BAB 13

Drama Completed 3371

-Firdaus-

Bila dia diam je aku yakin yang 70 percent aku dah berjaya yakinkan dia.
Lagipun memang ni race aku yang terakhir, aku dah ada hati nak
tinggalkan dunia bahaya ni dan hidup dengan seorang perempuan sebagai
suri hati aku.

"Aku janji ni yang last. Aku perlu race kali ni untuk dapatkan sponsor.
Kalau tak, kesian budak2 baru masuk. Tak dapat peluang nak race sebab
tak ada sponsor" aku berterus terang niat sebenar aku untuk race.
Selama ni aku race untuk diri sendiri dan untuk kepuasan tapi kali ni
memang tujuan aku untuk budak2 junior.

"Ok. Tapi saya harap sangat awak berhati hati dan awak perlu cakap pada
mama" ugh! Ni yang susah sangat ni.

"Satu lagi, ni rahsia kita je ok? Aku tak nak mama risau"

"Tapi, mama kena tahu"

"No. Mama tak perlu tahu, semua orang tak perlu tahu"

"Tapi saya tahu" ala, polosnya dia ni.

"Sebab aku nak kau ada kat litar nanti dan sokong aku" dia diam dan
pandang ke lantai. Nampak sangat dia tengah gaduh dengan diri sendiri.

"Ok"

"yes! Thank you!!!" Tak semena mena aku peluk dia erat. Lantaklah apa
orang nak kata, yang penting Allah tahu apa hubungan kami.

-Firdaus-

"Awalnya bersiap, nak keluar ke?" Soal papa dan mama yang sedang sarapan
di meja.

Aku sengih dan menarik tangan Ina supaya ikut sama ke meja makan. Nampak
yang dia tak cukup tidur malam tadi sebab fikirkan race hari ini. Dia
terlalu risau buatkan aku takut dengan apa sekalipun yang bakal jadi.
Aku hanya doa semua berjalan dengan lancar.

"Yup, nak keluar dating" aku kenyit mata pada Ina yang jelas berkerut.
Papa dan mama dah mula dah bagi senyum senget penuh makna.

"Nak bawa Ina pergi mana? Tahu ke ngah ni nak dating semua, mana pernah
ada awek pun sebelum ni" aish, mama ni memang suka betul la buat
semangat aku luntur. Memang la aku tak ada pengalaman tapi pengalaman tu
datang lepas kita buat dulu sekali.

"ma, ngah ni anak papa, jadi secara automatiknya, bakat mengurat papa
turun kat ngah" aku tepuk dada banga dan papa pun sama2 naik bangga bila
secara tak langsung aku puji dia balik.

"kalau cakap pasal papa tak payah la ngah. Dulu papa ni kaku semacam je,
lepas kahwin baru la nak cakap dengan mama banyak sikit" ujar mama
senang menyebabkan papa bagi reaksi kelakar gila. Ina pun tergelak sebab
tak tahan sangat dengan muka papa sekarang ni.

Aku tengok ke tempat penonton buat kali terakhir sebelum memakai helmet
dan masuk ke dalam kereta. Aku nampak yang Ina risau gila sekarang ni
sebab dia peluk aku erat sangat tadi, mana nak dia peluk aku selama ni.
Hahaha.

Aku menuju ke garisan permulaan dan bersedia di sana. Aku masih mencari
kelibat Ina dan aku bersyukur sangat aku dapat tengok muka dia dari sini.

'Aku sayang kau'

Mata aku tutup rapat dan berdoa agar semuanya selamat. Aku tak pernah
rasa berdebar macam ni selama ni. Lebih teruk daripada first time race.
Aku berserah pada Allah sepenuhnya.

-Qistina-

Allah je tahu betapa risaunya aku sekarang ni. Setiap kali kereta dia
melalui selekoh tajam buat perut aku kecut dan sebab takut sangat aku
rasa mula dan pening. Habis doa dan istighfar dah aku baca rasanya.

"Saya yakin yang Daus ok. Akak jangan la risau sangat" pesan Zaril dan
aku cuba untuk senyum sikit.

"Kalau akak nak tahu, Daus punya drive hari ni tak sama macam dulu lagi
dah" kali ini apa yang Zaril cakap menarik minat aku.

"Maksudnya?" Soal aku bingung.

"Selalunya, dia akan race tanpa fikir benda lain kecuali garisan penamat
jadi skill dia memang jelas sangat tak fikir benda lain. Tapi hari ni
dia drive bukan untuk menang je, tapi dia juga nak selamat.
Determination dia kuat sangat dan hari ni dia lebih berhati hati. Saya
yakin yang dia buat semua tu sebab seseorang" Zaril ni cakap macam boleh
baca orang je. Aku tengok sama je apa yang Firdaus buat.

"Sebab seseorang? Mama dia?" Soal aku pada Zaril.

"Maybe, maybe you" kali ini aku tergelak sikit. Takkanlah sebab aku.

"Zaril, awak ni agak2 la nak buat andaian pun"

"Kak, saya kenal Daus dah 24 tahun. Saya tak pernah kenal Daus yang
matang ni, selalunya dia la makhluk yang paling susah saya nak faham apa
yang dia nak."

"Awak cakap dia matang? Kalau awak tahu apa yang dia buat pada saya,
mesti awak tarik balik kata2 awak tu" kelakar pulak bila ada orang cakap
yang dia matang. Matang ke? Asyik nak kenakan aku je kerjanya.

"Sebab dia suka usik akak, mestilah akak cakap dia tak matang. Tapi,
dari sudut lain dia dah matang."

"Mungkin" aku senyum lama.

-Firdaus-

Alhamdulillah!!! Race tamat jugak dan memang aku tak sangka aku dapat
first. Tak kisah dah reporter datang sini, sekarang ni aku nak jumpa
sorang je. Mana dia ni?

"Daus!!!" Zaril ni tak guna betul! Main lompat je atas aku.

"Nice game bro! Congrats!"dia tepuk bahu aku kuat. Malas aku nak layan
dia ni. Mana pulak wife aku ni? Hehe.

"Mana Ina?" Soal aku langsung. Tak ada mood nak meraikan dengan Zaril
hahaha.

"Hmph! Kacang lupa kulit betul kau ni! Bro, habis doa dia baca masa kau
race. So, aku yakin yang dia memang sayang kau sangat2. Jangan la buat
dia risau sangat, kesian aku tengok dia tadi"

"Okay bro, thanks dah tengokkan dia"

"No hal. Here she is"

Aku tersenyum bila Ina berjalan ke arah aku dengan wajah yang macam
happy tapi nak menangis pun ada. Memang konfius la dia nak nangis ke nak
rasa bahagia tengok aku sekarang ni.

Aku hulurkan tangan padanya dan dia menyambutnya dengan perlahan dan
berjalan tepat ke sisi aku. Aku nak sangat peluk dia sekarang ni tapi
ramai orang sangat. Nanti dia marahkan aku.

"Firdaus, siapa ni? Girlfriend?" Aku tergelak dan tarik Ina lebih rapat
ke sisi aku. Sibuk je nak tahu press ni semua.

"My wife" jawab aku yakin dan Ina cengkam tangan aku kuat. Sampai bila
dia nak rahsiakan perkahwinan kami? Aku tak nak dah!

"Tahniah!..." berlanjutan jugak la interview ni dan aku layankan je yang
penting Ina ada di sisi aku sekarang ni.

-Qistina-

Aku tak pasti mana Firdaus nak bawak aku tapi memang pelik la sikit
sebab dia drive kawasan berbukit dan boleh tahan gelap macam ni. Takkan
la dia nak campak aku masuk gaung kut. Hahaha, macam lawak tak kelakar
je kan?

"Dah sampai!"

"Dah sampai?" Bila masa pulak dia hentikan kereta ni? Tak kisahlah, aku
ikut sama keluar dari kereta dan berjalan ke arahnya.

"Cantik kan?" Soalnya bila aku berdiri di sebelah dia.

"Cantik, tapi tak elok la kita keluar dah nak maghrib macam ni"

"Kau ni potong mood la, aku ajak kau datang sini nak tunjuk kat kau yang
aku ni boleh tahan romantik jugak" dengusnya perlahan membuatkan aku
tergelak. Agak2 la nak beromantik pun, waktu maghrib macam ni?

"Awak, nak beromantik ada tempat dan masanya, bukan sekarang"

"Tak kisah la, aku ada benda nak cakap ni" dia mulai serius dan aku
bersedia untuk dengar apa yang dia nak cakap pada aku.

"Aku suka kau! Suka yang jenis sayang! Aku tak sure macam mana nak
buktikan apa yang aku cakap ni ikhlas tapi aku yakin yang Allah cipta
aku untuk kau dan aku harap kau boleh terima aku jadi suami kau" dengan
sepantas kilat dia mampu habiskan ayat yang panjang itu.

Dia suka aku, suka jenis sayang. Hmm, dia sayangkan aku ke? Apa pulak
perasaan aku pada dia? Aku terima dia jadi suami aku dan aku hormat dia
sebagai suami. Aku sayang dia? Perasaan aku pada Khalil dah habis ke?

"Kau ni diam pulak! Bagi la respon sikit" bentaknya pula. Ish, tak boleh
nak sabar sikit. Orang tengah fikir ni

"Awak sayang saya?" Soal aku untuk pastikan apa yang aku dengar tadi betul.

"Ya! Aku tak pandai nak bermadah jadi kau jangan nak demand lebih2" dia
ni nak confess ke nak ajak gaduh?

"Saya tak pasti apa yang saya rasa pada awak" gumam aku perlahan dan
wajahnya yang serius tadi bertukar mendung sedikit.

"Apa maksud kau tak pasti?" Soalnya dingin. Susahnya dapat suami lebih
muda ni.

"Apa yang saya rasa pada awak setakat ni semuanya positif. Saya selesa
di sisi awak, saya bahagia, saya terima awak sebagai suami saya. Saya
suka awak. Saya cuma tak pasti saya sayangkan awak atau belum" terang
aku berhati hati.

"Jadi kau tak sayang aku langsung?" Soalan dia dengan nada berjauh hati
itu buatkan aku sedih.

"Saya sayangkan awak tapi saya tak pasti kalau perasaan sayang saya pada
awak sama seperti saya sayang Khalil "

"Kau masih sayangkan Khalil ?" Soalnya kasar. Dia dah salah faham.

"Maksud saya...terlalu banyak perkara yang kami lalui bersama. Ya, saya
memang bencikan dia tapi..."

"Kau yakin kau benci dia? Atau kau kecewa je?"

"Saya tak akan kembali pada dia, itu janji saya pada awak. Mungkin saya
perlukan masa."

"Kita dah kahwin 6 bulan, mungkin masa tu belum cukup untuk buat awak
lupakan Khalil . Fine, aku faham. Jom balik, dah azan" dia terus masuk ke
dalam kereta. Ya Allah apa aku dah buat ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience