"Aisha!!" laung mummy nya dari dapur. Aisha yang baru bangun menenyeh matanya.
"Kejap mummy, Aisha dah nak turun ni."
Kakinya melangkah menuju bilik air. Tangan kanan mengambil berus gigi dan terus memasukkannya ke dalam mulut sambil terkebil-kebil memandang cermin.
"Aisha!!!"
Bergegar satu rumah teres dua tingkat itu. Dengar sahaja laungan kali kedua itu, Aisha terus berlari anak untuk turun tangga. Nasib tidak menyebelahi dia apabila kakinya tersadung kaki sendiri, maka bergolek-goleklah dia sehingga anak tangga terakhir.
"What's wrong with you, honey? Lari sampai jatuh tergolek macam ni. Haishh, nakal sungguh," tergeleng-geleng kepala Puan Rebecca melihat gelagat anak perempuannya yang satu itu.
"Mummy la....kenapa mummy jerit macam tu tadi. Terkejut Aisha tau,"adunya sambil membuat muncung itik.
Mahu sahaja Puan Rebecca mencubit lengan yang putih melepak tu.
"Mummy nak kamu ke pekan. Belikan telur dan kacang merah tin. Kamu kan tak makan makanan lain selain roti dengan telur kacang merah tu...kamu kan memilih," sindir Puan Rebecca.
Aisha tersenyum senget sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Okay mummy. Lagi...apa lagi yang mummy nak Aisha belikan?" tanya Aisha sambil mengunyah sebiji epal.
"Tiada apa lagi...sudah-sudah...pergi lekas sebelum orang ramai," halau Puan Rebecca.
Hope you enjoy it. I'm new to this....just writing this for a hobby... thanks
Share this novel