BAB 14

Drama Completed 3366

Kami hanya diam dan akhirnya kami sampai di rumah. Aku tak suka tengok
wajah dia yang keruh macam ni. Salah ke apa yang aku cakap tadi? Aku
hanya jujur.

Laju dia melangkah masuk ke dalam rumah tinggalkan aku seorang diri di
parkir. Aku menarik nafas sebelum berjalan masul ke dalam rumah. Setelah
memberi salam aku masuk ke dalam rumah yang di penuhi orang tetapi sunyi.

"Sampai hati ngah dan Ina tipu mama, sampai hati ngah race lagi!" Suara
mama bergema di ruang tamu. Ya Allah apa pulak ni?

"Mama tolonglah, not now ok? Ngah tengah kusut ni" Firdaus kelihatan marah.

"Kalau bukan sekarang bila lagi? Kenapa ngah susah sangat nak dengar
cakap mama?"

"Ma! Ni memang yang last!"

"Dulu pun Ngah cakap macam tu jugak"

"Mama, papa kalau lagi sekali ngah race, halau la ngah dari rumah ni"

Apa yang keluar dari mulut Firdaus buatkan semua orang diam. Firdaus
segera beredar dari ruang tamu.

"Ina, kenapa dengan ngah?" Papa pandang aku mencari jawapan.

"Ina masuk dulu" aku segera beredar dan masuk ke dalam bilik.

-Firdaus-

Dia mintak kau bagi masa, kenapa kau tak bagi je? Kau ni memang suka
cari pasal la Daus!

Tapi, selepas semua yang Khalil tak guna tu buat kat dia dan keluarga,
dia masih jugak tak dapat lupakan Khalil . Hebat sangat ke Khalil tu?

"Awak" aku tersedar dari melamun dan pandang dia sekilas.

"Aku akan bagi kau masa, ambik la sebanyak mana masa yang kau nak. Aku
serahkan semua keputusan pada kau. Aku pun perlu masa untuk fikir semua ni"

Aku keluar dari bilik itu dan ke bilik Fir. Nasib baii budak2 ni pergi
hostel dan tengah exam SPM, tak ada la aku kena tidur bilik tetamu.
Betul ke apa yang aku buat ni? Aku bagi masa kat dia ke aku merajuk
sebenarnya? Buruk betul kalau aku merajuk. Mama!!!

-Qistina-

Hmm, sunyi pulak aku rasa tempat kerja hari ni, padahal sama je, yang
bezanya aku tak di paksa buat kerja dan Firdaus tak panggil aku masuk
bilik dia langsung. Dia buat apa je kat dalam tu?

Dah la semua orang layan aku pelik je hari ni, tiba2 je respect aku
lebih. Apa2 je la, tapi aku bosan sangat sekarang ni tak tahu nak buat apa.

"Ina!!!" Apa benda pulak si Iza ni.

"Kau ni, dah declare tak cakap"

"Declare apa?" Pelik sungguh la kawan aku seorang ni.

"Penuh dalam majalah sukan ni pasal kau dengan boss" ha? Pasal kami?

"Kau cakap apa ni?"

"Tengok ni"

'ISTERI DORONGAN UNTUK BERJAYA'

Besar gila tajuk dia. Habislah. Ugh! Kenapa sampai masuk majalah sukan
pulak ni? Ya la, race hujung minggu hari tu dapat liputan meluas kut.

Aku mengetuk pintu pejabatnya dan setelah mendapat jawapan barulah aku
berani nak buka pintu bilik dia. Agaknya dia masih marahkan aku ke?

"Ada apa Qistina?" Soalnya langsung, serious sungguh.

"Erm, awak dah tahu pasal majalah sukan tu?" Soal aku resah. Mana tahu
kut2 dia marah ke.

"Kalau bukan soal kerja, awak boleh keluar." Dia tunjukkan pintu dan
kembali kepada kerjanya. Kenapa sedih sangat ni? Sampai hati dia buat
tak nampak aku je.

"Saya minta maaf, saya keluar dulu" aku segera beredar dari situ. Hmm,
rasa macam nak menangis je.

-Firdaus-

Waktu makan malam dia diam je dan tak banyak yang dia makan. Lunch tadi
pun dia tak makan, perut dia tak masuk angin ke nanti? Eh, biarlah dia
dah besar kut yang aku nak risau sangat kenapa.

"Ina, sikit je makan" mama bersuara menyebabkan semua orang
memandangnya. Dia memandang mama kemudian aku sebelum kembali ke pinggannya.

"Ina pening sikit ma, tak ada selera sangat" jawabnya sopan. Hmm, menipu
ke apa?

"Kalau sakit pergi la klinik, ngah pun ada kat rumah ni"

"Eh, Ina ok je mama. Jangan risau."

"Kalau macam tu, selesai makan rehat terus. Nanti kak nab bawakkan panadol"

"Ya ma"

Suasana kembali senyap dan ramai orang mula beredar dari meja. Aku orang
yang paling last sekali. Selesai basuh tangan aku berniat untuk ke bilik
tapi papa panggil aku ke ruang tamu. Mesti kena ceramah free ni. Tak
habis lagi ke pasal race tu?

"Duduk ngah, papa nak cakap sikit"

"Kalau pasal race tu, ngah tak nak dengar"

"Bukan. Hal Ina dengan kamu" well, tekaan pertama salah, tekaan kedua
betul. Apa yang papa nak cakap ni.

"Kenapa layan Ina dingin macam tu? Dulu papa tengok kamu dah baik dengan
dia"

"Biasa je pa"

"Kalau kamu nak jadi seorang suami yang baik, kamu kena sabar. Cuba jadi
matang sikit ngah, papa tahu dia lebih tua dari kamu tapi kamu tu suami.
Tua atau muda, Ina tu amanah kamu"

"Dengar sini ngah, walau apa pun yang Ina lakukan kamu berhak tegur bila
dia salah, pimpin dia ke jalan yang betul. Ina tu perempuan yang baik,
papa yakin dia isteri terbaik buat kamu. Kalau soal hati, beri dia masa.
Qaz ada cerita pada papa tentang Ina dan Khalil . Khalil ada masa Ina dalam
kesempitan jadi apa yang Ina rasa pada Khalil kuat. Ina kecewa ngah. Ngah
jangan bertindak melulu dan abaikan Ina, walaupun dia nampak kuat, tapi
dia lemah ngah. Bagi dia masa, papa yakin yang perasaan dia pada kamu
adalah sama. Ingat pesan papa tu ngah" papa sentuh bahu aku sebelum
beredar dari sini. Apa yang papa cakap buat aku berfikir, betul jugak
apa yang papa cakap tu. Aku tak boleh selfish.

Aku masuk ke dalam bilik dan aku tengok dia dah lena di katil. Aku duduk
di birai katil dan beranikan diri untuk usap kepalanya. Dahi dia panas!
Jadi, betul la dia tak sihat. Ubat di meja langsung tidak disentuh. Sah
la dia tak makan ubat ni.

"Ina, bangun makan ubat dulu" aku goncang tubuhnya perlahan dan dia
bukakan mata.

"Firdaus..." dalam kantuk dia memanggil nama aku. Tak tahu la kenapa
tapi dia nampak comel je.

"Kau demam ni, cepat makan ubat" aku pangku kepala dia dan berikan
panadol yang dah ada. Dia hanya akur dan minum air dari gelas yang aku
pegang.

"Tidurlah"

"Awak tidur sini boleh? Maafkan saya"

"Ya, aku tidur sini. Aku dah maafkan kau, rest ok"

"Hmm" dia sempat senyum dan selesakan diri dengan alaskan paha aku
sebagai bantal. Nasib baik dia demam hari ni, kalau tak...aku nak buat
apa je sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience