BAB 11

Drama Completed 3366

"Duduk!" Tegas sekali suaranya dan bila Hazlin masuk dengan first aid
kit dia langsung mengambilnya dan duduk di sebelah aku.

"Selak lengan baju kau" arahnya lagi dan aku hanya menurut.

"Sikit je" aku bersuara perlahan tetapi dia buat tak dengar je.

Aku perhatikan wajah tegangnya yang sedang meniup lembut tangan aku dan
dapat dengar dia baca ayat dari surah ......... aku tersenyum tenang
melihat wajahnya. Dia sapukan ubat dan usap tangan aku dengan lembut.

"Mulai hari ni jangan buat air lagi, biar orang lain yang buat" katanya
keras dan aku berkerut.

"Awak, tadi bukan sebab saya cuai tapi, cawan orang lain yang tertumpah
atas tangan saya" terang aku ringkas tapi dia jeling aku pulak.

"Hati2 sikit lain kali" pesannya dan aku anggukkan kepala ceria. Dia
ambil berat jugak pasal aku sebenarnya.

"Baju kau basah ni, tukar baju aku dulu" dia suakan aku kemejanya
membuatkan aku berkerut. Tak akan aku pakai kemeja dia dengan kain
kurung ni. Pelik gila kut.

"Tak nak la, pelik sangat kut." Tolak aku berkeras.

"Kalau macam tu kita balik la" ujarnya senang. Aku teringatkan jadualnya
yang padat hari ini. Tak boleh!

"Jadual awak penuh hari ni so, awak kena stay. Biar saya je yang balik
ganti baju" aku memberi cadangan.

"No! Kau ganti kemeja aku dulu, baju kau aku minta orang hantar sini.
Aku nak kau tolong aku siapkan kerja" ish! Dia ni memang sengaja la kan?

"Kejap je pun"

"Cuba la dengar cakap aku ni. Cepat ganti baju, sana tu bilik kosong.
Boleh tukar baju" dia tunjukkan bilik itu pada aku. Aku dengan malasnya
dengar je apa yang dia suruh. Apa masalah dia sebenarnya???

-Firdaus-

Jangan cakap aku kejam tak berhati perut ok. Aku prihatin kat dia la
sebab tu aku cakap macam tu. Tangan dia sakit, bahaya nak drive.

Tak lama lepas tu dia keluar dan fesyen terbaru di dunia, kain kurung
dan baju kemeja aku yang agak labuh juga untuk dia. Pendek betul dia ni
kan? Tengok muka dia yang tak puas hati tu. Hahaha. Kelakar gila.

"Awak ni saja nak malukan saya ke apa? Tak pernah2 saya pakai macam ni"
gumamnya geram dan aku sengih sedikit.

"Siapa suruh kau cuai sangat?" Balas aku selamba dan dia menggumam
sesuatu, tahu sangat dia duk kutuk aku dalam hati la tu.

-Qistina-

Walaupun aku masih lagi dapat jelingan daripada Hazlin, aku dah rasa
macam biasa sangat semua tu dan orang lain dah ramai minta maaf dengan
aku. Katanya mereka yang terhasut dengan kata2 Hazlin. Aku tak salahkan
Hazlin sebab memang Firdaus selalu ajak aku kerja dalam bilik dia,
memang buat orang lain syak wasangka.

"Terima kasih Aman" ucap aku pada despatch yang kerja di sini. Banyak
jugak surat untuk Firdaus ni.

"Awak! Hai!" Langkah aku terhenti bila aku rasa ada orang panggil aku
dan aku dapat dengar derapan kaki dia yang berlari.

"Encik panggil saya?" Soal aku pada seorang lelaki yang kelihatan mengah
berlari. Dia kejar aku ke?

"Ya. Saya Arfan" dia perkenalkan diri dan aku senyum sambil anggukkan
kepala. Apa motif dia ni sebenarnya.

"Awak?" Soalnya meminta nama aku.

"Qistina, ada apa2 yang boleh saya bantu?" Soal aku formal sangat dan
dia tersenyum manis. Well, dia tergolong dalam golongan yang mempunyai
senyuman yang menawan.

"Awak tak ingat saya?" Tak ingat langsung.

"Saya, lelaki yang bagi awak bunga malam resepsi tu" ah! Dia ni ke yang
bagi aku bunga tu? Habislah kalau Firdaus nampak dia kat sini.

"Maaf, saya ni memang susah sikit nak ingat orang. Encik buat apa kat
sini?" Soal aku pula. Patutnya aku segera beredar. Ish!

"Saya ada meeting kat sini, kebetulan sangat saya ternampak awak tadi so
saya kejar awak sampai sini" macam bollywood pulak main kejar2 ni. Ni
client papa la kut sebab tak ada pulak firdaus terlibat.

"Qistina, buat apa lagi kat sini? Bukan dah apply nak balik awal sebab
ada dinner date dengan suami?" Ha! Baru je sebut nama dia dalam hati dah
muncul. Kenapa pulak dia muncul time ni, tengok muka dia yang tak puas
hati tu. Habislah.

Aku pandang Arfan yang agak terkejut dengan apa yang Firdaus cakapkan.
Bila pulak aku apply cuti separuh hari untuk dinner date dengan suami?
Aku half day sebab nak pergi majlis temu murni Qaz.
Lagipun lambat lagi nak dinner, lunch pun belum.

-Firdaus-

Aku jeling Ina yang tenang di sebelah aku sekarang ni, langsung dia tak
minta maaf pasal jumpa dengan mamat tak malu tu. Ish! Aku pulak yang
geram bila ingat benda tu. Stereng kereta aku genggam kemas sebab geram
sangat.

"Awak ok? Nak saya drive ke?" Soalnya tiba2 sambil memandang aku dengan
mata yang prihatin gila.

"Kenapa kau boleh jumpa dia?" Soal aku sedikit kasar dan dia segera
menundukkan wajahnya dengan wajah redup. Rasa bersalah la tu.

"Dia client papa, dia ternampak saya lepas tu dia kejar saya" jawabnya
resah. Ingat hindustan ke nak kejar2 pulak.

"Saya tak ingat pun dia" tambahnya lagi dan kali ini aku terpaksa akui
yang aku sebenarnya dah melampau marahkan dia.

"Aku hantar kau sekolah Qaz dan Fir. Aku wakil papa dan mama" ujar aku
tanpa dipinta dan dia senyum bila nada suara aku dah kembali datar.

Aku mendaftar atas wakil Fir dan Ina sebagai wakil Qaz. Aku tersenyum
senang pada dua pelajar perempuan yang menjadi Ajk ini.

"Form 5 ke dik?" Soal aku berbasa basi dan mereka gelengkan kepala
sebelum tersenyum manis.

"Form 4."jawab salah seorang daripada mereka ramah. Aku tanda tangan
kehadiran dan mengambil pamplet yang di hulurkan.

"Tingkat satu sebelah kanan, dewan besar" ujar mereka mesra dan aku
senyum lagi sebelum beredar mendekati Ina yang sedang menunggu aku di
tangga dengan wajah sedikit muram. Kenapa pulak?

-Qistina-

Apa yang dia seronok sangat borak dengan budak2 tu? Sengih2 macam kerang
busuk. Kenapa pulak aku rasa sebal semacam je ni? Takkanlah aku cemburu
dengan budak2 kut. Tapi, dia memang muda lagi. Tapi, melampau jugak
kalau try budak bawah umur.

Aku menatapnya geram bila dia dengan senang hati berjalan ke arah aku.
Aku segera berjalan pergi sebelum dia sempat sampai betul2 di sebelah aku.

Lengan aku di tarik sikit menyebabkan langkah aku terhenti dan aku
pandang ke belakang dengan malas. Dia naikkan kening sebelah sebelum
memegang tangan aku dan tarik aku naik tangga bersama.

"Awak tak takut orang tahu ke?" Soal aku resah, banyak mata yang pandang
kami sekarang ni.

"Aku rasa dah sampai masanya semua orang tahu." Jawabnya tenang dan
terus menarik tangan aku.

Betul ke apa yang dia cakap tu? Dia dah ready untuk semua orang tahu
yang kami dah kahwin. Dia serius ke? Kenapa aku rasa berbunga semacam je ni?

Kami berdua masuk ke dalam dewan besar yang gah itu dan mencari kelibat
adik2 kami. Kenapa ramai yang pandang kami semacam, ada jugak yang
sengih2. Ops lupa, dia masih lagi pegang tangan aku.

"Awak, lepaslah" pinta aku separa berbisik dan dia hadiahkan aku dengan
wajah tak puas hati.

"Dah bahagi tempat untuk lelaki dan perempuan."

"Ok. Duduk di tempat yang aku boleh nampak kau" pesannya dan lepaskan
tangan sebelum beredar mencari tempat duduk untuknya. Tinggalkan aku lagi.

Aku mencari tempat duduk yang sesuai dan memenuhi kehendak si dia.
Majoriti yang hadir ialah ibubapa so,memang golongan makcik2 la kat
sini, tinggal aku dan beberapa orang je yang agak muda sedikit.

Aku menyapa orang di sebelah aku dengan ramah dan kami mula berbual
ringkas mengenai majlis ini. Majlis dinulakan dan ramai guru2 yang
memberi ucapan. Ada juga seorang dua guru yang aku kenal kerana sering
datang ke sini.

Mata aku hampir berair bila nama Qaz dinobatkan sebagai pelajar yang
paling cemerlang untuk peperiksaan percubaan kali ini dan disusuli
dengan Fir. Tipulah hampir berair, sebenarnya aku dah menangis sakan.
Hahaha.

Setelah itu kami diminta untuk berjumpa dengan guru kelas masing2 untuk
mendapatkan keputusan mereka semua. Semua ibubapa mula beredar tetapi
aku tetap di kerusi dan mengesat air mata yang masih tersisa.

Aku terkejut bila aku ditarik ke dalam pelukan erat seseorang tanpa
sedar. Bila aku tahu yang Firdaus dengan tak malunya peluk aku, aku
tolak sedikit badannya. Dia ni!

"Tahniah" ucapnya pada aku dan lepaskan pelukannya. Dah kenapa aku pulak
yang dapat tahniah ni?

"Kenapa pulak saya?"soal aku dan dia kesat air mata aku dengan sapu
tangannya.

"Sebab kau dah jadi kakak yang terbaik untuk adik2 kau. Aku tahu kau
yang ceramah Fir untuk rajin belajar. Aku dengar kau membebel sebab
result exam dia sebelum ni teruk gila. Terima kasih dah jadi yang
terbaik untuk semua orang" ucapnya lagi, walaupun datar je tapi berbekas
sangat di hati aku. Sia2 je dia lap air mata aku, sekarang ni aku dah
menangis balik.

"Dah la nangis, basah dah sapu tangan aku ni. Aku cium karang baru tahu"
ugutnya menyebabkan aku berhenti menangis saat itu juga. Kemudian dia
gelak macam hantu. Dia ni memang suka buat orang geram.!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience