Chapter 5 : Kolej

Other Series 2484

Aisha menoleh ke sekeliling. Dia yang sedang berjalan kaki menuju kolejnya berasa sedang diikuti.

"Drap..."

Jelas terdengar bunyi seseorang memijak ranting kayu rapuh. Dia memberhentikan langkahnya. Dia menarik keluar pepper spray yang memang selalu berada di dalam poketnya. Dia memberhentikan langkah lalu memusingkan badannya. Dengan serta-merta cairan yang mengandungi serbuk lada itu disembur kepada mata seseorang.

"Aaaarghhhh! Kau ni kenapa Sha? Ni aku la...best friend kau. Come on la," kata Rean sambil menenyeh matanya yang pedih.

"Sorry, sorry....aku tak sengaja. Hehe," Aisha membuat muka tak bersalahnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Rean menggelengkan kepalanya perlahan sambil ketawa kecil. Langkah dibuka meninggalkan Aisha dibelakang.

"Kejap la weii.."

Jerit Aisha sambil berlari-lari anak menuju ke arah tubuh tinggi lampai yang sedang berjalan itu. Dia sedikit pun tidak menghiraukan pandangan mata gadis-gadis yang sedang cemburu melihat dia berjalan dengan si Rean ni..
Kalau nak tahu, Rean ialah antara jejaka paling popular di kolej oleh sebab ketampanan dan kepandaiannya.

Sampai di kelas, Rean meletakkan begnya di atas kerusi kedua dari belakang. Rean hanya memandang belakang badan Aisha. Dia memasukkan 'earphone' ke telinganya sambil bercakap dengan seseorang.
"Hi Rean! Kenapa you duduk sorang-sorang kat belakang ni? I boleh jer nak tolong temankan you," kata Felisha merangkap anak Dato' Said dan merupakan antara gadis yang terkenal di kolej itu.

Rean yang terganggu terus mengangkat kaki dari tempat itu selepas berkata,

"Aku tak perlukan kau. Menggatal aje kerjanya. Hish..semak."

Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Aisha yang khusyuk menyalin nota. Chewing gum diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut sambil tangan sibuk mengeluarkan buku nota dan pen. Rean menelek muka Aisha yang ralit mendengar penerangan pengajar lalu senyum dengan senyuman yang sukar ditafsir.

"Kau pehal? Tersengih-sengih dari tadi."

Satu suara itu mematikan lamunannya.

"Suka hati aku la...mata aku kan. Bukan mata kau," pen terus dicapai untuk menutup malu menelek muka anak dara orang.

Hi readers....sihat ke semua? Kalau sihat alhamdulillah....have a nice day you guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience