"Aaaarghhhh!!"
Bergema ruang dalam rumah tersebut dengan jeritan Abraham.
"Si*l la! Asal aku tolong perempuan tu, bod*h! Nasib baik kau pakai mask. Aishh!" bebel dia sambil menepis barang yang ada di atas meja.
Dia menyerabaikan rambutnya yang rapi, terlalu tertekan dengan tindakan dia membantu Aisha pagi tadi. Dia bukannya nak tolong sangat pun...tapi bila tengok perempuan tu, dia rasa something.
Nico yang baru masuk ke dalam rumah agam itu terhenti kerana terdengar bunyi barang terjatuh. Dia terus bergegas ke bilik kerja Abraham.
"Kau pehal ni, bro? Kalau stres, pergi spa...jangan la baling-baling barang. Membazir kau tahu? Jom aku bawa kau pergi Beauty Spa...kau boleh buat salun, hias kuku...lagi? Hah! Aku tahu...kau boleh picit-picit, urut-urut. Nak pergi?"
"Kau ni bod*h ke ape, hah? Ingat aku ni perempuan. Kau nak pergi, kau pergi la sorang-sorang, tak payah nak baik sangat ajak aku."
"Ishh kau ni...meh nak tengok tangan kau tu. Tengok...dah berdarah ni, jap aku pergi ambil first aid." Nico membuka almari yang menyediakan ubat-ubatan.
"Kau ni...macam gay je. Asal?"
"Kalau aku ni gay, nak letak mana si Sofia tu...fikir yer. Fikir. Ada otak guna, jangan simpan," Nico membalut tangan kanan Abraham sambil membebel.
Abraham tidak mengendahkan bebelan si Nico.
"Nico..aku nak cakap sesuatu ni," kata Abraham.
Tanpa sempat Nico memberi persetujuan, dia terus bercerita tentang kejadian dia menyelamatkan gadis yang tidak diketahui nama itu.
"Oooo. Sekarang ni...kau marah diri kau sendiri la sebab tolong perempuan tu. Tak payah la jadi sampai macam ni...tolong orang kan benda baik," kata Nico berlembut.
"Mmmm...Abraham..kau nak aku tolong kau tak?"
"Nak tolong apa?"
"Meh aku tolong kau cari maklumat pasal perempuan tu...sebab aku nak jugak tengok muka dia...hehe. Aku nak tengok siapa dia yang buat bos aku jadi sampai macam ni..baran je," kata Nico sambil menekan kuat luka di tangan Abraham.
"Kau pehal?! Sakit la bod*h! Slow-slow boleh tak!"
"Ala...kau nak cover malu an. Tengok muka pun aku tahu la...hahaha."
"Okey. Takpe...betul ni..kau nak cari maklumat pasal perempuan tu. Aku on jer," Abraham tersengih selepas berkata ayat itu.
"Okay. Mmmmm...nampaknya dah kemaruk sangat ni. Bila kau nak?"
"Kalau boleh lambat pun takpa...sebab aku busy," Abraham terus meletakkan kekura tangannya di atas dahi sambil mendongak melihat syiling yang berwarna putih gading itu.
Matanya dipejam. Otaknya mencari gali muka perempuan yang dalam ketakutan itu dalam kotak memori.
Btw... siapa2 yang otak dia tahap kbat... sumbang kan lah idea...kepada hamba yang baru mula menulis ni..haha....thank you uolls..
Share this novel