nak suruh dia belanja. Badan Aisha terus meluru ke arah Rean. Berdiri tegak dihadapannya.
"Betul ni? Kalau kau tipu, siap kau."
"Yeahhh! This is Aisha that I know. Jom makan MC'D."
Bulat mata Aisha mendengar perkataan MC'D. Feveret weyhhhh.
"Aku nak MC Flurry. Lepas tu...Fillet O'fish and then BigMac and nugget dia tu...ape tah nama dia? HEHE...betul ni..kau nak belanja aku? Japgi kalau kau lari siap kau," telah Aisha. Teringat dia kejadian haritu, ditinggalnya Aisha di Starbuck...Rean ni ha..sengaja nak kenakan dia. Sampai kena tunggu mummy Rebecca datang bayar.
Makanan dan perempuan berpisah tiada kan? Sapa setuju...komennnn! Thanks sapa yg baca novel I ni..nah minilobe(◍•ᴗ•◍)❤
Share this novel