Bab 9

Fantasy Series 3187

Kapal Black Mekong sangat besar. Tiang layarnya sebesar 3 pemeluk setiap satunya. Black Mekong mempunyai 3 tiang layar. Kayu kapal itu berwarna hitam pekat. Tukangannya sangat halus dan teliti. Black Mekong menggunakan tenaga Galai/Gale untuk mengerakkannya. Tidak hairanlah Black Mekong boleh menampung beratus ratus orang dalam satu kapalnya.

"Merong Mahawangsa! " Panggilan itu mengejutkan sesi makan malam Mekong dan adiknya. Mereka menoleh ke pintu masuk Black Mekong. Nakhoda Kassim mengangkat tangannya sambil tersenyum. Beberapa orang pengikutnya membontoti Nakhoda Kassim mendekati Merong Mahawangsa.

"Nakhoda Kassim"Merong Mahawangsa tersenyum. Mereka berjabat tangan.

"Dua beradik seperti isi dan kuku telah bertemu" Perli Nakhoda Kassim. Merong dan Mekong saling berpandangan dan tersenyum.

"Ya, kami akan mengambil semula Pulau Sembilan dari Portugis..."Ujar Merong Mahawangsa penuh yakin.

"Kami??...."Mekong merenung adiknya sambil memberi isyarat mata. Merong Mahawangsa selamba mengangguk sambil menepuk bahu abangnya.

"Kita tidak bincangkan hal untuk menakluki kembali pulau sembilan.??"Mekong seperti tidak bersetuju. Puteri Ratna Gumilah Sari dan anak perempuannya Puteri Lipur saling berpandangan. Ada ketegangan berlaku diantara Mekong dan Merong Mahawangsa.

"Aku mahu abang kembali ke Tanah Abang. Ia milik abang dan keluarga" Terang Merong Mahawangsa sambil mengunyah makanannya. Seisi kapal penuh dengan mangkuk pelita sumbu yang bercahaya. Ia di hias indah oleh Puteri Lipur dan dayang dayangnya.

"Tidak ada manusia yang mati dapat kembali"Jawab Mekong sambil berkias. Dia harap adiknya faham.

"Tapi tiada siapa yang mati.Abang patut kembali ke Tanah Abang. Aku telah bina kota di sana untuk memperingati abang selama ini. Kita sangat rapat, masakan aku dapat melupakan abang.."Merong Mahawangsa membujuk abangnya. Kelopak mata Mekong merah berair.

"Aku tidak mampu melindungi tanah jajahan ayahanda sehingga engkau yang menawannya aku pula melepaskannya ke tangan portugis. Ayah murka dengan aku!" Mata Mekong semakin merah. Dia tidak jadi makan.

"Tapi itu bukan kesalahan abang. Benteng pertahanan kita lemah. Portugis mempunyai berpuluh ribu tentera dan beribu kapal perang. Sedangkan kita hanya ada kurang dari seribu. Kita tidak pernah menambah tentera. Ia adalah tentera asal ayahanda sewaktu aku ditugaskan menjajah Langkasuka" Terang Merong Mahawangsa. Dia tidak mahu abangnya menyalahkan diri.

"Memang salah aku. Maka aku menerima sewaktu ayahanda menyalahkan aku kerana Pulau sembilan jatuh ke tangan Portugis. Aku tidak lupa....engkau, Sayyid dan Edward bersusah payah dalam penaklukan itu untuk menawan Langkasuka seterusnya Pulau Sembilan sehingga Tok Seri Nara Di Raja bersetuju untuk menyerah kalah dan bersama kita...tapi aku pula membuat Pulau sembilan jatuh ke tangan Portugis" Mekong kelihatan kesal dan sedih.

"Itu sebab aku mahu kita berdua mendapatkan kembali Pulau Sembilan" Merong Mahawangsa bertegas.

"Untuk apa aku menolong engkau...sedangkan selama ini aku dan keluarga hidup begini..."Ujar Mekong.

"Tapi abang punya hak di Tanah Abang...pulanglah...Tok Ma sudah tinggalkan wasiatnya"Pujuk Merong Mahawangsa.

"Apakah wasiatnya?"

"Jajahan hilir yang dekat dengan sungai, ia milik anak cucunya. Bermaksud ia milik abang dan keluarga. Sedangkan Hulu negeri , Langkasuka adalah milik aku dan Puteri Buih" Terang Merong Mahawangsa.

Mekong terdiam sambil merenung makanannya. Pembesar dan pengikut Mekong hanya diam memerhatikan gelagat Mekong dan adiknya Merong Mahawangsa.

"Maka engkau telah ketemu dengan Puteri Buih?" Mekong menguji adiknya.

"Belum" Merong Mahawangsa mengangkat bahunya selamba.

"Kalau engkau mahu tahu siapa Puteri Buih yang di maksudkan Tok Ma, lihatlah malam ini di air terjun muara sungai yang mengalir dari Gunung Jerai di situ" Mekong menunjukkan ke sebuah gunung yang diselaputi kabus kelam malam. Keadaan di sana cukup gelap. Merong Mahawangsa bertekad untuk melihat Puteri Buih yang di maksudkan abangnya itu.

"Bagaimana abang tahu?"Soal Merong Mahawangsa.

"Engkau adalah Merong Mahawangsa iaitu Raja Laut...sedangkan aku Mekong Hitam iaitu Raja Sungai. Tentu aku mengenali Puteri Buih yang bermain di setiap sungai" Balas Mekong ketawa. Merong Mahawangsa mengangguk angguk. Barulah dia faham kenapa anak lelaki Mekong adalah buaya putih jadian. Banyak perkara lagi yang Merong Mahawangsa tidak tahu tentang abangnya selepas mereka terpisah sekian lama.

Waktu bulan sedang mengambang, Merong Mahawangsa menyusup ke dalam hutan belukar. Dia yakain akan menunaikan wasiat Tok Ma. Keadaan hutan itu tebal di selangi dengan bunyi bunyi unggas unggas hutan.

Merong Mahawangsa mendengar bunyi air terjun di sebalik sebuah gunung. Tiupan angin agak kuat. Mungkin di hadapan air terjut itu ada laut. Perlahan lahan Merong Mahawangsa memanjat gunung berbatu dan turun ke bawah. Dia menemui air terjun yang mengalir terus ke laut.

Tiba tiba dia mendengar teriakan anak kecil. Suaranya seperti anak si buaya putih jadian, bisik hati Merong Mahawangsa. Dia mengendap si sebalik batu apabila dia melihat seorang budak perempuan sedang mandi di air terjun yang mengalir ke laut. Merong Mahawangsa kehairanan kerana anak kecil itu berenang sambil melompat tinggi. Memutar air sehingga air berkocak dalam pusaran yang dalam. Kemudian anak kecil itu berenang lagi dan melompat lagi. Kali ini banyak puing puing buih naik ke permukaan air. Merong Mahawangsa merasakan anak kecil itu punya kelebihan sehingga dia dapat berenang dan melompat begitu tinggi kemudian menyelam lagi. Gerakannya tidak ubah seperti ikan. Tapi dia kelihatan seperti anak kecil Raja Puteri. Merong Mahawangsa mendekati kolam air di sebalik batu itu.

Seorang budak perempuan bermuka bulat dan bermata bundar telah meniarap di atas batu di hadapan Merong Mahawangsa. Darah jantannya menyirap. Hampir dia menghunus keris ke arah budak perempuan kecil itu.

Tetapi Merong Mahawangsa sangat terkejut kerana anak kecil itu tidak berkaki. Separuh badannya adalah ikan. Sambil tersenyum anak kecil itu melompat ke dalam air semula.

Apabila Merong Mahawangsa ingin terjun ke dalam air, ia terdengar bunyi deraman seperti seekor harimau. Dia menoleh dan sangat terkejut kerana di belakangnya ada seekor serigala yang sangat besar.

Merong Mahawangsa mengeluarkan kerisnya untuk mempertahankan diri jika serigala itu menerkam.

"Raja Puteri, Jangan..."Seorang lelaki muncul di sebalik kegelapan malam. Merong Mahawangsa terkejut melihat anak lelaki Mekong berada di situ. Serigala itu terus berundur dan masuk ke dalam hutan.

"Pakcik tak apa apa?" Awang bertanya sambil mendekati Merong Mahawangsa.

"Oh tidak Awang. Aku baik sahaja. Binatang apakah itu ? Seperti serigala tetapi lebih besar daripada serigala.."Merong Mahawangsa mengerutkan dahinya.

"Mujurlah pakcik tidak di gigit binatang itu. Kenapa Pakcik berada di sini waktu tengah malam begini?"Soal Awang. Mata sebelahnya telah buta kerana di tikam Merong Mahawangsa sewaktu kejadian di tebing sungai itu. Tetapi Awang tenang sahaja dan melayan bapa saudaranya itu dengan baik. Dia telah memaafkan kesilapan dan salah faham itu.

"Aku mencari Puteri Buih. Ayahmu memberitahu Puteri Buih berada di sini"Jawab Merong Mahawangsa.

"Tentu sekali ayah mencabar pakcik. Tiada siapa berani ke sini sewaktu bulan sedang mengambang begini. Pakcik hampir di baham binatang buas tadi" Ujar Awang menggeleng gelengkan kepalanya.

"Ayah!"Anak kecil Awang timbul di permukaan air. Awang tersenyum sambil mendekati anaknya.

"Pakcik, inilah Puteri Buih yang pakcik cari. Dia anakku. Tetapi badannya separuh ikan apabila malam menjelma. Perkara ini telah lama berlaku dalam keluarga kami. Tetapi aku tidak tahu kenapa anak aku begini..."Tutur Awang kesedihan.
Merong Mahawangsa sangat terkejut apabila melihat anak kecil itu menggoyang goyangkan ekornya di atas batu.

Dari pinggang ke kaki memang berbentuk ikan dan bersisik.Merong Mahawangsa memegang sisik Puteri Buih. Anak kecil itu kegelian sambil ketawa merenung Merong Mahawangsa.

"Adakah penyakit?"Soal Merong Mahawangsa sambil berfikir. Awang hanya mendiamkan diri sambil menggelengkan kepalanya.

"Pakcik, isteri aku Raja Puteri juga seekor Serigala Jadian. Raja Puteri adalah anak adik ayah. Kami sepupu. Beberapa tahun lepas ayah telah bertemu dengan ibu Raja Puteri di Negara Ramen. Ibu Raja Puteri jatuh gering lalu kami dikahwinkan kerana tiada siapa yang akan mengambil alih tampok pemerintahan negara Ramen" Terang Awang.

"Ibu Raja Puteri adalah adik ayahmu????..."Merong Mahawangsa cuba mengingati sesuatu.

"Ya pakcik. Namanya Raja Puteri Pattani" Jawab Awang sambil duduk di sebelah Merong Mahawangsa.

"Kalau begitu dia adalah adikku juga. Dia adalah satu satunya adik perempuan kami" Merong Mahawangsa baru teringat akan adiknya yang telah berjaya menjajah Negara Ramen tidak lama dahulu. Adik perempuannya, Raja Puteri Pattani sangat mahir berperang dan mempunyai angkatan tenteranya sendiri. Dia bukanlah calang calang perempuan. Dia adalah penakluk perempuan yang
amat digeruni.

"Kami berkahwin dan perkara pelik berlaku bilamana aku akan menjadi buaya putih jadian jika mandi di sungai, sedangkan Raja Puteri akan bertukar menjadi Serigala Jadian jika bulan purnama mengambang. Anak kami, Puteri Buih akan menjadi separuh berbadan ikan apabila malam menjelma"Jelas Awang. Barulah Awang faham akan masalah anak saudaranya itu. Tetapi misteri penyakit mereka Merong Mahawangsa belum tahu lagi puncanya. Adakah penyakit keturunan ataupun ada misteri di sebalik perkara itu.

"Pakcik mahu bawa pulang Puteri Buih"Pinta Merong Mahawangsa menatap wajah Awang.

Awang sungguh terkejut. Dia begitu sayangkan Raja Puteri dan Puteri Buih, masakan cukup mudah pakciknya ingin membawa mereka pulang ke Hulu Negeri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience