Bab 10

Fantasy Series 3187

   Datuk Bendahara Maharaja tidak dapat menunggu lagi. Sudah beberapa hari tuanku hilang dari istana Pulau Laut. Malah 5 panglima terhebat tuanku juga telah pulang daripada mencari tuanku. Mereka tidak dapat menemui tuanku.

     "Kita akan kembali ke kapal dan mencari tuanku di sebalik Pulau Laut ini. Jika kita meredah hutan belantara pulau ini kita perlukan bekalan makanan dan air" Putus Datuk Bendahara Maharaja.

     "Kalau begitu kami semua menurut sahaja keputusan datuk"Jawab Ketua Panglima bersaudara.

    Mereka semua berkemas dan berangkat pulang ke kapal layar tuanku. Mereka keletihan dan sangat susah hati dengan kehilangan Tuanku. Datuk Bendahara tidak tahu bagaimana dia ingin menyampaikan berita itu kelak kepada ayahanda Tuanku apabila baginda pulang dari Rom.

       Setibanya mereka di kapal Layar Tuanku, kedua dua permaisuri baginda menyambut rombongan Datuk bendahara di tangga kapal. Muka permaisuri Terung dan Kudu cemas apabila suami mereka tidak bersama Datuk Bendahara Maharaja.

     "Di manakah suami kami berdua wahai Datuk Bendahara?"Soal Permaisuri Terung sambil menjenguk sampan di bawah tangga kapal. Datuk Bendahara bermuram durjana. Dia tidak tahu untuk menjawab soalan permaisuri tuanku.

      "Ampun tuanku permaisuri. Sewaktu kami di Pulau Laut tuanku telah hilang dari istana Pulau Laut" Jawab Datuk Bendahara Maharaja.

       "Apa?!!! Ke manakah suami kami pergi? Sudah berapa harikah tuanku hilang?!!" Permaisuri Kudu bertanya. Kedua dua permaisuri tuanku sangat terkejut. Datuk bendahara tunduk.

     "Sudah masuk 4 hari, permaisuri"Jawab Datuk Bendahara.

    Tidak semena mena permaisuri Terung menangis berjurai jurai airmatanya. Dia amat sayangkan tuanku. Sayangnya sehingga dia sanggup membenarkan tuanku berkahwin lagi dengan Kudu demi mendapatkan zuriat. Tetapi malang sungguh nasib mereka sekeluarga, tuanku tidak mempunyai zuriat sahingga saat itu. Hidup mereka kesunyian tanpa cahaya mata. Lalu tuanku bersetuju mengambil anak angkat untuk merawat kesepian mereka sekeluarga. Aslam adalahh satu satunya pengubat hati mereka. Tetapi kini tuanku pula telah hilang. Permaisuri Kudu dan Terung tersangatlah bimbang.

    "Jadi apakah perlu kita lakukan wahai Datuk Bendahara?"Soal Permaisuri Kudu. Dia perlu mencari suaminya.

     "Kita akan belayar ke belakang Pulau Laut ini, Permaisuri Kudu. Patik akan kerahkan panglima kita dan hulubalang negeri  mencari tuanku di belakang pulau ini" Jawab Datuk Bendahara Maharaja. Kedua dua permaisuri mengangguk angguk bersetuju.

     "Hamba tidak bersetuju jika kapal ini belayar ke belakang pulau ini,Datuk" Tiba tiba Nakhoda Lamin bersuara. Semua mata tertumpu kepada Nakhoda Lamin.

       "Mengapa Nakhoda membantah? Tuanku telah hilang. Kita perlu mencari tuanku dengan segera. Negeri kita tidak beraja kelak" Marah Permaisuri Kudu. Hatinya panas.

    "Ampunkan patik, tuanku permaisuri. Belakang pulau ini adalah perairan yang berbahaya. Jika kita melepasi sungai ini sehingga ke Pulau Ujong, di sana adalah kawasan Lanun" Terang Nakhoda Lamin. Permaisuri Terung dan Kudu saling berpandangan.

     "Jika kita bertemu dengan lanun itu, apa akan jadi wahai Nakhoda?" Permaisuri Kudu bertanya.

      "Ampun tuanku permaisuri. Jika kita bertemu lanun pasti seluruh harta dan kapal kita akan di rampas"Terang Nakhoda Lamin. Datuk Bendahara diam sejenak.

     "Tapi datuk bendahara, Tuanku telah hilang. Kita perlu mencari tuanku dengan segera. Jika kita belayar pulang sudah mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke Hulu Negeri Langkasuka dan mengambil masa beberapa hari juga untuk berpatah balik ke sini. Jadi perkara ini perlulah kita selesaikan dengan cara bijak" Ketua Panglima negeri bersuara. Datuk Bendahara Maharaja masih diam sambil berfikir.

   "Baiklah, kita akan terus belayar ke belakang pulau laut ini sehingga sampai ke muara sungai. Kita terpaksa berdepan dengan lanun itu jika mereka mengancam kita"Putus Datuk Bendahara.

     "Demi tuanku dan negeri, kami sanggup lakukan apa sahaja datuk"Jawab 5 panglima bersaudara. Datuk Bendahara mengangguk angguk.

    Nakhoda Lamin menurut perintah Datuk Bendahara Maharaja untuk berlayar ke belakang Pulau Laut di muara sungai Hilir itu. Sungai itu memisahkan Pulau Besar dengan Pulau Sembilan. Di muara sungai itu adalah Pulau Ujung kawasan pintu masuk menuju Pulau sembilan pusat perlabuhan paling maju pada abad itu. Pulau Besar masih kepunyaan tuanku, tetapi pulau sembilan telah di jajah Portugis. Di sepanjang tebing sungai dari Pulau Sembilan ke muara sungai telah di bina sebuah kota Portugis. Dinding yang tinggi dan dilengkapi oleh meriam yang besar. Ramai tentera Portugis mundar mandir di kota tebing sungai itu. Setiap kapal yang melalui sungai itu akan melalui sepanjang kota di tebing sungai itu. Ia di panggil Kota A "Famosa.
Tetapi sungai di muara itu agak sempit apabila Pulau Ujung dan beberapa Pulau Laut berada di situ. Banyak pulau pulau kecil berada di situ berdekatan dengan Pulau Borneo. Itulah kawasan yang paling terkenal dengan Lanun Lanun kerana mereka merompak dan mencuri harta pedagang sebelum mereka sempat memasuki kawasan perairan sungai. Pedagang yang menjadi mangsa lanun di situ adalah dari China, Jawa dan Jepun.

      Kapal Layar tuanku memperlahankan waktu dayungannya kerana melalui kawasan yang agak sempit. Kawasan itu adalah dua Gunung batu yang lebih tinggi dari kapal.

     Tiba tiba Jaring besar jatuh dari atas dan menutupi kapal layar tuanku. Jeritan pengawal diikuti bunyi sesuatu jatuh ke dalam air. Datuk bendahara dan Nakhoda Lamin bergegas keluar dari bilik kemudi.

    "Datuk, kita diserang lanun!!!" Jerit seorang pengawal sebelum dia jatuh tertiarap kerana dipanah dari belakang. Datuk Bendahara pantas memasuki semula ke dalam bilik kemudi bersama Nakhoda Lamin. Sauh kapal di turunkan dengan segera. Kapal layar tuanku mula bergoncang ke kiri dan ke kanan. Beratus ratus orang lanun turun dengan tali dari atas gunung batu dan terjun ke atas kapal. Cukup mudah mereka menguasai kapal layar tuanku. Wajah mereka bengis. Rambut mereka panjang. Senjata
Mereka tajam dan besar. Permaisuri Terung dan Kudu menjerit kuat dari dalam bilik mereka. Datuk Bendahara Maharaja keluar dari bilik kemudi untuk menyelamatkan permaisuri tuanku. Tetapi mereka semua telah ditawan.

    "Kalau engkau bergerak, bercerai kepala dan badan kau!"Gertak ketua Lanun berambut kusut masai itu. Parangnya terletak di tengkuk Datuk Bendahara.Ke semua 5 Panglima bersaudara sudah di ikat di tiang kapal. Datuk Bendahara terduduk melihat permaisuri Terung dan Kudu di bawa naik ke kapal Lanun. Peti peti mereka turut di bawa sekali sambil mereka ketawa gembira. Datuk Bendahara di bawa bersama permaisuri Terung dan Kudu. Dayang dayang istana diusik oleh lanun lanun sambil berbahasa kasar dan menjengkilkan.

     Ketua Lanun menunggu Raja Lanun datang. Kapal mereka berwarna hitam. Terletak berhampiran tebing berbatu di Pulau Ujung itu. Kebanyakan pedagang pasti tidak menyedari disitu ada kapal lanun kerana warnanya yang hitam sama seperti warna bukit berbatu itu.

      Mekong keluar dari biliknya sambil ditemani Merong Mahawangsa. Mereka turun ke bawah pelantar anak kapal.

      "Kanda!!!!" Permaisuri terung menjerit kuat apabila melihat tuanku di situ. Semua yang berada di atas kapal lanun itu terkejut.

      "Adinda!..Terung dan Kudu. Mengapa kalian berada di sini?" Dengan pantas Merong Mahawangsa mendapatkan kedua dua permaisurinya. Mekong bercekak pinggang sambil merenung tajam ke wajah orang orangnya.

      "Siapa mereka?!!!"Mekong bertanya kepada adiknya, Merong Mahawangsa.

      "Mereka permaisuri ku. Mekong. Mengapa orang orangmu menangkap permaisuriku.....dan...Datuk Bendahara??!!"Soal Merong Mahawangsa sambil merenung tajam kepada Datuk Bendahara Maharaja yang diikat.

     "Permaisurimu???...Oh mungkin mereka tersalah orang menyangka musuh kami tadi"Ujar Mekong berselindung. Merong Mahawangsa melepaskan ikatan permaisurinya.

     "Bagaimana engkau boleh tersilap, Mekong?Antara keluarga dan musuhmu??"Cebik Merong Mahawangsa geram.

    "Maafkan aku, Merong!Orang orangku membuat kesilapan"Mekong tergagap gagap memohon maaf. Dia tahu, pasti segala pekerjaannya akan terbongkar jua.

     "Tidak kanda, mereka ini tidak tersilap! Mereka menyerang kapal kita kerana ingin merompak! Mereka ini Lanun ! Lanun disini kanda!"Permaisuri Kudu berkata selepas meleraikan ikatan tali ditangannya lalu memeluk Merong Mahawangsa.

    "Lanun???!!"Mata Merong Mahawamgsa terbeliak. Baru dia sedar seluruh pengikut Mekong kelihatan amat ganas. Pakaian dan senjata mereka tidak terurus. Malah mereka tidak pernah berbual dengan Merong Mahawangsa pun.

      "Baiklah!!!!Kamu semua pergi dari sini dengan segera...aku akan selesaikan hal keluargaku!" Bentak Mekong kepada orang orangnya. Dia melemparkan parangnya dengan geram. Hampir melekat parang itu di kepala seorang lanun. Mujurlah parang itu terpacak di tiang kapal Black Mekong bukan di kepala pengikutnya.

    "Cis!!! Islam yang aku anuti tidak mengajar kita merompak, Mekong!" Marah Merong Mahawangsa. Dia tidak menyangka abangnya Lanun.

      "Ya...aku Lanun!!! aku perompak!!.Aku hina merompak pedagang pedagang kaya yang berniaga di Pulau Sembilan"Jawab Mekong. Dia mengakui dirinya Lanun.

      "Tapi aku ajak engkau kembali ke Tanah Abang, engkau tidak mahu...malah engkau ingin menjadi Lanun di sini"Marah Merong Mahawangsa.

       "Salahkah aku merompak dalam negeri aku sendiri...aku merompak bukan untuk diri aku..tapi untuk seluruh tanah jajahanku dan Tok Ma.."Balas Mekong.

    "Apa maksudmu, Mekong?? Berani engkau libatkan Tok Ma dengan kerja terkutuk kau ni!!"Merong Mahawangsa tidak faham.

     "Engkau tidak tahu, Merong. Ayahanda dan engkau hanya menjadi Raja Boneka dalam tanah jajahan sendiri.....segala kekayaan tanah jajahan ayahanda di kaut oleh orang asing....Portugis telah bertapak di sana, Merong!!!" Terang Mekong menunjukkan kota A"Famosa.

      "Aku anak raja negeri ini dan aku adalah Lanun!!!!Aku tidak mahu jadi seperti engkau dan ayahanda...bagai lembu di cucuk hidung...segala kemewahan diberikan oleh mereka sedangkan kekuasaan bukan pada tangan engkau dan ayahanda. Kita tidak boleh berkongsi lagi, Merong. Ini Tanah jajahan kita...Ini tempat kita membesar dan bermain!!!Kenapa kita perlu mengikut telunjuk mereka. Negeri kita, kitalah mencoraknya bukan mereka!!!!"Bentak Mekong. Matanya berair. Merah menyala menahan kemarahan. Segalanya terluah kepada adik kandungnya sendiri.

Merong Mahawangsa terduduk mendengar kata kata abangnya. Dia teringat ayahandanya yang di arah pergi ke Rom oleh keluarga Edward. Dia teringat kisahnya bersama Edward dan Sayyid. Memang Edward banyak membantu dia dan sayyid sewaktu mereka menawan Langkasuka. Tetapi itu sebagai balasan Edward kepada dirinya kerana dia dan Sayyid membantu Edward menawan India. Sekarang Edward telah memiliki negara paling besar dan dia telah menubuhkan Syarikat Hindia timur yang terbesar di benua pada abad itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience