BAB 3

Drama Completed 3366

Datuk Rizman dan Datin Aishah berbincang dengan nada perlahan sebaik
sahaja kes itu digugurkan.

"No! Abang, Ngah kena jugak kahwin dengan perempuan tu!" Tegas datin.

"Tapi mereka berdua tak salah" bangkang datuk pula.

"Abang, saya nak Ngah kawin jugak. Ni je satu satunya cara yang kita
boleh buat dia kahwin dengan segera dan berhenti race kereta."

"Mana awak tahu dia akan berhenti race?"

"Dia pernah janji dengan saya, kalau dia dah ada isteri dia akan
berhenti segera. Abang, saya tak sanggup nak tengok anak lelaki saya
terlantar dalam hospital buat kali kedua. Saya tak nak!" Datin Aishah
bertegas lagi dan akhirnya suaminya terpaksa menyerah kalah dan terima
apa yang isterinya kehendaki.

"Ngah, Qistina, kami ada benda nak bincang sikit" datuk membuka mulut.
Qistina pastinya hairan tetapi sebagai tanda menghormati orang tua dia
hanya menurut.

Meja yang bergegar menyebabkan air di dalam gelas berkocak, tangan
Firdaus yang menampar meja itu nenyebabkan semua itu berlaku. Qistina
sedikit terkejut dengan respon itu.

"Papa dengar sendiri yang kes tu digugurkan, dah kenapa nak kena kahwin
jugak?" Marah Firdaus.

"Ya datin, kenapa kami kena berkahwin. Kami tak salah dan kami tak buat
apa2" Ina turut sama menolak, dia tak kan sudi kahwin dengan lelaki yang
baran dan muda daripada dia.

"Walaupun kamu berdua tak salah, berita kamu berdua ditangkap dah
tersebar. Air muka kami nak letak kat mana, papa dah putuskan yang ngah
akan kahwin dengan Qistina dalam masa tiga bulan!"

Mulut mereka berdua sama2 ternganga luas. Firdaus mula fikirkan idea
untuk membantah keputusan orang tuanya. Urat di dahinya mula muncul dan
Qistina telan liur melihat wajah Firdaus berubah menakutkan. Macam the
hulk dah cuma tak jadi hijau, merah je.

-Qistina-

Macam mana nak cakap eh? Apa yang kami berdua usahakan untuk batalkan
perkahwinan yang telah berlangsung dengan jayanya hari ini tak menjadi.
Kenapa aku terima Iman Firdaus ni? Entah, mungkin sebab aku akan rasa
lebih selamat dan Khalil dah tak boleh nak kacau aku lagi dah. Harapnyalah.

"Aku akan tidur atas katil ni dan aku tak peduli mana kau nak tidur"
itulah dia, suami aku...dah la muda tiga tahun dari aku dan kasar gila
dengan aku. Siapalah aku nak mengadu, aku bukannya pilihan dia.

Aku sudah selesai mandi dan menukar pakaian yang lebih selesa, masih
lagi bertudung. Aku ingin melihat adik-adik aku yang turut sama tinggal
di dalam banglo mewah ini sekarang. Ada baiknya sebab satu masalah aku
dah selesai, tak perlu bayar sewa rumah lagi dah.

"Kau nak pergi mana?" Erk, dia tak tidur lagi ke?

"Saya nak tengok adik-adik saya kejap. Awak tidur la dulu" aku segera
keluar dari biliknya dan menuju ke bilik adik-adik aku.

"Qaz, kenapa tak tidur lagi?" Soal aku pada Qaz. Adik aku.

"Baru je lepas dodoikan Qifa. Long, lepas ni Qaz dan adik-adik tukar
sekolah ke?" Soal Qaz dan wajahnya sedikit muram.

"Qifa dan Qiff je kut, Qaz dah nak SPM tahun ni jadi Long faham Qaz tak
nak tukar tempat belajar. Jadi, long dah isikan borang hostel untuk
Qaz," aku mengusap lembut rambutnya dan dia tersenyum bahagia.

Setelah mengucapkan selamat malam aku memerhatikan adik-adik aku lena.
Mana aku nak lena malam ni? Atas sofa dalam bilik Firdaus.

Aku turun ke dapur untuk membantu menyediakan sarapan. Dato dan Datin
paksa aku terima Firdaus tapi mereka berdua masih lagi tak dapat terima
aku sepenuhnya. Aku ni orang asing lagi dalam keluarga ni.

"Puan, kenapa masuk ke dapur? Kalau datin nampak nanti macam mana?" Soal
Kak Nab selaku orang gaji dalam rumah ini.

"Ina nak tolong je kak" jawab aku ringkas dan terus menolongnya walaupun
dia dah menghalang banyak kali.

Selesai semuanya, aku membantu Kak Nab menghidang makanan di meja makan
dan saat itu juga Dato dan Datin turun ke meja makan.

"Kenapa kamu yang hidangkan semua ni, Kak Nab mana?" Soal Datin tegas
menyebabkan aku telan liur.

"Saya yang nak tolong Kak Nab" jawab aku perlahan tanpa memandang mata
datin.

"Morning!!" Sapa anak sulung datin dengan ceria.

"Morning Qis, have a good night?" Soal Farhana dengan senyuman mengusik,
Farhana ni kawan aku zaman belajar dulu, masa kali pertama jumpa dia dah
bersorak riang sebab adik dia kahwin dengan aku. Pelik! Hahaha. Macam
mana aku nak jadi adik ipar dia kalau kami ni sebaya? Hmmm...

"Long, duduk" arah datuk dan kami berdua tergelak kecil. Ugh! Habislah
nanti kami ada panggilan nama yang sama.

Sarapan pagi berlangsung dengan suasana senyap, tak ada siapa yang
bercakap semasa makan. Aku hanya tunduk dan makan dengan perlahan lahan.

"Awak, saya nak keluar boleh?" Pinta aku pada Firdaus yang tengah
seronok bermain games di ruang tamu bersama adik perempuannya. Farisha.

"Kak ngah nak pergi mana?" Soal Isha, well dia seorang adik yang baik
dan dia terima aku dengan gembira.

"Nak daftarkan si kembar ni tabika baru, lepas tu nak masukkan Qaz ke
asrama" jawab aku dengan senyuman.

"Alah, nak ikut tapi tak mandi lagi ni. Takpe la lain kali eh," Isha
tersengih senang.

Kami berjalan ke pintu dan tanpa aku sangka Firdaus ikut sama ke pintu,
dia mendukung Qiff dengan senang dan memeluk bahu Qaz. Walaupun baru
sahaja sebulan mereka kenal, mereka dah rapat.

"Dah ada duit?" Soal Firdaus bila memandang aku. Aku anggukkan kepala
dan bergerak ke kereta. Firdaus membukakan pintu kereta untuk adik2 aku.

"Kak Ngah!!! Tunggu Fir!!" Ha! Ni satu lagi adik ipar aku yang last. Dia
sebaya dengan Qaz dan mereka satu sekolah, Firman or Fir ni dah lama
tinggal di asrama sekolah sukan tu, jadi senang la sikit kalau Qaz ada
teman nanti.

Pada petangnya aku minum petang bersama Hana dan Isha sambil bercakap
soal fesyen terbaru. Aku tak tahu sangat sebab apa yang aku pakai
hanyalah baju kurung dan aku selesa macam tu je. Kemudian datin dan
datuk ikut sama bersama kami.

"Macam mana jarak Ina dan si kembar tu jauh sangat?" Soal datin
memecahkan kesunyian. Aku senyum sedikit.

"Abah kahwin dua, lima tahun lepas ibu Ina dan Ira meninggal abah kahwin
dengan umi. Dapatlah Qaz dan kembar tu" aku tersenyum mengingat kembali
saat semuanya berlaku. Aku gembira.

"Kenapa Ira tak datang pun majlis nikah Ina?" Hmm...macam mana nak cakap ni?

"Kebetulan sangat dia ada hal. Jadi tak sempat nak datang," aku jawab
perlahan.

-Firdaus-

Banyak pulak yang kena uruskan kat bengkel ni, baru je seminggu aku cuti
kerja dah berlambak macam ni.

"Aku cuti seminggu kerja dah setinggi KLCC, korang kerja ke buat apa?"
Soal aku pada partner aku ni.

"Tak payah nak sengih macam monyet la! Nyampah!" Aku tolak bahunya dan
dia ketawa pula.

"Pengantin baru sepatutnya berseri seri! Yang kau macam kari ni kenapa?
Pedas semacam?"

"Pedas tak pedas, kenapa semua kerja tak siap ni?" Soal aku balik.

"Hmm, Rizal berhenti kerja"

"What?!"

"Resign."

"Aku fahamlah, kenapa?"

"Dia balik kampung, mak dia sakit."

"Habislah, siapa yang nak buat semua kerja kerani ni? "

"Aku dah buat iklan untuk cari pekerja baru. Sehari dua nanti ada la tu."

"Fine. So, kerja ni semua kau buatlah ya?" Hehehe. Padan muka dia.

"Aku dah tak boleh nak race dan stay kat bengkel ni selalu."

"Apa maksud kau?"

"Maksudnya, aku kena kerja di syarikat papa aku dan blah blah blah"

"Habis tu, macam mana dengan bengkel ni?" Soal Zaril risau.

"Aku tetap kerja sini tapi tak selalu la. Kau faham papa dan mama aku
macam mana, bukan senang nak tolak apa yang dia cakap. Kau ambik la
sesiapa pun kerja" aku jawab tenang, tak ada masalah kut. Hehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience