Bab 5

Fantasy Series 3187

Tuanku membiarkan Batu Geliga ular sebesar penumbuk itu berada di atas meja di bilik beradunya. Sesekali batu geliga yang mengeluarkan cahaya hijau itu mengapungkan bebola bebola kecil dari dalamnya. Tuanku leka memerhatikan pergerakan bebola kecil itu. Tuanku masih berfikir kegunaan batu geliga ular itu. Tetapi baginda tiada jawapan untuk itu.

Datuk Bendahara Maharaja sedang berjalan memasuki pintu bilik beradu tuanku. Dia berdiri di pintu bilik tuanku.

"Ampun Tuanku, persiapan untuk Tuanku ke Istana Pulau Laut telah patik sediakan" Beritahu Datuk Bendahara.

"Kalau begitu kita akan berangkat dengan segera. Kita akan singgah di hilir negeri untuk melihat negeri Tok Ma yang telah lama di tinggalkan" Ujar tuanku.

"Baik tuanku" Jawab Datuk Bendahara Maharaja. Tuanku melangkah berjalan menuju keluar istana.

Kapal besar milik Kerajaan Hulu itu berlayar tenang menuju negeri Tok Ma. Mereka singgah di hilir negeri Tok Ma. Kawasan paling banyak pohon kelapa dan pokok nipah. Kapal besar tuanku itu turun berlabuh di hilir negeri.

Tuanku mencari pondok kecil milik Tok Ma. Kawasan lapang di pinggir sungai itu dipenuhi pangkin jemuran Tok Ma. Pangkin itu diperbuat dari buluh yang dibelah empat. Di ikat dengan tali pokok Ara yang diceraikan kecil kecil. Pangkin itu Tok Ma gunakan untuk menjemur daun herba dan akar herbanya. Pangkin itu juga Tok Ma gunakan untuk menjemur ikan sepat keringnya. Kehidupan Tok Ma cukup sederhana walau dia adalah Kerabat DiRaja tertua Hilir Negeri. Tuanku termenung sejenak merindui Tok Ma. Hatinya begitu sayu.


"Ampun Tuanku, kerusi penyandang tuanku telah patik siapkan untuk kita berangkat ke Gua Bakau" Datuk Bendahara Maharaja mengejutkan tuanku daripada lamunanya.

"Biarla beta berjalan kaki sahaja, Datuk" Jawab Tuanku.

"Patik tidak izinkan tuanku berjalan kaki. Pesan Tok Ma patik masih ingat. Janji Patik dengan Tok Ma telah patik pegang sehingga kini" tegas Datuk Bendahara Maharaja.

"Janji apa lagi, Datuk Bendahara? beta baik baik sahaja sehingga kini. Beta lena beradu, dan beta tidak jatuh gering" Rungut tuanku.

"Benar Tuanku. Tapi bukankah tuanku tidak boleh memijak tanah sejak tuanku kecil lagi. Ini mungkin adat bagi rakyat tuanku. Tapi bagi patik, ini pantang keturunan tuanku" Datuk Bendahara Maharaja tersenyum memujuk.

Tuanku bingkas bangun dan duduk di atas kerusi penyandang. Hulubalang istana mengusung tuanku melalui denai hutan hilir negeri itu.

Kicau burung saling bersahutan setelah melihat rombongan raja Hulu negeri itu. Tuanku masih ingat ketika Tok Ma membawa baginda ke Gua Bakau itu. Ia adalah acara dan adat pertabalan DiRaja yang perlu dilakukan oleh Tok Ma sewaktu tuanku ingin di angkat menjadi Raja Hulu Negeri. Tuanku perlu mandi di telaga bakau itu.

Telaga Bakau itu dahulunya sebuah lubang gua. Ia adalah tempat persembunyian kerabat DiRaja sewaktu diserang musuh. Nenek Tok Ma adalah seorang perempuan yang memerintah Hilir negeri pada ketika itu. Ibu Tok Ma adalah anak bongsu dari 7 adik beradiknya. Dalam 7 puteri nenek, ibu Tok Ma yang paling bongsu. Malah Ibu Tok Ma lebih dahulu berkahwin dan memeluk islam. Dari 7 puteri itu hanya yang bongsu telah berkahwin, tetapi yang lain masih tidak berjodoh.

Menurut cerita Tok Ma, sewaktu 7 puteri itu melintas sebuah beting di hilir negeri, sebuah kapal besar lalu di sana. Kapal itu milik seorang Pageran dari Kerajaan Banjarmasin. Pageran itu melihat 7 puteri yang berpakaian berwarna putih sedondon bersama selendang yang melambai ditup angin menarik perhatiannya. Lalu Pageran itu singgah ingin mengetahui siapakah 7 puteri cantik yang lalu di beting pasir hilir negeri itu.

Kapal mereka berlabuh di Hilir negeri menemui Nenek Tok Ma. Nenek Tok Ma bernama Cik Bunga Tanjung. Suami Cik Bunga Tanjung telah lama meninggal dunia. Oleh itu hilir negeri telah diperintah oleh Cik Bunga Tanjung sebagai permaisuri tidak beraja. Malang sungguh Cik Bunga Tanjung tidak memiliki anak lelaki kerana kesemua anaknya adalah 7 orang puteri yang cantik jelita.


Pageran Banjar itu pun bertanya tentang 7 puteri Cik Bunga Tanjung. Lalu Pageran Banjar meminta Cik Bunga Tanjung memanggil ke 7 orang puteri jelitanya. Setelah ke 7 puteri datang memberi sembah hormat, mata Pageran Banjar terpesona melihat kecantikan 7 puteri Cik Bunga Tanjung. Tetapi Pageran Banjar lebih tertarik kepada Puteri Paling Bongsu daripada puteri puteri yang lain.

"Cik Bunga Tanjung, siapakah nama puteri paling bongsu itu? " Setelah lama merenung wajah 7 puteri itu, Pageran Banjar bersuara akhirnya.

"Siapa Pageran?, puteri paling bongsu kami? " Cik Bunga Tanjung sedikit terkejut. Pantas dia merenung Puteri Paling Bongsunya yang tertunduk malu.

"Ya, sepertinya hati Pageran ini sudah tertarik padanya" Pageran Banjar itu melurut janggutnya sambil merenung Puteri paling bongsu milik Cik Bunga Tanjung. Cik Bunga Tanjung mencapai kipasnya. Ia diperbuat dari ekor burung merak. Bingkas Cik Bunga Tanjung bangun dan berjalan di belakang 7 puterinya. Satu persatu punggung puterinya dihambat dengan kipas burung merak itu.

"Pergi ke bilik kalian, sekarang! "arah Cik Bunga Tanjung geram.

"Mengapa dimarah puteri itu? Mereka tidak bersalah pada sesiapa" Pageran Banjar mengerutkan dahinya dengan kelakuan Cik Bunga Tanjung.

"Siapa bilang puteri beta tidak bersalah? Mereka telah menarik pandangan ajnabi terhadap mereka! "Balas Cik Bunga Tanjung.

"Hanya kerana kami ingin melihat 7 puteri itu, janganla mereka dihukum bunuh" Pageran Banjar sudah serba salah. Hatinya sudah tertarik kepada puteri paling bongsu milik Cik Bunga Tanjung itu.


"Pageran boleh memilih Puteri saya itu untuk dijadikan permaisuri hati pageran. Tetapi bukan puteri bongsu itu" Tegas Cik Bunga Tanjung. Pageran Banjar sungguh terkejut. Dia tidak menyangka itu jawapan Cik Bunga Tanjung.

"Tapi saya menyukai puteri paling bongsu milik Cik Bunga Tanjung" Balas Pageran Banjar. Dia berkeras inginkan puteri paling bongsu itu.


"Jika itu yang Pageran inginkan, sila keluar dari negeri beta. Jangan berani datang ke sini lagi. Puteri Paling Bongsu itu bukan milik beta dan juga Pageran. Ia telah menjadi milik orang lain" terang Cik Bunga Tanjung.

"Mengapa Cik Bunga Tanjung begitu sombong dengan saya? saya sudah berkenan dengan Puteri Paling bongsu itu. Janganlah menghampakan kehendak hati saya" Pageran sedikit terkilan dengan Cik Bunga Tanjung yang kelihatan menyombong diri padanya dan memalukan dirinya kepada ahli rombongan di situ.

Cik Bunga Tanjung meninggalkan Pageran Banjar itu di Balairungseri itu. Pageran Banjar berasa hairan dengan tindakan Cik Bunga Tanjung. Tapi hatinya sudah berkenan dengan Puteri Bongsu itu. Apa sahaja halangannya dia pasti akan tempuhi. Walau terpaksa memerangi negeri Cik Bunga Tanjung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience