Bab 7

Fantasy Series 3187

Selepas meninggalkan Hilir negeri, Tuanku dan Datuk Bendahara berangkat bersama rombongannya ke Pulau Laut. Sepanjang pelayaran, baginda asyik memikirkan wasiat Tok Ma. Baginda tidak dapat menunaikan lagi wasiat Tok Ma. Sedangkan Putera Aslam telah belayar ke England. Tuanku takut akan mengambil masa yang lama untuk menunaikan wasiat Tok Ma.

"Tuanku yakin kita akan bertemu dengan Puteri Buih pada kali ini? " Soal Bendahara Maharaja.

" Beta berserah pada Allah, Datuk. Pulau Laut tidak berpenghuni. Di mana Puteri Buih itupun beta tidak tahu" Ujar Tuanku merenung ke hujung sungai.

"Mudah mudahan Allah memudahkan urusan kita" balas Datuk Bendahara.

Kapal layar milik DiRaja itu berlabuh di Pulau laut bersama 5 panglima terhebat hulu negeri.Tuanku turun meninjau pinggiran Pulau Laut itu.

"Air sungai kawasan ini begitu dalam dan deras, Tuanku. Seeloknya kita ke Istana Pulau laut sahaja untuk beristirehat" Cadang Datuk Bendahara Maharaja.

"Baiklah, jika itu keputusan Datuk beta bersetuju" Tuanku mengangguk angguk sambil berjalan dan berarak menuju denai hutan di situ. Rombongan itu terus menuju Istana Pulau Laut.

Datuk Bendahara mencari Tuanku di dalam Istana Pulau Laut itu. Tetapi Tuanku tiada. Sehingga Datuk Bendahara Maharaja meminta bantuan 5 panglima terhebatnya mencari Tuanku.

"Datuk, kami telah mencari seluruh istana, tetapi Tuanku tiada" Adu salah seorang panglima negeri itu.

"Tiba tiba tuanku hilang sebelum waktu zohor, ke manakah baginda pergi bersendirian? " wajah Datuk Bendahara cemas. Seluruh Istana Pulau Laut di cari tetapi tuanku tidak di temui.

"Bagaimana Datuk? Adakah tuanku di sorok hantu istana ini? "Salah seorang dayang istana menyoal.

"Kenapa berkata begitu dayang? Tuanku seorang yang berilmu. Baginda terdidik dengan ilmu agama lebih daripada kita.Tak mungkin tuanku disorok... "Datuk Bendahara semakin cemas. Dalam tuturnya ia hanya untuk menyedapkan hati kecilnya sahaja.

"Kalau begitu kami akan cuba mencari di tempat kita menemui Ular Naga itu. Datuk dan hulubalang tunggu di istana " Pesan 5 panglima negeri.

Akhirnya sehingga lewat malam Datuk Bendahara menunggu. Namun Tuanku masih tidak di temui. Dan 5 panglima negeri pun masih belum pulang ke istana Pulau Laut. Datuk Bendahara risau jika Tuanku tidak ditemui, negeri sudah tidak beraja. Lalu kerajaan Hulu akan tergugat. Begitu juga Hilir negeri yang kini di bawah kuasa Tuanku.

Datuk Bendahara mundar mandir di balairung seri. Adakala Datuk bendahara duduk kerana keletihan menunggu. Akhirnya dia terlena di bawah singgahsana Sultan.Keletihan menunggu memaksa Datuk Bendahara tertidur di kerusinya.

Sehingga lewat malam Datuk Bendahara memunggu tetapi 5 panglima negeri tidak pulang. Tuanku juga hilang dengan tiba tiba. Datuk Bendahara dan hulubalang istana berasa risau. Adakah Tuanku selamat. Dan kemanakah perginya 5 panglima negeri? Panglima panglima itu adalah orang kuat Hulu Negeri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience