Bab 6

Fantasy Series 3187

Rombongan Tuanku berhenti di Telaga Bakau. Telaga itu penuh dengan air. Beberapa hulubalang dan dayang istana mempersiapkan tempat beristirehat tuanku di situ. Datuk Bendahara Maharaja dan beberapa orang panglima meninjau keselamatan kawasan sekeliling dibeting pasir itu.

"Tuanku, air di beting pasih masih penuh untuk kita meranduk. Eloklah kita berehat di sini" Ujar Datuk Bendahara Maharaja.

"Baiklah, Datuk. Kita tunggu beberapa ketika lagi" Tuanku menghampiri Telaga Bakau serta menjengah ke dalam telaga itu.

"Apa yang tuanku lihat ke dalam telaga ini? Ia sudah lama tidak di gunakan, jika tuanku ingin mandi eloklah kita ke istana hilir negeri" nasihat Datuk Bendahara Maharaja.


"Beta teringat kisah 7 puteri yang berkubur di sini. Kematian mereka kerana seorang Pageran. Cinta di zaman itu sanggup mengorbankan banyak nyawa" tuanku berkata perlahan.

"Benar Tuanku. Mereka adalah keluarga Tok Ma. Kesilapan kecil menghancurkan satu negeri" balas Datuk Bendahara Maharaja.

"Mujurlah cucu perempuannya daripada Puteri Bongsu telah diselamatkan. Puteri itulah menjadi bonda Tok Ma. Kehidupan Tok Ma tanpa seorang ayah, bukanlah mudah. Beta masih ingat segala yang Tok Ma ceritakan kepada beta" cerita tuanku. Segalanya telah berlalu beratus tahun dahulu. Telaga Bakau itu menjadi saksi saat 7 puteri yang disorokkan Cik Bunga Tanjung dari Pageran Banjar. Keberangan Pageran berketurunan Bugis itu mencetuskan serangan ke atas negeri Cik Bunga Tanjung. Habis perkampungan dimusnahkan dan kerajaan Hilir itu lumpuh. Serangan berterusan sehingga seluruh istana kerajaan Cik Bunga Tanjung di tawan Pageran berketurunan bugis itu.

Tetapi Pageran tidak menemui Puteri Paling Bongsu milik Cik Bunga Tanjung. Setelah puas mencari sehingga berbulan Cik Bunga Tanjung ditawan, akhirnya dengan lemah Cik Bunga Tanjung menyerah kalah. Dia memberitahu Pageran kesemua puterinya disembunyikan di dalam Telaga Bakau. Telaga itu sangat dalam sehingga 7 puteri itu diturunkan dengan tali perigi. Kemudian ditutup dengan batu. Mereka tidak dapat lagi keluar dari telaga itu sekiranya Cik Bunga Tanjung tidak datang kepada mereka.

Pageran Banjar sangat terkejut dengan pengakuan Cik Bunga Tanjung. Lalu Pageran itu bergegas untuk menyelamatkan puteri yang telah mencuri hatinya itu. Tetapi selepas di buka telaga Bakau itu, mereka sangat terkejut kerana 7 Puteri itu telah meninggal dunia. Keadaan mereka sungguh menyayat hati kerana mereka mati dalam keadaan yang lapar. Pageran Banjar itu seorang Pahlawan Bugis yang hidup di kapal. Dia sangat sedih sehingga airmata jantannya gugur di tepi Telaga Bakau itu. Ketujuh puteri itu meninggal dalam kedudukan masing masing membuat satu bulatan di dalam telaga itu. Manakala Puteri Bongsu dipangku oleh puteri yang sulung kerana puteri bongsu sahaja yang meninggal dalam keadaan baring. Kesemua kakaknya rebah di atas tubuh adik bongsu mereka sambil duduk bersimpuh. Lama Pageran merenung keadaan 7 puteri itu sehingga dia dapat meneka puteri bongsulah yang meninggal dunia terlebih dahulu baru diikuti oleh kakak kakaknya.

Sejak peristiwa itu Pageran Banjar itu sangat kesal dengan tindakannya. Dia tidak lagi menyerang negeri negeri di daerah itu. Sebaliknya Pageran Banjar itu mula membantu raja raja di negeri negeri kawasan itu. Dia juga telah menukar namanya dari Pageran kepada Daeng. Kesemua waris Cik Bunga Tanjung terputus kecuali cucu perempuannya, iaitu anak dari Puteri Paling Bongsunya. Mujurlah semasa serangan Pageran ke atas negeri Cik Bunga Tanjung cucunya itu telah mengikut ayahnya dalam menyebarkan agama islam di perairan Sulawesi, Kalimantan Indonesia. Namun kepulangan cucunya telah menjadi anak yatim kerana kematian ke semua ibu saudara dan ibu kandungnya. Sehingga itu Puteri kecil itu dibesarkan oleh neneknya. Cik Bunga Tanjung telah mempelajari ilmu agama di Bentan, Indonesia. Kemudian dia telah pulang bersama cucunya ke Hilir negeri. Namun namanya telah ditukar kepada Intan Sari. Sejak peristiwa pahit itu, dia sangat kesal dan bertaubat atas kesalahannya. Malah Intan Sari tidak pernah berkahwin lagi. Dia juga menggugurkan dirinya sebagai rakyat biasa dan mencari kawasan penempatan baru di hilir negeri. Intan Sari tidak pernah menuntut hak kerajaan hilir negeri kerana kekesalan atas kematian 7 puterinya itu.

"Jangan dikenang peristiwa sudah, tuanku. Setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan. Biarlah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka yang telah pergi meninggalkan kita" Datuk Bendahara memujuk tuanku.

"Tok Ma selalu bersendirian ke sini sebelum dia jatuh sakit... " Tuanku berkata perlahan seperti kesal.

"Tok Ma juga tidak pernah berkahwin seperti Permaisuri Intan Sari selepas kematian suaminya. Tapi kedatangan Allahyarham datuk tuanku dari Melaka disambut baik oleh Permaisuri Intan Sari. Mereka bukanlah keturunan yang gila kuasa.... malah mereka sanggup berkongsi negeri mereka dengan keturunan datuk tuanku.. "Datuk Maharaja tersenyum mengingati kisah yang diceritakan dari dalam istana hulu itu.

"Benar Datuk. Merekalah keturunan yang zuhud tidak mengharap kuasa dan harta. Beta juga sering terfikir, negeri ini asalnya kepunyaan nenek Tok Ma, Permaisuri Intan Sari... "Tuanku terdiam seketika.

"Tetapi separuhnya diberikan kepada keluarga beta. Mereka berkongsi negeri ini dengan keluarga beta. Malah mereka juga tidak mahu memerintah dan berkuasa dalam negeri ini. Segala kekayaan mereka digunakan untuk penyebaran agama Allah" Tuanku terbayang senyuman Tok Ma dan nenek Intan Sari. Sejak tuanku muda lagi keluarga nenek intan sari menghuni hilir negeri. Malah mereka adalah orang paling kaya daripada keluarga tuanku pada ketika itu. Banyak pedagang dari cina, arab dan lain lain negeri datang bertemu Permaisuri Intan untuk menjalin hubungan perdagangan.

Pada ketika itu Permaisuri Intan menjadi terkenal dan kaya atad pertolongan daripada Daeng Kapal. Daeng Kapal berasa bersalah atas kematian anak anak Permaisuri Intan, sejak itu Daeng Kapal selalu datang membantu Permaisuri Intan membangunkan penempatan barunya. Malah penempatan baru permaisuri intan menjadi tempat pembuatan kapal kapal besar pada abad itu. Banyak pokok pokok kayu besar yang di teroka di pelosok hilir negeri termasuk kayu kayu bakau yang menjadi sumber pendapatan negeri Permaisuri Intan Sari ketika itu.

"Paling besar kejayaan nenek intan, adalah menara isyarat kapal yang di bina oleh saudagar dari cina" Datuk Bendahara tersenyum.

"Segalanya menjadi rahsia antara kita, Datuk. Tok Ma ingin hilir negeri kembali membangun. Oleh itu dia mahu Putera Aslam berkahwin dengan warisnya" Tuanku menghela nafas perlahan. Sebenarnya dia telah penat memikirkan siapakah waris Tok Ma. Puteri yang Tok Ma maksudkan tidak pernah wujud. Sejak kecil tuanku tidak pernah bertemu puteri itu.

"Patik yakin tuanku akan mendapat jawapannya kelak. Nampaknya air sudak surut. Kita boleh meranduk ke seberang" Datuk Bendahara menunjukkan beting pasir yang timbul di panah matahari. Mereka sama sama meranduk ke seberang untuk menunaikan solat zohor di pondok berehat Tok Ma. Seisi rombongan mengikut di belakang.

"Mengapa tidak di bina jambatan sahaja Tuanku? "seorang panglima disebelah tuanku tiba tiba bersuara. Tuanku tersenyum sambil memandang Datuk Bendahara Maharaja. Seorang Dayang mencuit pinggang panglima itu memberi isyarat menutup mulutnya dengan jari telunjuk.

"Inilah Perjanjian Sungai, isinya begitu rahsia antara Tok Ma dan "mereka"..."jawab tuanku sambil berhenti apabila tiba di seberang beting pasir itu. Panglima panglima tuanku yang gagah perkasa itu saling berpandangan kerana masih tidak memahami. Hanya Tuanku dan Datuk Bendahara Maharaja faham maksud kata kata itu. Ketika itu juga tuanku meminta seorang panglimanya azan di pondok Tok Ma itu. Mereka solat berjemaah mengadap kiblat dan berdoa kepada Allah akan keselamatan diri dan kerabat DiRaja.

Kedatangan tuanku ke beting pasir itu hanyalah satu acara solat berjemaah dan bacaan doa selamat untuk 7 puteri yang terkorban di dalam telaga bakau itu. Ia tidaklah mempunyai rencana syirik atau mempercayai perkara lain. Ia adalah tanda penghargaan tuanku ke atas waris di hilir negeri yang gugur kerana kesilapan kecil. Segalanya menjadi cerita dan teladan dalam hidup tuanku serta kerabat DiRaja yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience