BAB 7

Drama Completed 3366

-Qistina-

Tak payah cakap la berapa lama dia gelak sebab sepanjang jalan tadi lagi
dia duk gelakkan aku sebab takutkan benda dalam layar. Dia tak tahu
perasaan takut aku tu macam mana, boleh pengsan tahu tak.

Aku keringkan rambur dengan tuala dan mengutuknya perlahan. Rasa nak je
sabotaj dia punya barang mandian ni semua, nasib baik aku ni jenis tak
suka berdendam kalau tak dah lama aku pakai ilmu prank zaman muda aku
kat dia.

Selesai memakai baju dan keringkan rambut aku keluar dari bilik air dan
melihat dia sedang tersengih sambil bermain dengan telefonnya. Kalau
pakai smart phone tapi empunya badan tak berapa nak smart gunakannya tak
berguna jugak. Ish! dah kenapa aku nk tetiba je mulut jahat.
Astaghfirullah...

"Awak, pergi la mandi" ujar aku kepadanya dan dia segera letakkan
telefon dan ambilkan tuala yang tersidai. Dia sengih kepada aku sebelum
masuk ke dalam bilik air.

-Firdaus-

Heh, harapnya dia tak pengsan la lepas tengok ular getah atas katil
nanti. Hihihi. Jahat sungguh aku ni sampai sanggup nak kenakan dia
sampai macam tu sekali. Dah lama sangat tak kenakan orang, apa salahnya kan?

Lamanya dia nak bagi respon ni, aku dah bersiap sedia nak tengok aksi
dia lompat kijang ni. Aku membuka pintu sedikit, cukup2 je untuk tengok
keluar tapi dia masih lagi duduk di depan meja solek. Jenuh menunggu aku
tanggalkan pakaian untuk mandi dahulu.

"Arhhhh!!!! Tolong!!!" Lepas aku dengar jerit yang kuat macam tu aku
dengar bunyi benda pecah dan barang jatuh. Apa dah jadi ni?

Aku segera berlari keluar dan aku tak nampak langsung kelibat Ina.
Kemudian aku ke sisi katil sebelah sana dan dia terbaring di sana dengan
kepala dahi yang berdarah. Allah!

Aku segera mendekatinya dan memangku kepalanya, dia langsung tak
sedarkan diri dan darah masih lagi mengalir di dahinya. Ya Allah.

"Ngah? Kenapa Ina menjer...Ya Allah. Kenapa dengan Ina ni?!" Soal mama
terkejut bila melihat keadaan Ina yang berada di pangkuan aku tak
sedarkan diri. Semua orang mula berkumpul di dalam bilik ini.

"Ma, pa. Tolong Ina, dia...darah..." aku tak tahu nak penuhkan ayat
macam mana, sekarang ni jantung aku rasa nak terloncat keluar je.

"Bawak pergi hospital! Cepat!" Arah papa dan aku segera mengangkatnya
untuk di bawa ke kereta. Setelah pintu kereta dibuka aku letakkan dia
dan baru sahaja aku nak masuk ke dalam kereta aku di halang mama.

"Ma, ngah nak kena cepat ni!" Gesa aku tapi mama tetap tak lepaskan
lengan aku.

"Biar long yang hantar. Ngah pakai boxer je sekarang ni. Pergi naik atas
pakai baju elok2 dan jumpa kami di hoapital je" bila mama cakap macam tu
aku tengok keadaan aku.

Sah! Memang aku pakai boxer je sekarang ni! Aku pandang semua orang dan
semua perempuan dalam rumah ni dah pandang tempat lain. Aku dengan
selambanya berjalan masuk ke dalam rumah dan terus pecut bila sampai di
tangga. Nasib baik pakai boxer, kalau bogel tadi tak naya! Nak je ketuk
kepala sendiri sekarang ni.

Selesai mandi dan bersiap untuk ke hospital aku mengambil kunci kereta
papa untuk ke hoapital dan tika itu aku melihat Qaz sedang berpeluk
tubuh di pintu utama.

"Qaz nak ikut ke?" Soal aku padanya dan dia gelengkan kepala.

"Abang yang letak ular getah atas katil kan?" Soal Qaz dalam nada yang
serius dan aku kejung sekejap. Matilah...

"Abang...abang nak bergurau je" walaupun aku rasa jawapan aku tak
munasabah tapi memang tu je niat aku sebenarnya.

"Tak apa la, tapi lain kali jangan buat lagi tau. Long tu kalau prank
hantu dia tak apa tapi ular memang dia tak boleh. Pernah dia pengsan
seharian sebab terjumpa ular dalam rumah" ugh! Rasa bersalah tahap
dewanya sekarang ni. Kenapalah aku bodoh sangat pergi kenakan dia tadi
kalau aku tak buat benda tu tadi mesti dia ok je.

"Abang pergi dulu" perlahan sahaja suara aku dan aku segera keluar dari
rumah. Ya Allah aku harap sangat dia selamat.

Aku duduk di sisinya sepanjang malam tanpa tidur langsung. Aku tak boleh
nak lelapkan mata sedangkan aku tahu dia terbaring tak sedarkan diri kat
sini disebabkan perangai tak matang aku. Aku harap dia sudi maafkan aku
nanti.

-Qistina-

Walaupun dah dua hari aku balik dari hospital tak pernah walau sekali
Firdaus bercakap atau bertentang mata dengan aku. Aku tahu dia masih
lagi rasa bersalah walaupun dah jenuh aku cakap aku maafkan dia.

Dia pun tidur di ruang tamu je rasanya sebab selalu je aku tengok ada
selimut terlipat atas sofa. Dia memang serius elakkan aku seratus
peratus. Memang la apa yang dia buat tu tak patut tapi aku tahu niat dia
nak bergurau je.

"Ngah ni dah melampau sangat tau!" Suara tinggi mama buatkan aku melihat
apa yang terjadi di ruang tamu. Mama marahkan Firdaus.

"Ngah mana tahu dia takut sampai macam tu sekali. Ngah dah minta maaf kut"

"Tu la dalam kepala tu asyik nak kenakan orang je kerjanya. Untung luka
sikit je. Bila kamu nak jadi seorang yang bertanggungjawab ni ngah?"

"Apa yang mama nak ngah buat lagi? Ngah dah minta maaf kat dia. Mama nak
ngah melutut ke?" Soal Firdaus dan nadanya mula meninggi.

"Kalau mama cakap semuanya nak lawan..."

"Ngah nak keluar la!" Firdaus terus berlalu pergi dan tak hiraukan
panggilan mama lagi dah. Hurm, mereka gaduh lagi pasal aku.

Firdaus tak balik sejak semalam dan aku mulai risau. Aku nak keluar cari
dia dan pujuk dia balik jumpa mama. Mama pun macam susah hati je sebab
Firdaus tak call langsung sejak pergi.

Aku memandu ke arah bengkelnya setelah mendapat alamat daripada Fir.
Patutlah dia selalu singgah bengkel, rupanya jarak bengkel dari pejabat
10 minit je.

-Firdaus-

"Dah la marahkan mama kau tu, sampai bila nak merajuk ni?" Zaril ni tak
habis2 lagi ke pasal ni. Bosan aku dengar.

"Aku tak marah, aku geram je. Semua orang dalam rumah tu salahkan aku"

"Dah terang lagi bersuluh kut, memang salah kau" dia ni sengaja nak
tambahkan black pepper atas luka aku ke apa? Ingat luka aku ni chicken chop?

"Ok! Sorry la, bukan aku nak salahkan kau. Aku cuma pelik la dengan aku
ni sebab suka sangat kenakan dia, setahu aku kau ni bukannya kaki prank
pun" ha, betul jugak apa yang mamat ni cakap. Tak pernah2 aku kerjanya
duk prank orang je. Dah kenapa aku suka usik dia sangat?

"Boss, awek baju kurung cari!" Laung Emir, salah seorang pomen yang
kerja kat sini. Siapa pulak awek baju kurung ni?

"Cari aku ke?" Soal aku padanya dan mengesat tangan kotor pada baju
kerja. Aku berjalan ke depan dan bila aku tengok dia yang berdiri sambil
tersenyum terus aku u turn nak masuk balik.

"Awak! Tunggu la kejap!" Panggilnya dan kemudian aku dapat rasakan
lengan aku dipegang kemas.

"Nak apa?" Soal aku malas tetapi tak lepaskan tangan dia dari lengan
aku. Dia pegang kedua tangan aku dan pandang mata aku dalam2.

"Awak balik la rumah hari ni, kesian mama risaukan awak" ujarnya dan aku
buat tak dengar. Mama je ke?

"Saya pun risaukan awak. Saya tak tidur pun semalam sebab risau awak tak
balik2" tambahnya lagi dengan mata yang seakan merayu supaya aku
percayakan dia.

"Ya la, petang sikit aku balik la. Banyak kereta hari ni" aku cuba untuk
tak tunjuk lemah, kalau ikutkan hati sekarang jugak aku ikut dia balik.
Tapi lelaki ada ego kut, tinggi melangut pulak tu.

"Ok. Saya nak pergi pejabat ni, saya jumpa awak kat rumah" ujarnya
dengan senyuman semanis madu dan melepaskan tangan aku.

Aku hanya tayang wajah selamba dan menunggu keretanya hilang dari
pandangan mata sebelum masuk semula ke bengkel. Dah kenapa Zaril
tersengih macam kambing ni?

"Kau kenapa?" Soal aku pada Zaril dan dia hanya bersiul senang dan
abaikan soalan aku macam tu je. Menyampah sungguh dengan hamba Allah
sorang ni.

-Qistina-

Aku ada cakap tak yang Firdaus ni bukan je dingin tapi kaki buli kat
ofis, semua kerja dia aku yang kena buat dan dia boleg duduk atas kerusi
selesa dia tu dan pusing2 macam main dekat playgraound. Ikutkan hati
memang aku tak nak buat kerja dia ni langsung.

"Dah siap ke?" Soalnya mudah. Aku pandang dia sekilas dan gelengkan kepala.

"Slow nya, susah sangat ke?" Ei! Dah la buli orang, kutuk orang pulak
tu. Bertuah punya boss.

"Maaf, kepala saya berdenyut lagi sebab tu susah nak fokus. Saya keluar
minum air kejap boleh?" Pinta aku ramah, memang kepala aku dah sakit dan
dahaga gila sekarang ni.

Kenapa pulak dia pandang aku macam tu? Seram pulak aku rasa dengan dia
ni. Dia tinggalkan kerusi selesa dia dan berdiri di belakang aku lama
sebelum merendahkan badannya dan menyentuh dahi aku. Eh!

"Diam la, aku nak tengok luka kau ni" dia memegang kepala aku dan
menyelak sedikit tudung sebelum melihat keadaan luka yang dah kering tu.

"Kenapa tak pakai plaster ke apa, kau biar je macam ni?" Soalnya tajam
dengan kening berkerut bagai.

"Erm, susah nak pakai tudung. Dah kering pun luka tu" aku senyum sedikit
dan dia lepaskan kepala aku. Hahaha. Macam pelik je bunyi macam tu.

Setelah itu dia kembali semula ke kerusinya dan mencari sesuatu di dalam
laci, kemudian dia menarik au ke sofa tanpa banya soal. Aku turutkan je
la apa yang dia buat tu.

"Ni panadol, ni air. Cepat makan ubat" arahnya sambil menyerahkan sebiji
ubat kepada aku.

"Allah, tercengang pulak. Cepatlah makan ubat ni!" Gesanya geram dan aku
terpaksa telan ubat yang pahit itu. Setelah meneguk air dia mengambil
laptop dan duduk di hujung sofa.

"Baring!" Arahnya tegas. Dah kenapa?

"Baring?!"

"Cepatlah!" Arahnya kasar dan menarik kepala aku jatuh ke ribanya.
"Buka kasut" arahnya lagi dan aku hanya menurut.

"Tidurlah" ujarnya perlahan dan mula menaip sesuatu di dalam laptop.
Aang2 dah kepala sakit sangat aku buat je la apa yang dia minta. Tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience