BAB 5

Drama Completed 3371

-Firdaus-

Dia tahu tak yang aku bakal jadi boss dia nanti? Tapi lagak dia macam
biasa je malah dia tak tahu pun yang dia tu sebenarnya kerja di ofis
papa. Rimas betul kena pakai sut ni semua. Ish!

"Awak nak saya tolong?" Soal dia, Ina la yang aku maksudkan. Aku tak
sure la nak act macam mana depan dia, dia tu isteri aku yang sebaya
dengan kakak aku. Rumit! Tapi tak ada pulak aku anggap dia macam kakak
ke apa.

"Meh saya ikatkan tie" Ina tersenyum dan segera menolong aku yang dah
rasa nak smackdown tie ni, makhluk mana la cipta benda alah ni.

Tak sampai dua minit pun dia dah selesai ikatkan tie aku dan dia boleh
tersenyum macam aku ni berterima kasih sangat2 pada dia. Memang tak la
nak cakap.

"Saya nak siapkan adik2 saya dulu" pinta Ina dan segera berlalu pergi.

Sarapan di meja makan memang meriah hari ni sebab ada mee goreng dan
nasi lemak, siapa la yang sanggup bangun awal pagi masak nasi lemak ni?
Tak kisah la ni semua memang favorite aku.

Tak cakap banyak terus duduk dan makan je la, baru je aku nak suap masuk
dalam mulut papa dah sound sebab aku tak tunggu orang lain sebelum
makan. Spoil la papa ni.

"Ngah nak pergi bengkel dulu sebelum ke ofis. Makan dulu eh" aku sengih
dan teruskan makan.

Pergh! Sedap gila ni, mana pernah Kak Nab buat sesedap ni, ke dia beli?
Mana dia beli eh?

"Kak Nab beli kat mana ni?" Soal aku kepada Kak Nab yang baru sahaja
keluar dari dapur.

"Puan Ina yang masak. Awal pagi lagi puan bangun" suapan aku terhenti
bila dia sebut nama Ina.

"Bungkuskan untuk saya sikit Kak Nab"

"Baik tuan" Kak Nab segera ke dapur dan aku habiskan makanan di dalam
pinggan aku dengan segera. Papa dan mama dah bagi pandangan semacam dah tu.

"Amboi, kalau mama masak tak pernah2 sampai nak bungkus" eh mama ni, nak
tersentuh pulak.

"Mana ada ma, nak bagi kat Zaril. Dia tu pun hantu nasi lemak jugak"
betul la apa yang aku cakap ni, kami berdua boleh jadi rapat sebab
kongsi minat yang sama la. Hahaha.

-Qistina-

Aku kerja sebagai pekerja biasa je kat sini dan Iza pun sama, kami
berdua ni kerja dengan kelulusan diploma je. Gaji pun biasa2 je tapi aku
dah bersyukur sangat2 dengan apa yang Allah bagi ni.

"Ira, pengurus baru masuk hari ni, kau dah tahu?" Soal Iza ceria. Hmm,
boleh dikatakan setiap 3 bulan pengurus di bahagian aku ni bertukar,
kenapa? Entah.

"Habis lama pun boss baru kita tu bertahan tiga bulan je" jawab aku tak
berminat sangat nak tahu.

"Aku harap kali ni boss kita elok la sikit perangai" sengih Iza dan aku
tergelak kecil. Kebanyakan boss kami yang lepas2 tu kalau tak garang,
gatal, kalau tak gatal malas, kali ni tak pasti la golongan mana.

"In sha Allah. Tak kisah la macam mana pun perangai boss kita tu, yang
penting kita ni kena kerja bersungguh"

"Betul tu!" Iza dan aku tergelak bersama sebelum Iza kembali ke mejanya.
Bila bab gosip dan borak memang laju je si Iza ni.

"Minta perhatian semua!" Suara orang atasan memberi arahan menyebabkan
semua pekerja berdiri. Termasuklah aku sendiri.

"Kenalkan, pengurus baru kamu semua, Iman Firdaus" tambahnya lagi dan
mulut aku terbuka sedikit. Takkanlah kan.

"Suami kau" Iza gerakkan mulutnya kepada aku. Alamak! Memang budak tu la
nampaknya. Ish!

Semua pekerja memperkenalkan diri dan memberi ucapan selamat datang
kepadanya, termasuk Iza sekali. Hanya Iza yang tahu dia tu suami aku.
Meja aku paling last dan paling dekat dengan bilik boss jadi akulah
orang terakhir yang dia akan jumpa sebelum masuk ke biliknya.

"Selamat datang tuan, saya Qistina" aku perkenalkan diri dengan sedikit
gugup dan mata kami tidak bertemu secara langsung.

"Terima kasih bang, Daus dah boleh take over dari sini" ujar Firdaus
kepada En. Irham.

"Ok, good luck!" Mereka berdua bersalaman dan En. Irham beredar dari sini.

Tetiba ada jari yang mengetuk meja aku dua kali untuk mendapat perhatian
daripada aku. Dia nak apa pulak ni?

"Masuk bilik aku" arahnya dan aku kecut sendiri. Ish kenapa la budak tak
matang ni yang nak kena jadi boss aku pulak sekarang ni. Aku pandang
beberapa pekerja yang pelik bila aku diarahkan masuk ke bilik boss saat
pertama kali bertemu.

Aku hanya turutkan dan berjalan bersamanya masuk ke dalam bilik boss.
Mata aku hanya memandang lantai dan akibatnya aku terlanggar belakang
badan dia sebab dia berhenti tanpa isyarat.

"Ugh!" Sakit betul hidung aku sekarang ni. Ni badan orang ke dinding simen.

"Mata letak mana? Aku yang tinggi macam ni pun kau langgar?" Soalnya
dengan kening berkerut.

"Maaf, tengok lantai tadi" jawab aku jujur.

"Apa yang menarik sangat kat lantai tu?" Soalnya lagi dan kali ini dia
tersenyum pelik. Dah kenapa pulak nak senyum semacam ni.

"Tak ada apa. Ada apa encik panggil saya?" Soal aku mula fokus atas
sebab sebenar dia panggil aku masuk dalam bilik dia ni.

"Aku nak kau jadi pembantu aku mulai hari ni, mana aku pergi kau pergi,
apa yang aku suruh kau buat, kau buat. Clear?" Soalnya lagi dan aku pula
yang berkerut.

"Tapi, Hazlin sepatutnya jadi pembantu encik" aku nak tolak tapi dia ni
menakutkan la pulak.

"Aku boss ke kau boss?" Ha, dah mula dah nak naik angin. Cakap je pun.

"Tapi...kenapa?" Soal aku lagi.

"Senang sikit, aku boleh jumpa kau 24 jam. Kalau ada masalah kerja tak
payah susah2 nak jumpa kat luar, kat rumah pun boleh. Lagipun aku mana
pernah buat semua kerja ni, aku perlukan seorang yang ada pengalaman
untuk ajar aku" terangnya lancar, memang apa yang dia cakap tu ada
logiknya tapi aku yang tak rasa bahagia.

"Kalau saya tolak?" Soal aku berani2 ayam.

Tiba2 dia jegilkan mata kepada aku menyebabkan aku terus mengalah dan
anggukkan kepala.

"Aku tak kira kau setuju ke tak, kau tetap kena dengar cakap aku"
ujarnya lagi, memang tak ada sifat toleransi langsung. Bila la nak
dewasa dia ni.

Aku dan Iza berbual sambil berjalan ke parkir kereta dan dari saat aku
cerita apa yang jadi dalam bilik tadi dia tak berhenti lagi gelakkan
aku, katanya aku kena buli dengan suami muda.

"Dah la gelak! Dia tu yang nak kenakan aku!" Aku tolak bahu Iza geram.

"Alah, kau yang lebih tua daripada dia sepatutnya lebih matang. Anggap
je la dia tu tak berapa nak matang lagi" kata Iza sambil ketawa senang.
Ni ke kawan baik? Aku dalam kesusahan dia boleh gelakkan aku tak sudah2.

-Firdaus-

"Daus!" Panggilan Zaril aku buat derk je sebab aku tengah panas telinga
sekarang ni.

"Woi! Agak ar buat tak dengar pun. Nak habis suara aku ni"

"Nak apa?!" Soal aku geram.

"Woa, panas je ni, pehal?" Soalnya dengan kening terangkat sebelah.

"Pehal? Halnya, Si Qistina dan kawan dia cakap aku ni budak tak berapa
matang. Bengang la aku!" Luah aku bengang.

"Kau jangan gelakkan aku la, aku bagi sepakan insaf baru tahu!" Marah
aku lagi, tak guna betul ada kawan macam dia ni!

"Hahaha, sorry la bro tapi kelakar la. Kau buat apa sampai dia cakap
macam tu?"

"Aku paksa dia jadi pembantu aku dekat office, dia kata aku tak matang
sebab tak pandai nak tolerate!"

"Sah la! Dah kau paksa dia kut. Apa la kau ni"

"Dia tu tak bersyukur betul, sia2 je aku makan penumbuk bekas tunang dia
dulu, langsung dia tak ingat. Sekarang ni cakap aku budak tak matang
pulak." Kesal sungguh aku. Memang dia tak ingat langsung muka aku yang
pernah selamatkan dia dulu.

"Mengungkit, kau ingat kau darjah dua? Sah la tak matang kau ni" gurau
Zaril lagi dan aku segera membaling kasut aku kepadanya yang sudah
melarikan diri. Kuajaq punya kawan!

-Qistina-

Memang dah biasa aku tengok Firdaus ni mendung dan berguruh tapi tak ada
la sampai nak ribut petir macam hari ni. Aku dijelingnya beberapa kali,
makan pun hentak sudu dan garfu sampai nak pecah pinggan. Nak tanya ke eh?

"Apa pandang2 ingat aku ni tayangan ke?" Uish, garangnya. Pandang pun
tak boleh apatah lagi nak tanya. Betul ke dia ni umur 24? Macam 4 tahun
je. Kepala aku yang mula gatal sedikit aku garu perlahan.

"Saya tidur bilik kembar malam ni" aku memaklumkan kepadanya dan dia
hanya tayang muka pelik. Ei, peliknya dia ni.

"Saya pergi dulu, selamat malam" aku segera keluar dari bilik itu. Aku
gelengkan kepala dan berjalan ke bilik kembar. Mesti mereka dah lena ni.

Awal paginya dia masih lagi marah2 dan dia halang aku ikatkan tie dia
hari ini. Dia marahkan aku ke?

"Awak nak pergi kerja sama2?" Soal aku mula bicara tapi dia hanya jeling
aku. Ya Allah main jeling2 pulak, juling karang mata tu baru menyesal.
Tak matang sungguh.

Aku tinggalkan dia dengan angin tak elok dia dan turun bersarapan
bersama orang lain. Aku bekalkan sandwich kepada adik2 aku dan memimpin
mereka ke kereta. Aku akan hantar mereka seperti biasa.

"Abang!!!" Jerit si kembar dan berlari memeluk kaki Firdaus menyebabkan
dia ketawa dan mendukung Qifa. Qifa mula ketawa sementara Qiff merengek
minta didukung sama.

"Qifa, Qiff kesian abang tu, Qifa dan Qiff berat kan?" Tegur aku tenang
dan Qiff tayang wajah sedih.

"Ala, long cemburu la tu abang tak dukung dia" apa yang Firdaus cakap
buat aku terkejut, biar betul? Dia maksudkan ke apa yang dia cakap tu,?

"Apa awak cakap?" Soal aku dan pandangnya tajam.

"Kau jealous sebab aku tak dukung kau" jawabnya selamba dengan muka tak
boleh blah.

"Tolong sikit ya, macam la dia larat nak dukung aku. Macam kuat sangat"
aku menggumam perlahan dua ayat dibelakang.

"Apa?" Soalnya dan tanpa disangka aku kini diangkatnya seperti seorang
puteri menyebabkan aku terjerit kecil.

"Apa awak buat ni? Letakkan saya" aku cuba untuk melepaskan diri tapi
dia memang kuat dan aku takkan malukan diri aku sendiri untuk
memberontak. Aku pakai baju kurung kut karang ada yang tertayang tanpa niat.

"Mengaku dulu yang aku kuat" arahnya dan aku tenungnya tak sangka. Bila
nak matang dia ni?

"Awak...kuat..." aku tepuk perlahan lahan bahunya dan senyum sedikit. Si
kembar tu dah ketawa geli hati. Suka ya tengok long dia kena angkat
macam ni.

"Ina sakit kaki ke sampai berangkat bagai ni?" Suara datuk menyebabkan
Firdaus dengan pantas jatuhkan aku menyebabkan aku hampir tumbang dan
terpaksa bertahan dengan badannya. Tengok tu! Aku pula yang dapat malu
sekarang ni.

"Abang tunjuk kuat" jawab Qiff bagi pihak kami dan ketawa kecil lagi.
Aku tutup muka dan pandang ke tempat lain.

"Kalau nak tunjuk kuat sangat, bagi cucu ramai2. Barulah nampak kuat!"
Tambah dato lagi dan kini aku dah tak tahu mana nak letak muka aku
sekarang ni.

"Kalau papa bagi 4 ngah bagi double" dengan itu dia segera berlari
keluar dari rumah sambil ketawa. Bagus betul tinggalkan aku sorang2
dengan lawak tak bernas dia tu.

"Salam uncle dan aunty cepat" arah aku pada si kembar dan membuka pintu
kereta.

-Firdaus-

Aku perhatikan Ina gosokkan baju kerja aku dan dia senyap je, dah lama
aku nak tanya siapa yang kejar dia malam tu tapi dia nak jawab ke? Tanya
je la.

"Malam tu, kau lari dari apa?" Soal aku padanya dan dia sedikit
terkejut. Tak pasti dia terkejut pasal apa.

"Bila?"

"Malam tu la" jawab aku bosan. Dia ni saja buat2 lupa ke apa?

"Oh, erm..."

"Cepatlah, lambat betul" ni yang menguji kesabaran aku ni.

"Lupa..." jawabnya perlahan. Ha! Nak bohong aku la pulak sekarang.

"Kau ni umur berapa nak menipu bagai, menipu la nanti mencuri pulak" ha,
ingat tak orang tua2 cakap. Mula2 menipu lama2 mencuri.

"Jawab la!" Suara aku dah tinggi satu oktaf buat dia gigit2 bibir pulak.

"Fa...Khalil " jawabnya gugup.

"Dah agak dah! Kenapa kau tak cakap kat polis hari tu? Kalau tak dah
lama dia masuk lokap" tak faham sungguh aku dengan dia ni.

"Saya...tak nak keruhkan keadaan. Lagipun, keluarga dia berpengaruh jadi
saya takut semuanya terbalik semula kepada saya. Saya fikirkan adik2
saya" jawabnya perlahan dengan nada kesal. Khalil tu pun manusia jugak,
nak takut apa.

"Dia kacau kau lagi ke?" Soal aku padanya dan kali ini dia tersenyum
sedikit.

"Sejak kita kahwin dia dah tak ganggu saya lagi dah" dia kelihatan lega,
nampaknya sebab itu la dia terima aku sebagai suami. Tetiba rasa semacam
pulak.

"kau ada jumpa Qazira tak?" Sekali lagi wajahnya bertukar muram, cepat
betul air muka dia ni berubah, macam tukar channel tv je.

"Saya ada pergi kolej dia tapi dia tak free, tak sempat jumpa" dia
senyum sedikit, aku tak pasti apa masalah dia dan adik kedua dia tu dan
dia sendiri tak pernah cakap.

Suasana kembali senyap dan dia teruskan menggosok baju tanpa
menghiraukan aku langsung, aku nak borak lagi sebab bosan tapi dia macam
tak berminat je nak berborak dengan aku.

-Qistina-

Aku dah agak yang dia akan tanya pasal malam tu, cuak jugak aku tapi
bila aku cakap dia macam faham je. bila aku pandang dia lama2 aku rasa
macam pernah terjumpa dia di suatu tempat tapi aku tak pasti kat mana.

"Awak, kita pernah jumpa ke?" Soal aku memecahkan kesunyian yang terbina.

"Pernah" jawapan dia sangat mengejutkan, ke dia nak bagi jawapan tak
boleh blah?

"Kat mana?"

"Parking lot, kau tengah gaduh dengan Khalil . Senang kata aku kena tumbuk
la hari tu" jawabnya selamba dan otak aku ligat berputar ke masa silam,
akhirnya seterika terhempas perlahan.

"Awak?! Yang pakai cap tu?"

"Ya la, terkejut sangat kenapa?" Soalnya masih lagi bertenang.

"Tak sangka awak la budak yang berani tu" gumam aku perlahan tapi dia
dengar dan dia pandang aku tajam.

"Apa kau panggil aku tadi?" Soalnya garang.

"Erm...budak berani?" Aku mencuba dan dia bangun dari katil, marah.

"For your information, aku bukan budak dan tolong jangan panggil aku
budak!" Bentaknya dan berjalan keluar dari bilik. Huish, touchy sangat
hamba Allah sorang ni. Tapi dia memang budak lagi. Ish! Dia muda dari
kau je la Ina.

-Qistina-

Aku bersiap ala kadar untuk menjemput Qaz dan Fir pulang dari asrama.
Aku mengenakan blaus yang dihadiahkan dari kawan2 aku zaman belajar
dulu, dah lama sangat tak pakai rasa janggal sikit.

"Nak pergi mana?" Soal Firdaus bila keluar dari bilik air dengan
selambanya hanya bertuala, untung aku dah biasa kalau tak mahu pengsan
sebab malu.

"Jemput Qaz dan Fir" jawab aku dan senyum sikit sebelum mengenakan
secalit lip bum pada bibir supaya tidak kering. Aku memang ada masalah
bibir kering ni. Mungkin tak cukup minum air.

"Jemput? Asrama?" Soalnya pelik dan aku anggukkan kepala.

"Tak payah jemput" jawabnya tenang.

"Eh, habis tu?"

"Fir selalunya balik dengan bas, tak perlu jemput pun"

"Tak apa, saya dah janji dengan Qaz dan Fir. Lagipun saya nak bawa
mereka beli kasut sukan baru" aku senyum kepadanya setelah memasukkan
semua barang yang perlu dibawa ke dalam beg tangan.

"Duit ada?"

"Ada" jawab aku ringkas.

"Belikan untuk Qaz je sebab Fir ada duit dia sendiri" pesan Firdaus
pelik dan aku berkerut.

"Eh, saya nak belikan untuk Fir jugak, dia pun adik saya jugak" dia
sedikit terkejut dengan jawapan aku tapi dia hanya terima dan anggukkan
kepala.

"Awak patut lap rambut awak sampai kering dan pakai baju cepat2. Tak
elok berlembap, nanti jatuh sakit" pesan aku kepadanya sebelum memberi
salam dan keluar dari bilik itu.

Aku membawa si kembar ini untuk mendapatkan alat tulis mereka yang baru.
Entah apa mereka buat kat tabika sampai perlu belikan alat tulis kerap
sangat.

"Qaz dan Fir pilih la kasut, akak belanja" mereka berdua terus tersenyum
lebar. Aku perhatikan mereka berdua dari jarak agak jauh dan aku dapat
bezakan cara Qaz dan Fir berbelanja, Qaz tidak mencari kasut yang dia
suka tapi dia cari kasut yang murah manakala Fir sebaliknya.

Aku mendekati Qaz dan menyentuh bahunya lembut, dia memandang aku dan
membalas semyuman aku lama. Ya Allah aku bersyukur engkau berikan aku
adik yang memahami seperti Qaz.

"Qaz, cari kasut yang Qaz suka, kuat dan selesa. Jangan fikirkan harga
sebab abang bagi duit banyak kat Long" aku kenyitkan mata kepadanya dan
dia tergelak sebelum anggukkan kepala.

"Qaz, meh sini. Dua pasang kasut ni kalau beli dua pasang dapat 30
percent discount. Model baru ni dan kuat" Fir sengih dan tunjukkan dua
pasang kasut itu.

"Ok kalau kau nak pakai warna pink tu" Qaz segera memberi cadangan dan
tersengih.

"Well, pink is sexy, kan kak?" Fir minta pendapat aku dan akun anggukkan
kepala mengiakan. Qaz buat muka jelik dan gelengkan kepala.

"Pink cantik!!!" Sokong Qifa dengan bersemangat menyebabkan kami bertiga
ketawa. Fir dukung Qifa dan mengambil dua pasang kasut itu ke kaunter
bayaran. Aku segera menyusul dan membuat bayaran. Kasut sukan memang
mahal kan?

-Firdaus-

"Amboi, meriahnya bilik" sapa aku pada Fir dan Qaz yang seronok mencuba
kasut baru mereka.

"Ngah, cantik tak?" Soal Fir menayangkan kasut baru berwarna pink, biar
betul warna pink.

"Pink?!"

"Bang, Fir cakap pink is sexy" Qaz gelengkan kepala, dengan aku sekali
gelengkan kepala bersama.

"Pink is not sexy, pink is pondan!" Balas aku balik dan Fir baling
bantal ke arah aku.

"Kak setuju dengan Fir tau!" Marah Fir dan kali ini aku tersengih.

"Siapa bayar?"

"Kak bayar, Fir nak bayar sendiri tapi kak cakap dia nak belanja" Fir
sengih dan aku anggukkan kepala sebelum beredar. Biar la dah dia nak
belanja dua orang tu.

Aku membuka pintu bilik dan menutupnya rapat setelah masuk, mata aku
terpandang sesuatu yang tidak di sangka dan tiba2 ada suara menjerit
menyebabkan aku alihkan mata aku.

"Awak! Kenapa masuk sini?!" Tinggi betul nada suara dia ni, dah siap
masuk dalam almari pulak.

"Alah, bukannya tak pakai apa2 pun, pakai tuala kut tu pun nak malu ke?"
Soal aku dengan lagak selamba habis, padahal aku pun segan jugak
sebenarnya. Mana pernah aku tengok dia macam tu, selama ni dia pakai
baju dalam bilik air je.

"Saya lupa nak bawa baju masuk bilik air, boleh awak keluar kejap?"
Pintanya di sebalik pintu almari, aku tergelak sikit dan keluar dari bilik.

-Qistina-

Malu gila! Macam mana aku boleh lupa nak bawa baju masuk bilik air dan
macam mana jugak dia masa tu la dia nak masuk bilik. Ugh! Aku segera
mengenakan baju tidur.

Pintu bilik dikuak dan kepala Firdaus terjegul sedikit, kemudian dia
tersengih dan masuk ke dalam bilik. Senang hatinya dia bila dapat
malukan aku macam tu, geram sungguh.

"Aku rasa kau kena beli baju baru" eh, tiba2 je nak tegur baju aku, kenapa?

"Kenapa?" Soal aku pelik.

"Sebab aku tengok kau pakai baju sama je" jawabnya tenang dan berbaring
di katil dengan tangan alas kepalanya.

"Oh" jujur, aku sedih juga bila dia cakap macam tu, memang aku tak kaya
macam dia dan tak mampu nak bergaya sangat. Duit kami banyak lagi yang
perlu digunakan untuk benda lebih penting.

"Nope! Bukan aku nak hina atau perli kau, aku cuma nak kau berbelanja
untuk kau. Sampai bila kau nak dahulukan orang lain je?" Soalnya lagi.

"Mereka semua adik2 saya, amanah saya jadi saya tak kisah"

"Mereka semua adik2 aku jugak, tanggungjawab aku jugak jadi, biar aku
kongsi amanah yang kau bawa selama ni" kali ini aku terharu, walaupun
dia lebih muda daripada aku tapi dia tak pernah abaikan tanggungjawab.
Semua itu buat aku rasa sangat beruntung.

"Terima kasih, tapi saya tak perlukan baju baru pun"

"Esok kau ikut aku pergi mall, aku nak beli kemeja sikit dan kita boleh
cari baju untuk majlis kahwin long nanti" ujarnya dan aku teringat yang
majlis kahwin Hana nanti.

"Okay!"

"Satu lagi, mulai malam ni kau kena tidur dalam bilik ni dan atas katil ni"

"Ke...kenapa?"

"Mama pelik bila kau asyik tidur bilik adik kau dan mama syak aku tak
bagi kau tidur dalam bilik ni. Aku kena marah kaw2 tadi, so aku harap
kau faham la" dia kena marah dengan mama? Habislah.

"Maaf, sebab saya awak kena marah" ikhlas memang aku rasa bersalah sangat.

"Alah, bukannya tak biasa pun, so kita tidur sama2 la malam ni" katanya
senang dan mata aku meluas, ei, walaupun maksud dia biasa je tapi lain
macam sungguh bunyi ayat dia tu.

"O...k..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience