Merah muka Aisha menggambarkan betapa malunya dia ketika itu. Bukan mummy? Tapi tu mummy. Pelik bukan.
"You're not my mummy?" tanyanya sambil muka tercebik mahu menangis.
"I'm not b*tch! WTF tho?? Let's go Arlo!" terus dia berlalu pergi sambil berjalan menghentak tumit heels nya dengan kuat.
"Hey..Shaa..are you okay?" sebelah tangan dihulurkan kepadanya sambil sebelah tangan lagi kekal berada di dalam poket. Nampak macho giler. Tertoleh-toleh gadis yang lalu-lalang.
"Rean...."
"Yes darling. Jom. Let's go. Ramai orang tengok ni," pujuk Rean lembut.
Air mata Aisha hampir jatuh lagi teringat peristiwa dia diherdik sebentar tadi.
"No no crying here Aisha. Jom nangis dekat tempat lain."
Ayat yang keluar dari mulut Rean tidak dipedulikannya. Rean yang melihat kedegilan Aisha mengeluh perlahan. Mentol di atas kepalanya tiba-tiba menyala. Dia bergegas ke tempat keramat tersebut.
BEBERAPA MINIT KEMUDIAN
"Nah," sua Rean.
"Cepat ambil sebelum aku minum."
Bekas minuman yang disua Rean diambil perlahan. Minuman Strawberry Pudding Smoothie itu dihirup perlahan.
"Come. Bangun," penuh ketegasan suara itu kedengaran.
Aisha bangun dengan perlahan-lahan. Kakinya melangkah mengikut langkah Rean. Longlai dan lemah.
----
"Sedap?"
"Mmmm..."
"Kenapa ni? Cer citer sikit," kata Rean sambil fokus memandu memandang ke arah jalan raya yang agak lengang.
"Nothing."
"Hish.."
'SREEEEETTT'
Rean tiba-tiba sengaja membrek kereta membuatkan Aisha ke depan dan berlanggar dengan dashboard.
"Ape kau ni eh?!"
"So?" muka selenga ditunjukkan kepada Aisha.
"Yelah yelah. Tumbuk kang." Aisha mendengus perlahan.
"Cerita dia macam ni....."
Dari A hingga Z dia menceritakan peristiwa itu.
"Kau? Blind date?? AHAHAHAHAHAHAH," terbahak-bahak Rean ketawa.
"Kau diam."
"Okay then kau sempat makan tak makanan yang kau order?"
"Tak.." perlahan dan lirih suaranya.
"How unlucky day for our Miss Aisha."
Share this novel