BAB 1

Drama Completed 3371

"Apa awak ni? Awak nak apa lagi?" Soal aku bengang bila Khalil ni tak
faham bahasa dan tarik lengan aku kuat.

"Ina, abang nak minta maaf" pinta Khalil sejak dua bulan yang lalu lagi.
Aku takkan maafkan dia sampai bila2. Kalau betul dia cintakan aku dia
takkan kahwin dengan orang lain, kena tangkap basah pulak tu!

"Dengar sini, maaf awak tu dah tak berguna kat saya sekarang ni. Masa
awak dengan perempuan tu buat dosa tak sedar, sekarang awak tanggung la
sendiri!" Bentak aku geram dan cuba berjalan pergi, kau faham kan maksud
aku, aku cuba tapi tak berjaya.

Dia terus cuba untuk buat aku maafkan dia dan dia tak segan langsung
untuk kasari aku walaupun depan orang ramai. Dia tak habis lagi ke nak
malukan aku. Dia ditangkap basah dua hari sebelum hari nikah kami
sekarang ni dia kasari aku macam aku ni hak dia pulak.

"Khalil , lepaskan tangan saya! Sakit tahu tak!" Aku cuba rentap tangan
aku dari dia tapi tak berhasil. Pegangan kemas dia buatkan lengan aku
memerah dan pedih.

Tak ada siapa yang berani nak menolong atau mendekati aku kerana Khalil
memberitahu dengan jelas yang kami ni pasangan suami isteri. Tang mana
pun aku tak tahu la. Kami ni bekas tunang je!

"Lepas la!"

"Abang akan lepaskan kalau Ina maafkan abang dan kahwin dengan abang"

"Dengar sini baik-baik. Semua tu dah tak berguna. Kalau dua bulan lepas,
awak tak buat kerja haram tu, kita dah jadi suami isteri sekarang tapi
disebabkan perangai awak sendiri semuanya musnah.

"Sekarang saya dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan awak lagi dah"
Jerit aku padanya. Dia mengetap gigi menahan geram dan mulutnya terbuka
tutup untuk bercakap tadi tak ada apa yang keluar dari mulutnya.

"Bro, apesal kasar-kasar ni? Tak macho la" tiba-tiba ada seorang lelaki
yang berani mendekati kami dan cuba untuk leraikan pergaduhan ni. Akhirnya.

"Kau diam la budak! Jangan campur hal rumah tangga orang!" Marah Khalil
dan genggaman pada lengan aku semakin kuat.

"Budak? Bro la yang budak kat sini, kasar-kasar dengan perempuan tak
matang betul," berani betul budak ni, tak takut kena sailang ke apa?

Baru je aku cakap, Khalil dah bagi satu penumbuk tepat pada pipi kiri
budak lelaki ni dan secara tak langsungnya lengan aku terlepas daripada
genggaman Khalil . Budak lelaki itu tak membalas dan hanya memegang
pipinya yang sudah kemerahan sedikit. Habislah.

"Khalil , baik awak pergi dari sini sekarang jugak atau awak nak saya call
polis?" aku keluarkan telefon dari beg dan mula menaip nombor kecemasan.

"Abang akan cari Ina lagi," dengan itu Khalil beredar. Akhirnya. Aku
pandang dengan wajah kesian kepada lelaki yang cuba nak tolong aku tapi
dia pulak yang terluka. Kesian sungguh.

"Dik ok?" Soal aku kepadanya yang masih lagi memegang pipi kiranya.
Sayang la, wajah putih flawless dah ada kesan merah, esok mesti lebam ni.

"Ok je, kau ok?" Amboi. Kasar pulak bahasa budak ni kat aku. Aku panggil
dia adik kut tadi.

"Ok. Terima kasih dah tolong tadi," walaupun tak ada la tolong sangat
pun. Hahaha.

"Ok" lepas tu dia terus berjalan pergi. Aik, macam tu je ke? Habis tu
kau nak macam mana lagi Qistina oi!

Dah seminggu kejadian tu dan Khalil tak datang ganggu aku lagi dah, buat
masa sekarang aku rasa selamat la tapi esok-esok kalau dia nak muncul
aku pun tak pastilah macam mana. Perlu ke aku belajar seni pertahankan
diri? Tapi bukannya aku ada niat nak belasah si Khalil tu pun. Ugh!

"Ina!" Aku tersentak bila kawan baik aku ni dengan tak ada adabnya
menyergah aku kat pantry ni. Untung tak terlepas mug coffee ni kalau tak
memang dah lecur tangan aku kot.

"Ha, nak marah la tu" Tau pun nak marah lagi nak sakitkan hati aku
jugak. Ish budak ni, sabar je la.

"Nak apa sergah aku ni?" Soal aku malas, tak ada guna nak panjangkan
soal remeh temeh dengan orang tak makan saman ni.

"Erm, semalam masa kau ambil MC, ex tunang kau datang cari kau" maklum
Iza dan aku berdiri tegak, untung tak terlucut mug dari tangan aku ni.

"Lepas tu kau cakap apa?" Soal aku resah, habislah aku kalau macam ni.
Macam mana kalau dia terus ganggu aku dan boss aku tahu, lepas tu dia
buang aku kerja. Adik-adik aku nak makan apa?

"Ina, tak ada apa yang jadi ok, boss pun tak ada semalam jadi kau jangan
risau. Dia tak buat hal pun, lepas aku cakap kau tak datang sebab demam
dia blah macam tu je" terang Iza cepat-cepat, mungkin dia nampak air
muka aku berubah kut. Aku pejam mata rapat-rapat dan pegang pada dinding.

Aku membuka pintu kereta dan meletakkan beg aku sebelum masuk, baru
sahaja aku nak hidupkan engine pintu kereta aku dibuka dan Khalil masuk
dan duduk di sebelah penumpang.

"Khalil , apa awak buat ni?" Soal aku resah.

"Abang nak jumpa Ina. Ina dah baik demam?" Soalnya prihatin. Kalau dulu,
akan tersenyum bahagia bila dia ambil berat hal aku tapi sekarang, aku
tak layak lagi.

"Khalil tolonglah faham, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi," rayu
aku bersungguh.

"Tapi abang sayangkan Ina. Abang nak kahwin dengan Ina!" Tegasnya
membuatkan aku tersentak sedikit.

"Khalil ..."

"Abang! Abang tak suka Ina panggil abang macam biasa!" Marahnya pula.
Dia ni dah gila ke apa?

"Baik awak keluar sekarang atau awak nak saya lapor polis?" Marah aku
dah membuak, panggilan abang tak layak lagi dah untuk dia. Dia dah buat
hati aku merana dan terluka.

"Ina, dengar dulu apa yang abang nak cakap..."

"Tolonglah pergi...Ina nak ambil Aqiff dan Qifa kat tabika ni. Dah
lewat" aku mengalah dan Khalil angguk kepala sambil tersenyum dengan
perubahan aku.

"Malam nanti kita jumpa ok"

"Tak boleh, siapa nak jaga adik-adik Ina?"

"Ina, malam ni. Kita jumpa malam ni. Abang akan call Ina, kalau Ina tak
datang jumpa abang, abang pergi rumah Ina dan Ina tak akan suka bila
abang yang pergi ke sana" bila dia ugut aku macam tu aku terpaksa
anggukkan kepala setuju.

"Qaz, tengokkan Aqiff dan Qifa kejap, along nak keluar" ujar aku pada
adik ketiga aku.

"Long nak pergi mana?" Soalnya dan berhenti daripada membuat kerja
sekolahnya.

"Kejap je. Kunci pintu" aku cium dahinya dan beredar dari rumah.

30 min menandu akhirnya aku sampai di tempat yang Khalil nak kami jumpa.
Seram semacam je tempat ni, dah la gelap. Tapi baik aku cepat-cepat
jumpa dengan dia lepas tu aku boleh balik dengan segera.

"A...abang" terasa panggilan itu seakan api yang keluar dari mulut aku,
sakit.

"Ina datang pun. Duduklah" pelawanya di satu bangku dan aku segera duduk
tetapi jauh darinya.

"Apa yang abang nak cakap, Ina tak boleh lama ni" aku segera memberi
alasan dan Khalil menarik senyumannya yang manis tadi.

"Abang nak Ina terima abang balik, abang menyesal sangat. Abang tak tahu
macam mana boleh tertangkap..."

"Kejap, abang dah lama ke curang belakang Ina?"

"Tak! Abang cintakan Ina sorang je. Semua perempuan tu..."

"Abang, Ina nak balik. Tergamak abang selingkuh belakang Ina, selama ini
Ina setia kat abang. Sanggup abang mainkan hati Ina!" Bentak aku
bengang. Selama ini dia memang curang belakang aku, tidur dengan
perempuan lain! Ya Allah apa yang aku dah buat ni? Aku terlalu buta
menilai kebaikan yang keluarga dia berikan kepada keluarga aku.

"Ina! Ina kena terima abang balik. Kalau tak siapa yang nak tanggung
yuran belajar adik-adik Ina" paksanya dan mata aku terbuka luas. Jadi,
selama ini semua tu tak ikhlas ada kehendaknya? Aku tak sangka aku dah
tertipu dengan kebaikan Khalil selama ni.

Aku segera beredar untuk ke kereta, aku tak sanggup nak dengar apa-apa
lagi dari mulut dia dan aku tak sanggup nak berada dekat dengan orang
yang tak guna macam dia!

Baru sahaja aku ingin masuk ke dalam kereta, tiba-tiba belakang leher
aku di pukul kuat dan akhirnya hanya gelap yang aku nampak. Ya Allah aku
berlindung dengan Mu Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience