BAB 8

Drama Completed 3366

-Firdaus-

Tidur ke mati dia ni? Dah satu jam tak sedar2 lagi. Waktu lunch dah
habis ni, perut aku tak isi lagi. Bukan je perut aku, perut dia pun
belum lagi di isi. Telefon atas meja la pulak, jauh nak bergerak ni.

Aku pandang wajah mulus dia yang sedang lena, hakikatnya dia lebih tua
daripada aku tapi bila tengok dari dekat macam muda je lagi dia ni,
agaknya dia tak bergaya macam orang lain sebab tu tak nampak muda. Kalau
bagi 10 markah untuk wajah dia, aku tak teragak- agak nak bagi 8.9.

Tapi kalau dia lepaskan rambut, aku boleh bagi dia 9.2, cantik jugak dia
ni sebenarnya. Hah! Macam creepy je apa yang aku buat sekrang ni. Tiba2
kepala dia bergerak ke kiri dan menghadap perut aku. Alamak! Macam mana
kalau dia dengar konsert dalam perut aku ni lepas tu dia sedar.

"En. Fir..." Hazlin masuk setelah mengetuk pintu sekali dan bila dia
tengok keadaan kami dia diam lama.

"Boss...kenapa..." ish! Mana ada orang tahu yang kami dah kahwin.
Habislah, macam mana nak bagi tipu ni. Jap! Apa salahnya kalau aku be
honest je? Bukan luak pun.

Tapi! Apa pulak cakap orang nanti, aku gatal kahwin dengan lebih
perempuan tua atau lebih parah lagi, Ina dituduh gatal sebab kahwin
dengan lelaki muda. Tak boleh!

"Hazlin, erm...Qistina pengsan tadi sebab tak makan. Jadi, boleh awak
order kan sesuatu untuk kami?" Soal aku dengan nada yang kasual dan
formal habis. Harapnya dia tak salah faham la.

"Boleh boss. Now?"

"Yes, please"

"Ok. Btw, ni dokumen yang boss minta tu. Saya letakkan atas meja ya"

"Ok. Thank you"

Elok2 je dia beredar hamba Allah ni bangun juga akhirnya. Kenapalah tak
sedar awal sikit, kan dah timbulkan syak pada orang lain. Dia ni!

"Dah sampai mana mimpi kau?" Soal aku sedikit dingin dan dia terkejut
bila pandang muka aku.

"Aw...awak" lepas tu dia diam je, dah sedar la kut dia dah lena atas
bantal paling selesa atas dunia ni.

"Saya mimpi...bangunan runtuh, real sangat bunyi tu. Kuat je macam
betul2 sebelah telinga saya" ceritanya tanpa di pinta dan aku segera
menekan perut aku.

Really? Perut aku bukan buat konsert tapi dinding2 dalam perut aku dah
runtuh ke? Hebatnya!

"Bunyi perut kau lapar la tu, dah lepas lunch" aku sengaja berkata
begitu dan dia berkerut.

"Allah, awak...awak dah makan?" Soalnya kalut.

"Belum la! Kau lena atas aku macam tak nak bangun. Ingatkan dah jadi
puteri tidur, nak je aku cium suruh kau bangun tadi" dengan selamba dan
tenangnya aku bertutur. Dia segera menyentuh bibirnya dengan mata
membulat besar memandang aku. Heh!

"Awak ni...kenapa tak tinggalkan je saya dan pergi makan? Nanti perut
awak masuk angin lepas tu gastrik macam mana?" Soalnya resah dan sedikit
marah. Dia marahkan aku pulak.

"Jom! Jom kita pergi makan!" Ajaknya dan segera bangun dari sofa. Tangan
aku ditarik erat.

"Cepatlah, awak kena isi perut awak tu" ujarnya cemas dan aku tergelak
kecil.

"Boss, makanan dah sampai..."

Kenapa Hazlin ni asyik masuk masa tak tepat je, kalau tadi dia lena atas
aku sekarang ni tangan dia pegang tangan aku pulak. Aku tarik Ina supaya
duduk semula walaupun dia masih lagi dalam keadaan terkejut.

"Letak kat sini, awak claim duit dekat akauntan ya. Awak boleh keluar,
thanks again" ucap aku dengan segera dan Hazlin lawan tatap dengan Ina.
Musuh ke apa dua orang ni?

"Cepat makan!" Aku membuka makanan dan terus menyuapkan makanan ke dalam
mulut.

Ya Allah, lapar sangat sampai rasa boleh makan tiga bungkus sekaligus.
Tapi ada dua bungkus je dan sebungkus lagi untuk Ina yang asyik tenung
je nasi tu.

"Kau tak suka ke? Nak aku order lain?" Soal aku padanya dengan mulut
penuh dan dia tiba2 sahaja mengesat sesuatu pada hujung bibir aku.

"Makan perlahan la sikit, jangan bercakap masa makan." Tegurnya dan aku
segera mengalihlan pandangan. Kenapa sejak akhir2 ni dia macam sweet
semacam je? Hish! Tetiba rasa malu dan segan. Hahaha.

-Qistina-

Aku tersenyum melihat pasangan pengantin baru yang sedang berjalan ke
pelamin dengan iringan alunan piano yang di mainkan oleh Fir. Tak sangka
Fir sangat berbakat.

Farhana dan pasangannya Farhan sangat sepadan dan seakan sinar2 bahagia
ada di sekeliling mereka. Walaupun perkahwinan aku dan Dia tak sehebat
dan semewah ini aku dah bersyukur berada di dalam keluarga yang sangat
baik ini.

"Kak Ina, jom pergi sana. Selesai je renjis2 ni dah mula" Isha menarik
tangan aku untuk ke bahagian tepi dewan.

Tiba2 je rasa berdebar, menyesal aku tanya apa yang Hana nak masa kahwin
nanti, sekarang aku yang terkena balik.

"Ok, dah sampai masanya untuk hadiah istimewa kepada pengantin.
Dipersilakan!" Jerit Isha bahagia dan alunan piano dan gitar kedengaran.
Ya Allah aku pohon, permudahkan.

"waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema...."

-Firdaus-

Semua orang sedang fokus kepada suara yang sedang menyanyi sekarang ni.
Memang bukan Rossa la tapi hmm macam kenal je suara siapa ni.

"aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan..."

Mata aku meluas dan Zaril menepuk belakang aku kuat sebab dia sendiri
terkejut dengan apa yang dia tengok.

"Allah, cantiknya dia" puji satu suara dari meja makan kami menyebabkan
aku berpaling dan rasa nak sepak orang je sekarang ni.

"Suara dia pun best, menusuk kalbu" tambah orang lain pula menyebabkan
aku rasa panas sangat.

"Bro, tak sangka dia pandai nyanyi" Zaril kelihatan senang sekali. Dah
kenapa semua orang nak puji bini aku? Bini aku tu!

-Qistina-

Sebaik selesai nyanyian aku semua orang bertepuk tangan dan ada seorang
lelaki yang tiba2 sahaja tampil ke depan dan hulurkan aku sekuntum
bunga. Erk, nak ambil ke tak nak ni?

"For lovely performances" aku senyum dan mengambilnya dengan ucapan
terima kasih secara ringkas.

Aku tinggalkan tempat itu dan kembali semula ke tempat duduk asal aku.
Aku mencari kelibat Firdaus untuk pastikan dia tak marah dengan apa yang
terjadi tadi. Tapi, dah kenapa pulak dia nak marah? Logik la kalau dia
marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience