Chapter 6: PERTEMUAN KEDUA

Other Series 2484

"Wahhh! Thank you Abraham. Baik betulkan kau hari ni, sudi bawa aku keluar jalan-jalan," gedik suara Nico menyapa gegendang telinga.

Abraham tersengih. Dia pun tak tahu kenapa dia rajinkan kakinya jalan-jalan kat luar hari ni. Bukan senang nak tengok dia tersengih macam tu.

"Kau ada apa-apa nak beli ker? Aku belanja," suara serak Abraham berkata.

Ini lagi satu peristiwa yang boleh direkod sebagai kejaiban dunia.

"Kau ni demam ke mental? Jarang betul kau nak belanja orang ni. Jangan-jangan kan, aku sedang bermimpi sekarang! Tampar pipi aku sikit, nak tengok sakit ke tak. Tampar slow je tau?"

"PAP!!"

"OIIII! Slow betul kau tampar. Boleh terkehel kepala aku ni. Kau nak aku mati cepat ke?" kata Nico sambil memegang pipinya yang merah akibat ditampar sebentar tadi.

"Ooo, kau suruh tampar slow je ker? Aku tak dengar...sorry eh," kata Abraham dengan nada sinis sambil mempercepatkan langkah meninggalkan Nico di belakang.

Kakinya seakan-akan tertarik untuk pergi ke sebuah kedai buku. Rak bahagian komik dituju. Kalau nak tahu, dalam rumah agam Abraham ada satu bilik khas untuk dia yang mengandungi pelbagai jenis buku seperti komik dan novel penyiasatan.

"Ooh, ni sebabnya kau nak datang mall ni? Belilah...aku nak lepak kat luar jap."

"Kejap Nico. Aku nak tanya apa perkembangan tentang perempuan tu?"

"Aku dah suruh seorang anak buah kau intip dia."

"Kau ni...asal guna anak buah aku? Dah mampus ke semua anak buah kau?" tanya Abraham dengan nada yang ditahan-tahan.

"Ala..lek ah kau ni. Dah dia yang offer diri nak tolong. Takkan aku nak tolak."

"Siapa nama dia? Sepatutnya kau bagi tahu awal-awal."

"Adrean Wafiy. Dia under kau, tapi aku tak pasti apa posisi dia dalam organisasi kau. Hehehe...jangan la marah Abraham. Aku kan bff kau," barisan gigi Nico yang tersusun jelas kelihatan apabila dia tersengih.

Aisha yang berada di rak novel yang berdekatan dengan Abraham terdengar nama seseorang disebut. Kakinya melangkah perlahan ke arah mereka yang sedang berdiri. Belum sempat dia melontarkan soalan, sepasang tangan kekar menekup mulutnya dan menarik badan kecil Aisha ke belakang.

"Hei! Apa ni?!"

"Ni aku la...Rean. Kawan kau. Kenapa? Dah hilang ingatan ke?"

"Kenapa kau tarik aku? Terkejut tahu tak?! Kalau aku ada sakit jantung dah lama aku meninggal."

"Aku tarik kau...sebab kalau diorang tu orang jahat macam mana. Kot-kot nanti diorang culik kau, siapa yang susah? Aku jugak kan? So, behave."

"Ye lah. Rean....jom nak?" Aisha membuat suara manja. Mungkin lelaki lain, kalau dengar ni harus dah cair. Tapi tidak bagi Rean.

"Taknak. Aku nak balik study. Aku datang teman kau pun sebab kau paksa kan?"

"Ala...jom la.. Pergi secret recipe...nak makan New York Cheese Cake..aku lapar ni.."

"No is no Aisha. Aku taknak. Kau nak pergi, pergi sorang, aku taknak teman."

"Takpe lah...aku pergi sorang-sorang tau? Bye.." lirih sahaja bunyi nadanya. Sedih sangat tu. Langkahnya pun sengaja diperlahankan. Nak bagi nampak sedih gitu. Nak berlakon haruslah mantap.

"Kejap la...aku ikut. Nanti balik mengadu pulak. Jom."

"Yeayy...kau nak belanja aku kan. Terima kasih. Sayang kau," kata Aisha dengan nada suaranya yang ceria sambil menampar lembut bahu Rean.

Inilah yang mengukuhkan persahabatan mereka sampai sekarang. Ada saja gaduh-gaduh manja setiap hari.

Tiba di kedai Secret Recipe, mereka mengambil meja yang berdekatan dengan kaunter supaya senang untuk membayar.

"A slice of Red Velvet cake and a glass of ice lemon tea, please," tutur Rean sopan.

"For me, a slice of New York cheese cake, a slice of Red Velvet cheese cake and a glass of ice lemon tea just like him," kata Aisha sambil membuat tanda 'peace' kepada Rean.

Setelah pelayan itu pergi, Rean terus menyerang Aisha.

"Kau ni biar betul? Dah la mahal..yang kau pergi order sampai dua kenapa?"

"Ala...tak selalu kan kau nak belanja aku..so apa salahnya...hehe," kata Aisha sambil menyandarkan badannya ke kerusi empuk itu.

Beberapa orang masuk ke kedai itu selang beberapa minit. Tetapi matanya lebih tertumpu kepada sepasang mata coklat yang dimimpikannya selama ini. Dia terus bangun dan melangkah ke meja lelaki tadi duduk. Rean yang sedang leka melayan drama tidak sedar apa yang dilakukan oleh Aisha.

"Excuse me, sir. Have we met before?"

Abraham yang sedang berbual agak terkejut dengan suara yang menyapanya. Gambaran muka yang dalam ketakutan itu menerjah mindanya.

"I think we have met before. Can you speak Malay?" tanya Aisha.

"Mmm I don't think so. What makes you think that we have met before? Have a seat lady," tangan Abraham menarik keluar kerusi.

Aisha menceritakan tentang peristiwa itu. Abraham yang mendengar hanya mengangguk. Kini dia sudah tahu siapa yang hendak dicarinya.

Rean yang tersedar Aisha tiada disisinya kalut meliarkan pandangan matanya. Dia ternampak Aisha bersama dua lelaki di meja yang tak jauh dari meja yang dia duduk.

"Aisha! What are you doing here?! Kau ni..jangan la bagi aku risau. Jom..kek dah sampai tu," kata Rean sambil memegang bauh Aisha.
Dia terkejut melihat dengan siapa Aisha berbual.

Thank you pada siapa yang sudi baca novel ni..I luv youu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience