BAB 16

Drama Completed 3366

-Firdaus-

Apa yang aku nak sangat dengar dah terlafaz dan aku rasa macam nak
menangis kat sini jugak, depan dia! Tapi aku kena stay cool. Kenapa la
dia ni slow sangat? Betul ke dia ni lebih tua daei aku.

"Kenapa kau nak aku cakap dulu?"

"Sebab saya malu"

"Kau ni memang menyusahkan, lagi satu, mana kau dapat idea aku nak give up?"

"Sebab, mata awak"

"Dah kenapa dengan mata aku?" Pelik sungguh dia ni.

"Mata awak macam pantulan hati awak, awak sedih dan penat" pantulan
pulak dah.

"Sekarang tenung mata aku, apa yang kau nampak? Pantulan apa pulak kali
ni?" Soal aku serius. Hmm, bendulmya dia main ikut je apa yang aku suruh.

"Saya...saya nampak...saya?" Ugh! Comelnya dia ni!

"Good!" Dia tersenyum malu pula dan memeluk aku erat.

"Boleh aku tanya satu soalan?"

"Boleh"

"boleh aku kiss kau?" Ha! Sekarang ni muka dia dah bertukar dah! Hihihi,
Kelakar pulak aku rasa, macam.nak gelak sampai tahun depan.

"Erm...bo...boleh" eh?! Really??? Kenapa pulak muka aku yang panas
sekarang ni? Biar betul aku malu? Kenapa kau bagi jawapan positif time
aku bergurau.

"Okay..." aku acah je ni...

"Ngah! Apa dia ni adult scene kat laman rumah? Orang balik nak jugak
disambut dengan karipap ke apa, boleh pulak nak buat teaser film"

Ceit! Tak guna punya Fir! Kenapa petang ni jugak dia nak balik? Ha!
Tengok tu, Qaz dah pagi pandangan tak menduga kat aku. Mesti dia ingat
aku ni tak tahu malu.

"Qaz, Fir. Masuk dalam rumah dulu. Awak, saya masuk dulu" cepat-cepat
Ina pergi dan tinggalkan aku demgan dua kerang busuk kat sini. Menyampah
pulak.

"Tak payah nak sengih sangat. Tu la nikmat dia bila ada isteri."

"Apa-apa je la bang, tapi kut ya pun tunggu la kami 18 dulu, tak lama
dah sebulan je lagi." Tambah Qaz sambil tersengih.

"Menyampah pulak aku dengan korang ni. Pergi masuk cepat! Nak sambung
work out ni!" Aku halau dua makhluk ni cepat2, harapnya dorang ni tak
usik Ina la. Nanti dia marah aku balik. Tapi, dia yang bagi green light
tadi!

-Qistina-

Aku gembira di samping Firdaus sekarang. Dulu pun aku gembira jugak,
tapi dengan baiknya hubungan ini buat aku lebih bahagia.

Keluarga aku juga dah bersatu dan boleh dikatakan semua masalah aku
selesai kecuali masalah yang baru saja mincul iaitu perangai pelik suami
muda aku ni.

Memang kadang-kadang susah nak faham dia, sebab cara pemikiran dia masih
lagi ada yang kebudakkan. Tapi aku tetap sayang dia.

"Tenung apa? Abang handsome sangat ke?" Soalnya riang serta sengih yang
miang teramat.

"Berapa kali nak cakap, jangan bahasakan diri awak tu abang. Awak lagi
muda dari saya tahu tak?"

"Umur je pun yang muda, pangkat abang lebih tinggi tau!" Dia jeling aku
tanda protes. Tak habis2 lagi dengan pangkat dia sebagai suami.

"Pelik tahu tak?"

"Apa yang peliknya? Biasa la tu! Tak berdosa pun panggil suami muda kau
abang!"

"Awak ni tak faham la, apa salahnya awak bahasakan saya?"

"Tak nak! Nak abang jugak, nampak jantan dan maskulin sikit! Lagipun,
kau nak semua orang tahu yang kau ada suami lebih muda? Nak?" Eh, ugut
orang pulak?

"Tapi saya tak kisah."

"Kena kisah! Dengar eh, aku nak jadi ketua keluarga yang terbaik. Kalau
kau panggil aku abang, aku rasa lebih yakin untuk jadi ketua dalam
keluarga kita. Aku rasa macam aku mampu dan aku rasa lebih matang."

Hujah dah hebat dah, tapi matang? Really? Tapi tengok dari cara dia
cakap tu memang penting yang teramat.

"At least, bila kau panggil aku abang, aku dapat rasa yang kau percaya
aku mampu untuk jadi yang terbaik. Buat aku rada kau perlukan aku. Buat
aku rasa semua orang percaya yang aku memang boleh jaga kau."

Hmm, terharu pulak kali ni. Dia ni memang comel sebenarnya. Allah,
terima kasih dah jodohkan aku dengan dia.

"Baiklah, abang!"

"Thanks sayang!" Sayang? Sejak bila pulak ni?

ya Allah, ni ke dugaan dapat suami muda? Hahaha, aku tak rasa hidup aku
akan bosan bila bersama dengan dia. Mungkin bila aku dah tua nanti, aku
akan tetap mampu ketawa dengan lawak spontan yang dia sendiri tak sedar.
Mungkin sampai aku tua aku akan terus terhibur dengan adanya dia di sisi
aku.

"Kenapa perlu nak jadi sado dan maintain fit?" Soal aku bila dia gunakan
aku sebagai dumb bell untuk dia work out.

"Untuk pastikan diri abang kuat sampai abang tua."

"Abang sedar tak? Bila abang tua, Ina lagi tua."

"Ina nampak muda je pada mata abang."

"Thank you! Tapi, realitinya tak macam tu. Mungkin bila Ina dah beruban
putih, gigi dah tak ada, tulang dah lemah abang masih lagi sihat."

"Sebab tu la abang nak maintain kuat sampai tua! Kalau tulang ina dah
tak kuat, abang yang akan jadi kaki dan tangan Ina. Abang akan buat
semuanya untuk Ina."

Aku terus eratkan pegangan pada leher dia. Aku nak sangat peluk dia
seerat yang aku mampu sekarang ni.

"Kalau macam tu, jangan merungut bila abang dah jadi orang kanan Ina."

"Tak akan, abang akan lebih bahagia sebab Ina akan selalu ada di sisi
abang. Ina akan anggap abang adalah orang penting dalam hidup Ina."

"Tak perlu tunggu Ina tua, Ina dah lama dan memang perlukan abang. Suami
muda Ina ni."

"Terima kasih jadikan abang orang terpenting dalam hidup Ina."

"Terima kasih dah jadi suami Ina."

Tua atau muda, jodoh tetap jodoh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience