BAB 12

Drama Completed 3366

-Qistina-

Hujung minggu ini Firdaus bawa kami semua bercuti di pulau pinang
sempena meraikan kecermelangan dua orang adik kami tu. Sebab tu aku
cakap yang dia ni bila baik, baik yang teramat bila tak berapa nak baik,
banyak la idea dia nak kenakan aku.

"Terima kasih untuk semua ni" ucap aku padanya setelah dia selesai
berenang di pantai, berenang ke wrestling dengan Qaz dan Fir? Tapi yang
penting, sekarang ni dengan basah kuyup datang duduk tepi aku. Mengacau
aku yang tengah baca buku.

"luruskan kaki kau" arahnya selamba dan tanpa bantahan aku hanya
menurut. Malas nak fikir apa yang dia nak buat denfan kaki aku ni.

Dia letakkan tuala di atas paha aku dan letakkan alas di atas pasir di
sebelah aku. Aku hanya perhatikan apa yang dia sedang buat dengan penuh
tanda soal.

Semuanya terjawab bila dia dengan senang hati baring dan letakkan kepala
dia atas paha aku. Amboi, sesedap rasa je dia nak baring atas paha
orang. Aku tayang wajah tak puas hati tapi dia buat tak nampak je
.

Kami sama2 diam dan menikmati angin petang itu dengan nyaman dan damai.
Tanpa aku sedar aku telah jatuhkan buku ke bawah dan kini tangan aku
berada di rambutnya. Mengelus lembut rambut hitam pekat dia yang
terpacak ala naruto itu.

Aku ketawa perlahan bila terbayang yang rambutnya berwarna perang
seperti naruto. Tapi aku tak rasa watak naruto sesuai untuk dia, sasuke?
Boleh la...

"Ada apa je yang kelakar atas muka aku ni?" Aku terkejut dan segera
berhenti ketawa.

"Mana ada, saya cuma terbayang kalau awak rambut perang sama macam
naruto" jawab aku dan senyum kepadanya dan hati aku berdetak sedikit
laju bila memandang wajahnya yang sedang berkerut sambil mata tertutup
sebelah menahan silau. Dia ni comel jugak sebenarnya.

"Kalau aku naruto, kau hinata ke?" Soalnya pula dan aku terdiam.

"Saya tak nak jadi hinata dan saya tak nak awak jadi naruto"

"Kenapa?" Soalnya lagi.

-Firdaus-

Kenapa pulak dia tak nak jadi Hinata lepas tu tak kasi aku jadi naruto
pulak.aku nak kut jadi naruto, dah la ada musang ekor 9. Hinata pun
comel apa, walaupun dia lagi comel sebenarnya. Hahaha.

"Sebab Hinata cinta kedua Naruto. Naruto cintakan Sakura dulu sebelum
Hinata" jawabnya perlahan dan aku sungkam seketika.

"Ish kau ni, nak samakan anime dengan real life pulak. Tak yah mengarut
la!" Aku tutup kes dengan segera. Mana ada dia cinta kedua aku! Cinta
pertama ada la! Ish!

"Haha, betul jugak. Ha! Kenapa rambut awak lembut sangat? Dah la wangi
je" dia dah tukar topik dah. Dia rasa aku ada perempuan lain ke apa eh?

"Kau tak cam eh bau ni?" Soal aku balik.

Dia rendahkan kepala untuk menhidu bau rambut aku dan saat yang sama aku
dongak kepala aku tinggi menyebabkan bibirnya mendarat di bahagian
tengah hidung aku. Laju dia melarikan kepalanya dan merona merah. Ah!!!
Kenapa dia comel sangat.

"Cam tak bau dia?" Soal aku berpura selamba, padahal aku dah rasa nak
zapin kat sini.

"ha? Erm, tak cam" jawabnya sedikit gugup.

Aku bangkit dari baring dan bersila di sebelahnya menerhatikan matahari
yang hampir tenggelam dan melihat adik2 kami masih seronok bermain air.
Aku rasa macam nak je kiss pipi dia yang merah tu? Agak2 dia baling aku
masuk laut tak? Aku tak nak tidur luar malam ni, lagipun aku dah plan
something great untuk dia!

Boleh la eh? Abah, minta izin nak kiss pipi anak abah sikit. Aku sengih
sambil pandang langit sekaligus berdoa yang aku tak akan kena campak.

"Aku guna syampu kau" aku cium pipi dia dan terus berlari ke arah pantai
dengan lajunya. Hahaha. Mesti dia tengah freeze lagi tu.

"Qaz! Fir! Twins! Jom balik dah nak maghrib ni!!!" Jerit aku kencang
sambil berlari. Lantaklah orang nak cakap aku gila ke apa, aku bahagia
sangat ni!!!

Selesai solat isyak berjemaah, aku tunggu adik2 kami beredar ke bilik
masing2 sebelum mendekati Ina yang sedang melipat sejadah seorang diri.
Nanti tolong ingatkan aku untuk bagi ceramah free kat budak2 yang malas
tu semua, boleh dia blah macam tu je, tinggalkan sejadah untuk orang
lain lipat.

"Kau tak salam dengan aku pun" aku bersuara datar dan hulurkan tangan.

Bola mata dia terbuka sedikit luas dan dia dengan teragak agak menyalami
tangan aku sopan. Ha! Dia tak kiss tangan aku pun! Sentuh dengan dahi je!

"Eh, salam pun tak pandai ke? Nak aku ajar jugak?" Aku tanya bengang.

"Eh,salah ke? habis tu macam mana?"
"Basic macam tu pun tak tahu ke? Memang sah la salah! Qifa dan Qiff pun
pandai"

"Lagi sekali?" Soalnya dan aku dengan penuh rasa kesyukuran hulurkan
tangan aku padanya. Tapi still sama jugak!

"Ish! Salah lagi, meh aku tunjuk!" Aki tarik tangan dia dan cium sekilas
sebelum mencium pipi kirinya.

"Macam tu baru betul! Lain kali aku nak macam tu. Tepi sikit, nak lalu
ni" aku tolak perlahan badan dia yang kejung lagi.

Sebaik beredar dari ruang tamu dan ke bilik, aku sempat menari ala2 hip
hop sebab happy sangat. Gila jugak aku ni sebenarnya. Ah! Tak kisah la,
yang penting aku bahagia.

-Qistina-

Apa yang dah jadi dengan Firdaus ni? Pelik sungguh perangai dia
sekarang, dah la ceria semacam. Tak boleh nak duk jauh sikit daripada
aku. Tangan tu pulak asyik nak je merayap untuk sentuh aku.

"Aku bayar kau untuk kerja, bukan berangan. Kalau kau nak berangan
sangat, stay kat rumah, jadi housewife yang baik dan penyayang. Tunggu
aku balik rumah je" dia cuit hidung aku dan ketawa perlahan. See, tangan
dia tu memang nak kena potong agaknya.

"Awak nak pergi klinik tak?" Soal aku risau.

"Kenapa? Kau demam ke? Sakit?" Terus dia pegang muka aku dan periksa
suhu sebagainya. Ish! Dia ni.

"Bukan, saya rasa awak yang tak sihat"

"Aku? Aku ok je" jawabnya tenang. Dia tak ok sebenarnya.

"Ha! Aku nak minta izin kau ni"

"Izin?"

"Aku nak race sabtu ni sebab..."

"Tak boleh! Awak...awak tak boleh race. Saya tak nak benda yang sama
jadi macam hari tu. Ya, awak tak cedera walaupun kereta tu terbabas.
Saya tak nak awak cedera!"

Tak sempat dia habiskan ayat dia aku dah bangkang awal2 lagi dah. Tak
sanggup la aku nak hadap benda yang sama lagi Rasa takut yang lepas pun
belum hilang sepenuhnya lagi.

"Dengar la aku cakap dulu" dia pegang tangan aku erat dan paksa aku
untuk tengok muka dia.

"Awak tak serik ke? Awak tak kesiankan mama yang selalu risaukan awak?"
Aku cuba untuk buat dia faham.

"Yang ni last ok?"

"Bulan lepas pun awak cakap macam tu jugak"

"Percayalah, kali ni memang laat sebab hati aku dah ready nak tinggalkan
dunia race ni" aku diam bila dia cakap ayat yang meyakinkan macam tu.
Boleh percaya ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience