BAB 9

Drama Completed 3366

Malam resepsi yang gilang gemilang itu akhirnya habis juga dan aku
mendapat pesanan ringkas dari Firdaus supaya tunggu dia di dalam dewan.
Dia nak marah pasal bunga tu ke? Aku tak nak simpan la bunga ni.

Aku telan liur bila wajah garangnya muncul dan dia memandang tajam bunga
di tangan aku. Aku rasa dia tenung macam tu sampai panas tangan aku,
terbakar ke apa bunga ni?

"Kenapa ambik bunga ni?" Soalnya keras.

"Saya tak sampai hati nak tolak"

"Kau kenal ke dia ni?"

"Tak"

"Kau ajar kat adik2 kau jangan ambil barang stranger bagi tapi, kau
boleh pulak ambil?" Soalnya sedikit sinis dan aku rasa menyesal sangat.
Apa yang dia cakap tu ada betulnya juga tapi aku dah boleh jaga diri
sendiri kut.

"Saya minta maaf" pinta aku akhirnya setelah jerih bergaduh dengan diri
sendiri.

"Good, lain kali jangan buat lagi" tambahnya senang.

Really? Dia ingat aku budak kecik ke apa? Dia lagi muda daripada aku
tahu tak? Geram pulak aku tengok dia ni sekarang. Sabar Ina, Sabar. Nak
tak nak kau kena hormat dia sebab dia suami kau. Muda atau tua!

"Kenapa awak suruh tunggu?" Soal aku malas.

"Hmm, nak ambil gambar" aku berkerut.

"Ok, kami dah sedia!" Jeritnya.

Aku ditarik ke pelamin dan dia segera mendudukkan aku. Kemudian dia pose
beberapa jenis dan terpaksa aku ikut setiap rentaknya. Dah kenapa dia ni
sebenarnya?

"Aku nak ada gambar kahwin sama macam long jugak, so kau kena pose
lawa2" ujarnya bila dia nampak aku bingung. Aku senyum sedikit dan turut
sertai dalam photoshoot ni.

Pelbagai jenis pose yang kami gayakan dan hampir sama dengan gaya Hana
dan suami dia tadi. Buang tebiat agaknya suami aku ni tapi, tak kisah
la, serba sedikit aku rasa bahagia jugak sebenarnya.

"Thanks bro! Nanti aku ambil gambar tu semua" Firdaus bersalaman dengan
photographer itu.

Kami berdua berjalan ke kereta dengan senyap dan tanpa dia sedari tangan
dia masih lagi memegang tangan aku erat dan aku suka sangat.

"Mana bunga tadi?" Soalnya tiba2 dan tanpa fikir banyak aku berikan
kepadanya.

"Kalau nak bunga sangat, ambil yang ni, yang ni buang" dia hulurkan aku
sekuntum mawar merah yang lain dan mawar itu selamat sampai ke dalam
tong sampah. Kejamnya.

-Firdaus-

Betul la apa yang aku buat kan? Mana boleh dia ambil barang stranger
bagi, karang kena culik macam mana? Susahkan aku je. Setakat rose
sekuntum aku mampu bagi la kat dia, mamat tu pun satu hal! Apesal tak
malu sangat pergi bagi bunga kat bini orang?

Aku pandang rose yang berada di dalam pasu yang berisi air. Bukan aku la
nak buat semua jadah tu, dia punya kerja la. Cop! Kalau bunga yang mamat
tu bagi agaknya dia akan jaga macam ni jugak ke? Ei! Kenapa aku ni rasa
nak jadi Jelly buta ni? Bengang!

-Qistina-

Kadang2 Firdaus tu baik tak terucap, kadang2 dia tu jahat jugak. Memang
jenis bi polar ke apa? Kalau dua minit baik, dua jam jahat. Contohnya
sekarang ni, dia paksa aku buat semua kerja pejabat dia dan dia tengah
khusyuk layan game. Rasa nak je baling laptop ni atas kepala dia.

"Awak, tak nak tolong saya ke?" Soal aku lembut dengan harapan dia akan
mengalah dan beri muka kepada aku.

"Tak nak! Dah nak masuk level 59 ni" bantahnya tenang dan sangat senang.
Memang tak fikir dua kali la orang kata.

"Saya tinggalkan kejap, nak buat kopi" aku bangun dari sofa.

"Make it two, tambah ice, susu lebih" pesannya selamba tanpa alihkan
mata dari skrin.

Bertuah punya boss, bukan main lagi order macam2 kat aku, dah la kerja
malas nak buat. Sabar je la aku dengan hamba Allah seorang ni. Aku
bergegas keluar dari bilik dan tanpa disengajakan pintu biliknya
tertutup agak kuat sedikit.

-Firdaus-

Amboi, bukan main berani lagi slam pintu aku, karang terbelah aku tak
nak berjawab dengan boss besar.

Aku tinggalkan telefon sebentar dan memandang proposal yang dia sedang
buat. Well, macam biasa, kerja dia memang bagus. Aku menambah beberapa
perkara bila proposal itu sudah hampir selesai. Aku siapkan semuanya
dengan cepat dan menyemak beberapa perkara sebelum kembali bermain game.

Pintu terbuka dan masuklah isteri aku dengan wajah masam mencuka.
Hahaha. Kesian pulak aku dengan dia ni, aku buli dia ke? Mana ada kan?
Aku baik sangat kot! Hahaha.

"Nah, kopi awak" suanya sopan tanpa senyuman. Ni la lebihnya dia
berbanding perempuan lain, dia tak mudah nak sentap depan2. Hehe.

Aku tunggu respon daripada dia bila dia mula fokus kepada kerjanya. See,
salah satu sebab jugak aku suruh dia buat kerja, dia peka dan
bertanggungjawab.

"Eh, dah siap?" Soalnya dengan nada terkejut.

Dia pandang aku kemudian tersenyum senang dan meneguk kopinya tenang.

"Terima kasih dah siapkan" ucapnya dan tersengih sikit. Suka la tu.

"Untuk meraikan saat bahagia ni, aku belanja kau....Mamee Monster!!!"
Aku hulurkan sepeket kecil mamee monster kepadanya dan dia berkerut.

"Tak elok makan junk food" tolaknya sekali dengan pesanan penaja dan aku
buat derk aje. Aku renyuk2 dan makan dengan bahagia.

"Cuba la, sedap gila kot, lagi sedap daripada biskut kering"

Aku terkejut bila respon yang dia bagi adalah dengan tawa perlahan dan
masih lagi dalam lingkungan sopan. Pergh! Ada gelak sopan sebenarnya.

"Kerja dah selesai, saya keluar dulu" ujarnya seraya bangun dengan dua
cawan kosong di tangan. Ala, bosan la aku lepas ni sorang2 dalam ofis ni.

-Qistina-

Aku membasuh kedua cawan dan letakkan di tempat asal. Baru sahaja aku
bergerak untuk mengesat tangan badan aku ditolak sehingga terkena bucu
kaunter. Ugh! Sakit jugak sebenarnya.

"Hazlin..."

"Kau dengar sini Ina, kau dah rampas job aku lepas tu berani kau
menggatal dengan boss baru kita? Kau ni memang tak malu kan?" Aku
terkejut dengan apa yang dia cakap pada aku.

"Awak cakap apa ni?" Soal aku lemah dan menekan pinggang aku yang
terkena bucu tadi.

"Tak payah tunjuk b**** la! Kau goda boss muda tu kan? Sedar la diri kau
tu sikit!"

"Hazlin, saya hanya bekerja..."

"Kerja apa sampai tak keluar2 bilik boss tu? Kerja sundal kau ke?" Air
mata aku menitis terus tanpa aku pinta.

Ya Allah, penghinaan apakah ini?

"Kau dengar sini! Jangan nak gatal2 dengan boss lagi!" Dia tolak aku
lagi sekali sebelum tinggalkan aku.

"Ina, Ya Allah! Kenapa ni?" Soal Ita yang baru sahaja masuk bila melihat
aku menangis di lantai.

"Ita, aku tak murah kan? Aku...aku"

"Dengar sini! Kau la perempuan paling mahal yang aku pernah kenal, so
jangan nangis macam ni lagi" aku tergelak perlahan mendengar jawapan
Ita. Dia ni memang la spoil mood orang.

Agaknya Hazlin dah bawa mulut kepada semua orang dan ada beberapa orang
yang mula menjauhi aku dan memandang aku hina. Aku cuba untuk balas
pandangan mereka dengan senyuman tetapi cepat2 mereka palingkan wajah.

"Qistina! Masuk jap!" Macam tu la cara dia panggil aku setiap hari.

Aku pandang sekeliling yang mula berbisik sesama mereka. Aku jauhkan
diri daripada mereka dan masuk ke dalam bilik itu.

"Semakkan dokumen tu" Firdaus sodorkan satu file berwarna kelabu kepada
aku. Tanpa bantahan aku mengambilnya dan terus duduk di kerusi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience