"Brean! Come here!"
"Yes, mom! I'm coming!"
Satu suara riang dari tingkat atas menyahut. Kedengaran derap tapak kaki pantas menuruni anak tangga. Bau pancake yang dimasak memenuhi ruang dapur tersebut. Sudah Brean bayangkan betapa lazatnya pancake tersebut dimakan bersama madu. Yum, yum...
Kerusi kosong di sebelah dilihat. Terlupa pula abangnya yang berada di atas. Baru sahaja dia ingin bangun untuk memanggil abangnya, satu tangan pantas menarik lengan kecilnya itu.
"Start eating. Don't call your brother. Just eat," arah Mama Brean tegas.
"Okay ma," sayu sahaja suaranya. Mahu sahaja dia bertanya mengapa memperlakukan abangnya sebegitu. Apa kurangnya abang? Soalan itu hanya tersimpan kemasdi dalam hati.
"Tap, tap, tap."
Bunyi itu telah mencuri perhatian Brean. Kelihatan Bibik Mah membawa semangkuk bubur ke tingkat atas.
Pernah dia curi-curi hendak membuka pintu bilik abangnya itu. Tetapi gagal kerana bilik itu dikunci. Pernah juga dia dirotan oleh mamanya kerana cuba mencuri kunci mangga yang mengunci bilik abangnya itu.
Pada suatu malam yang sepi, Brean telah keluar senyap-senyap dari kamarnya menuju ke bilik abangnya itu. Anak kunci mangga yang mengunci bilik abangnya itu telah diambil secara curi-curi dari bilik ibu bapanya.
Apabila pintu itu terkuak sedikit, dia terus meyelinap masuk ke dalam bilik misteri itu. Dia mencari kelibat abangnya. Satu lembaga yang tersedu-sedan di dalam bilik air menarik perhatiannya. Terus kaki kecil itu melangkah ke arah lembaga itu.
Abangnya yang sedang memeluk lutut itu menangis teresak-esak. Kesan libasan penuh dibadannya. Abangnya menjerit apabila melihat dia datang menghampiri. Suara yang agak kuat itu menarik perhatian ibu bapanya yang sedang tidur.
Pintu yang agak usang itu bergegar kerana ibu bapanya yang sudah terjaga mengetuk pintu bagai tiada hari esok.
Dia menekup mulut abangnya dengan tangannya. Dia hanya mampu merintih kesakitan semata-mata hendak menyelamatkan abangnya itu.
Sorry buat the silent readers tertunggu-tunggu...hihi...takdak idea actually... sumbangkan lah sikit yer..haha...thanks...happy reading everyone.
Share this novel