-Qistina-
Beratnya rasa badan aku ni, takkan demam aku tak nak kebah lagi kut. Eh,
aku tidur atas apa ni?
"Firdaus? Aku tak mimpi ke semalam?" Aku tersenyum senang bila dia ada
di sisi aku pagi ni. Hmm, selesa jugak alas kepala dengan lengan dia ni.
"Pagi"
Urk! Dia dah bangun ke? Apa aku nak buat ni? Sambung tidur balik?
"Aku tahu yang kau dah sedar. Demam lagi ke?" Tangannya segera menyentuh
dahi aku.
"Demam lagi ni, lepas subuh nanti kita ke klinik. Now, solat dulu"
Usai solat kami terus ke klinik yang buka 24 jam, aku tak pasti kenapa
aku boleh demam tapi aku gembira sebab dia dah tak marahkan aku lagi dah.
"Aku ambil ubat, kau tunggu kat sini" aku hanya mendengar apa yang dia
suruh jadi aku tunggu di situ sahaja sambil memerhatikan keadaan sekitar.
Nasib aku tak baik bila melihat Khalil yang muncul bersama seorang
perempuan yang aku tak pernah kenal. Isteri dia ke? Atau, kekasih dia?
Lebih baik aku menyorok.
"Ina! Kau tengok apa sampai nak terkeluar biji mata?"
"Ha? Mana ada. Dah selesai?"
"Dah! Jom balik" dia segera hulurkan tangan untuk memapah aku, aku hanya
membenarkan dan sikit, aku sengaja rapatkan badan aku pada dia.
-Firdaus-
"Khalil bawa isteri dia ke klinik sebab keguguran" aku tahu apa yang dia
tengok, walaupun aku rasa sedih sikit tapi aku kena belajar terima semua
ni. Andai kata dia memilih orang lain daripada aku, aku terpaksa
lepaskan dia jugak.
"Awak tahu, saya minta maaf" pintanya kesal tetapi aku hanya gelengkan
kepala.
"Jangan minta maaf, aku faham. Bukan senang kita nak tipu hati kita
sendiri" kali ini dia diam dan sepertinya dia sedang berfikir panjang.
Dia kesal ke?
"Saya hanya ...erm, terfikir apa yang dia buat kat sini"
"Ya aku tahu, isteri dia yang keguguran tu disebabkan alkohol yang
berlebihan, aku dengar Khalil jatuhkan talak sebaik sahaja doktor sahkan
dia gugur"
Aku tak nak cakap semua ni pada dia sebab aku takut dia kembali pada
Khalil tapi pada masa yang sama aku nak dia fikir semua ni dengan baik.
Aku sayang dia, jadi aku nak dia bahagia.
"Khalil tak patut buat macam tu" gumamnya perlahan sambil menekur lantai.
Aku hanya mampu diam dan perhatikan dia.
"Jom kita balik" ajaknya dan menarik tangan aku untuk segera beredar
awalnya aku tak pasti kenapa dia tiba2 je nak balik sampailah...
"Ina!" Hmm, mamat tu yang datang pada dia rupanya. Aku hanya menurut
bila Ina langsung tak hentikan langkahnya.
Kami segera beredar dari situ dan Ina hanya mendiamkan diri. Aku nak
sangat tumbuk muka Khalil dan tak nak bagi dia datang cari Ina lagi tapi
aku takut apa yang aku buat tu salah.
-Qistina-
Apa lagi Khalil nak ni? Dah tujuh kali dia call aku malam2 macam ni. Dia
nak cakap yang dia dah bercerai ke? Aku tak peduli langsung la!
"Hello Ina, kenapa lambat sangat jawab call abang?" Suara Khalil yang
sinis menyebabkan rasa marah aku membuak, dia saja nak berbasa basi
dengan aku je ke?
"Tolong la jangan kacau aku lagi! Kenapa dengan kau ni Khalil ?!" Aku dah
muak dengan perangai dia ni.
"Wow, beraninya Ina sekarang. Mulanya abang rasa tak sanggup nak buat
macam ni tapi bila tengok cara Ina layan abang, abang rasa kalau tak
dapat Ina, dapat Ira pun ok kut"
Aku segera berdiri dan mendengar gelak jahat Khalil di hujung talian. Apa
maksud Khalil ? Apa yang dia nak buat pada Ira?
"Khalil ! Aku haramkan kau pegang adik aku!" Jerit aku marah tapi Khalil
hanya gelak.
"Abang, selamat ke kat hotel ni?" Suara Ira kedengaran dan talian
telefon segera diputuskan.
"Ira! Khalil !"
Ya Allah apa aku nak buat ni? Kena selamatkan Ira dari Khalil . Ya Allah,
engkau tunjukkan lah aku jalan yang benar. Selamatkanlah Ira.
Aku berlari turun ke ruang tamu sebaik memakai tudung. Aku mendapatkan
Firdaus yang sedang bermain bersama kembar itu.
"Awak kena teman saya cari Ira" bisik aku perlahan supaya kembar itu tak
dengar. Dengan wajah yang berharap dia segera bersetuju dan meninggalkan
dua budak kecil itu.
Aku menunggunya di dalam kereta dan tak lama dia dah keluar dari rumah.
Dia tak tanya banyak dan hanya dengar apa yang aku ceritakan. Dia segera
menghubungi kawan2 nya untuk menjejaki kereta Khalil . Aku cuba call
kawan2 Ira yang ada untuk tahu di mana Ira sekarang.
"Thanks bro. Alright!"
"Aku dah tahu mana Ira, sabar key" tangan dia pegang lengan aku dengan
lembut. Aku mengalihkan tangannya dan satukan dengan tangan aku. Aku
dapat rasa dia kembali genggam jemari aku erat.
Kami tiba di hotel tersebut dan Firdaus segera berlari ke lobi untuk
mendapatkan info, entah apa yang dia buat sampai kami dapat tahu mana
bilik Khalil guna. Kami berdua bergegas dan Firdaus tak fikir banyak
terus merempuh pintu bilik itu dan ...
"Ira!" Air mata aku terus mengalir melihat adik aku dan Khalil dalam
keadaan yang memalukan. Aku mengalihkan pandangan dan Firdaus terus
menarik aku ke belakang badannya.
"Khalil ! Kau blah sekarang jugak!" Arah Firdaus garang dan aku hanya
mampu menangis. Kenapa Ira sanggup buat semua benda haram ni.
-Firdaus-
Khalil pada mulanya tak nak beredar, tapi bila makan penumbuk aku sebiji
dia terus beredar dengan marah. Aku tak kata apa yang mereka buat ni
betul, tapi apa yang Ira buat ni adalah bodoh.
"Kenapa kau buat semua ni? Dah masuk uni, tak cukup cerdik lagi?" Soal
aku geram. Sakit hati aku bila tengok Ira sedih macam ni.
"Apa beza kau dengan long? Korang pun kahwin sebab kena tangkap basah
jugak! Long pun sama je, kotor macam aku jugak!" Ei! Ada jugak yang
makan pelempang aku malam ni.
"Kalau semua ni kotor, kenapa Ira buat jugak?" Soal Ina lembut. Masih
lagi nak berlembut.
"Diam la long! Menyampah tahu tak nak dengar dari mulut orang yang dua
kali lima je dengan Ira. Long dan abah sama je, kotor, kejar darah muda!"
'Pang!!!' Aku terkejut yang teramat bila Ina menampar kuat pipi adiknya.
Memang tak disangka langsung.
"Aku dah bosan dengan perangai kau ni Ira! Kau nak hina aku hina la!
Tapi kau jangan hina orang yang bagi makan pada kita selama ni! Kalau
kau tak malu dengan diri sendiri buat semua ni, malu la dengan Allah!
Aku dah tak nak peduli pasal kau lagi dah. Ingat, Allah tu maha
pengampun dan Allah sentiasa ada untuk umatnya. Kau pernah cakap rasa
jijik ada keluarga macam kami kan, kali ni aku lepaskan kau. Aku minta
maaf dah susahkan selama ni!"
Ina yang masih lagi menangis segera beredar dari situ. Aku tak pasti
kenapa Ina buat semua ni, takkan dia betul2 nak putuskan silaturrahim ni.
"Kalau kau nak tahu, Khalil cuba rogol kakak kau pada malam kami kena
tangkap. Dia larikan diri dan salah masuk bilik aku. Khalil tak pernah
henti kacau Ina selama ni. Kalau kau rasa Khalil tu baik untuk kau,
silakan." Aku turut sama pergi dari situ. Aku tahu Ira menangis dan aku
rasa memang dia perlu makan pelempang Ina tadi, barulah dia sedar.
Ina masih lagi menangis dan tangannha menggeletar kuat. Aku tahu dia tak
berniat nak pukul Ira tadi. Kenapa dia ni baik sangat? Aku capai
tangannya dan cium beberapa kali.
"Mari sini" aku menarik Ina rapat pada aku dan memeluknya dengan sebelah
tangan. Dia masih lagi menangis dan memeluk aku erat.
"Saya dah langgar amanah abah, abah pernah pesan jangan pernah naikkan
tangan pada adik2" luahnya hiba.
"No, aku rasa abah kau bersyukur kau lempang dia hari ni" aku jawab
dengan tenang dan dia ketawa perlahan, walaupun tak ikhlas.
"Terima kasih."
"Sama sama kasih" aku mencium pucuk kepalanya dan memandu dengan tenang
sehingga rumah.
Ina yang lena aku gendong bawa masuk le dalam bilik. Hmm, sampai bila
dia nak menangis dan bersedih macam ni? Aku usap kepala dia lembut dan
tanggalkan tudung di kepalanya. Dahi dia aku cium lama.
"Aku sayang kau." Aku baring di sebelahnya dan membelai rambutnya
sehingga tertidur.
-Firdaus-
Qistina sangat diam sekarang dan dia juga kelihatan sedikit tertekan.
Aku nak tolong dia tapi dia terlalu tutup diri dia sendiri sampai aku
tak mampu nak dekati diri dia. Dia jauhkan diri daripada semua orang
termasuk adik adik dia sendiri.
Aku perhati wajah lenanya yang sangat sedih dan penat. Kenapa dia nak
tanggung semuanya sendiri. Tak cukup besar ke sayang aku pada dia sampai
dia rasa tak perlukan aku langsung.
"Firdaus..."
Aku terkejut bila dia memanggil nama aku dalam tidurnya, dia mimpikan
aku ke? Aku menyentuh pipinya dan dia segera membuka mata. Dia senyum
sekilas sebelum dia menangis dengan tiba2.
"Awak jangan tinggalkan saya" rayunya dan semakin teresak. Aku menarik
dia rapat ke pelukan dan dia terus teresak.
"Kau tahu aku ni degil kan? Aku dah cakap banyak kali yang aku takkan
lepaskan kau. Jangan fikir lagi dah"
"Terima kasih."
"ya, sambung tidur balik" aku usap rambutnya dan dia gelengkan kepala.
Degil jugak hamba Allah sorang ni rupanya.
"Saya...sayang...awak..." mata aku terbuntang luas, baru je aku nak
dapatkan kepastian daripada dia, dia dah kembali lena. Aku tergelak
kecil dan turut sama baring bersama dia.
"Aku pun sayang kau."
-Qistina-
"Ira ada kat bawah tu, kau tak nak jumpa dia ke? Dia datang nak jumpa
kau tu"
"Tak nak, saya tak nak jumpa dia" aku bertegas dengan keputusan aku. Aju
tak nak jumpa Ira, aku tak sanggup nak tengok wajah yang aku dah tampar
hari tu. Aku rasa bersalah pada abah.
"Aku nak kau jumpa dia" dia juga bertegas menyebabkan aku menjelingnya
tanpa niat.
"Amboi, jeling. Jom turun" ajaknya seraya meraih tangan aku.
"Saya tak nak Firdaus" aku menarik semula tangan aku darinya.
"Kalau kau tak nak, malam ni kau kena dengar cakap aku" dia buat muka
miang, bertuah punya laki, dia ugut aku pulak!
"Tapi...saya rasa bersalah"
"Ina, aku tak setuju kau lempang dia..."
"Tampar, saya tak lempang dia" aku tak ada la seganas tu nak lempang
orang. Tengok, dia buat muka menyampah.
"Whatever, tapi aku tak salahkan apa yang kau buat, kalau ikutkan hati
aku, aku lanyak dah adik kau tu"
"Eh, dah kenapa pulak nak lanyak orang?" Sesuka hati dia je nak lanyak
adik orang.
"Aku gurau je la, jom turun bawah. Aku rasa dia dah sedar salah dia" dia
genggam erat tangan aku dan dari situ aku dapat kekuatan untuk berjumpa
dengan Ira. Kalau betul Ira dah sedar salah dia kat mana, aku bersyukur
sangat.
Ira sudah berjalan ke pintu bila aku sampai di bawah. Kenapa aku dapat
rasa yang dia tengah sedih sangat sekarang ni, walaupun aku hanya nampak
belakang dia je. Sedikit tolakan dari belakang menyebabkan aku berkalih
kepada Firdaus. Dia nak suruh aku panggil Ira ke?
"Ira!" Eh, dia pulak yang beria panggil tapi, Ira pandang ke belakang
dam dia tersenyum lebar bila melihat aku.
Langkah dia semakin laju menuju ke arah aku dan belum sempat aku
melangkah dia sudah memeluk aku erat sekarang. Ya Allah, aku dah lama
rindukan pelukan ni. Sejak abah kahwin lagi, aku dan Ira tak pernah
sedekat ini.
"Ira minta maaf, Ira terlalu buta percaya pada Abg Khalil . Maafkan Ira"
rayunya sambil menangis sakan.
"Ira, long yang nak minta maaf"
"Long tak salah, maafkan Ira"
"Ya. Long sayang Ira"
"Ira pun sayang long sangat-sangat."
Banyak yang aku dan Ira bualkan dan buat pertama kalinya dia akan
bermalam di sini. Secara langsung juga kenal dengan keluarga Firdaus.
Tipu la kalau aku tak bahagia tengok semua orang berkumpul hari ni,
kecuali Fir dan Qaz. Mereka berdua tak habis exam lagi.
-Qistina-
Mata aku melayar melihat Firdaus yang sedang work out, tak pasti kenapa
dia macam ketagih sangat nak ada badan yang fit. Pada aku badan dia ok
je, lagipun aku tak suka sangat lelaki yang terlalu bermuscle ni. Pada
aku, apa yang dia ada sekarang dah baik sangat dah.
"Awak" panggila aku perlahan.
"Hmm" balas dia tanpa memandang aku langsung, sekilas pun tak.
"Apa dia? Dah panggil aku lepas tu diam pulak" eh, dia ni nak naik angin
pulak. Aku nak puji dia dah ada badan yang fit je.
"Pendapat saya, badan awak dah bagus dah. Kalau terlebih muscle nanti
saya tak suka sangat" aku cuba untuk susun ayat yang terbaik tapi
rasanya macam dia tak suka je.
Dia berjalan ke arah aku dengan muka selamba habis dan duduk di kerusi
di hadapan aku. Tangan aku diraih dan diletakkan pada dadanya.
"Aku tak kisah kau suka badan aku atau tak, aku cuma nak kau suka aku.
Terima hati aku ni" dia senyum, senyuman yang aku tak pernah tengok
sebelum ni. Ikhlas dan sedih.
"Tak payah fikir la apa aku cakap tadi, merapu je!" Dia buat2 ketawa dan
bangun dari kerusi.
Kenapa aku sakit sangat bila dia sedih? Dia dah hampir putus asa ke
dalam hubungan ni. Dia dah penat ke tunggu aku? Dia masih muda, patut ke
aku biarkan dia putus asa? No! Aku tak nak! Aku nak dia.
"No!" Aku tak sedar bila aku berlari tapi sekarang ni aku dah peluk dia
erat.
"Saya...saya dah terima hati awak. Awak tak boleh give up! Awak kena
ambil hati saya jugak, saya dah bagi pada awak. Saya takkan tarik balik,
awak tak boleh tolak! Awak kena terima!" Aku mencengkam bajunya dan
hampir menangis. Aku tak kisah kalau dia cakap aku ni suka memaksa.
"Ina, kau waras ke ni?" Soalnya dengan wajah serius, boleh dia tanya
soalan macam tu dengan wajah ketat dia ni.
"Saya waras! Saya sedar! Dah lama saya nak cakap"
"Habis tu kenapa tak cakap?" Soalnya bengang.
"Sebab...saya nak awak cakap dulu, lepas tu saya boleh balas balik" dia
berkerut dan mengu.pat sesuatu, dia kutuk aku agaknya.
"Aku sayang kau!" Mata dia tajam ke mata aku dan bahu aku dipegang kemas.
"Saya pun sayang awak jugak."
Share this novel