Bab 4

Fantasy Series 3187

Peristiwa di Pulau Laut menjadi rahsia tuanku. Baginda merahsiakan kejadian di luar pemikiran manusia itu. Siapakah percaya wujudnya ular naga sebesar itu? Siapakah akan percaya wujudnya ular naga yang mampu berkata kata? Sehingga Bendahara Maharaja dan 5 panglima hebat tuanku jatuh sakit. Pertemuan mereka dengan ular naga itu menjadi rahsia ketat tuanku dan rombongan itu.

Hanya tuanku masih tenang dalam kejadian itu walau baginda jatuh terduduk ke tanah. Tuanku hanya lemah pada jasadnya, tetapi hati baginda cukup kuat. Iman baginda begitu utuh hasil didikan Tok Ma kepada baginda sejak kecil. Tuanku percaya, dalam dunia ini tiada yang mustahil dengan izin Allah. Dalam dunia ini semua ciptaan Allah. Segala yang dibina manusia itu atas daya pemberian Allah swt. Kekuasaan teragung dan tiada siapa dapat melawan kekuasaanNya.


"Ampun, Tuanku. Kapal dari Pulau Laut telah kembali ke hulu negeri. Kesemua dayang dan hulubalang istana pulau laut juga telah ikut kembali ke sini" Bendahara Maharaja berjalan masuk mengadap tuanku di Balairung Seri Negeri. Tuanku sedikit terkejut.


"Mengapa mereka kembali ke sini?, bukankah itu perintah beta... menjaga istana Pulau Laut itu" Tuanku merenung tajam Bendahara Maharaja.


"Mereka sudah tidak tahan tinggal di sana, tuanku. Istana tiada beraja, tiada pemiliknya.... "Rungut Datuk Bendahara Maharaja.


"Bukankah beta pemiliknya! " Suara tuanku sedikit tinggi. Tetapi baginda teringat pesan Tok Ma. Sebagai Raja Berdaulat, marah itu bukanlah di mulut. Tetapi di mata. Melihat dengan nama Allah. Mendengar hanya pujian kepada Allah. Bernafas kerana Allah. Dan berkata hanya kerana Allah.

"Ampunkan patik, tuanku. Itu adalah keputusan daripada satu suara seluruh dayang dan hulubalang yang tinggal di Istana Pulau Laut" Bendahara Maharaja tertunduk di hadapan tuanku.

"Tetapi alasan itu sajakah bagi kalian? " Tuanku bersuara dengan nada kecewa.

"Sebenarnya, Istana Pulau Laut berhantu, Tuanku! " Terbongkar jua cerita dari mulut Bendahara Maharaja.

"Berhantu?!!! " Tuanku terkejut.

"Mereka seisi istana diganggu dengan kelibat hitam yang berlegar legar di malam hari" cerita Datuk Bendahara Maharaja.

"Apakah benar yang dilihat mereka itu, Datuk. Jangan perkara ini menjadikan kita syirik, Datuk" Tuanku menggeleng gelengkan kepalanya.

"Syirik... apa maksud Tuanku? "

"Kita sebagai manusia menjadi takut kepada perkara lain selain Allah... bukankah itu Syirik. Takut itu bermakna kita tunduk kepada makhluk itu.... "Jawab Tuanku. Datuk Bendahara Maharaja terdiam mendengar kata kata tuanku. Ada benarnya kata kata tuanku itu.

"Patik tidak dapat berbuat apa apa akan kejadian ini, tuanku. Mereka sudah tidak mahu tinggal di sana" Datuk Bendahara Maharaja berkata perlahan. Tetapi masih di dengar tuanku.

"Jika itu keputusan kalian, maka terbiarla Istana Pulau Laut....di mana lagi kita akan mencari "Puteri Buih" . Wasiat Tok Ma hanya tinggal begitu sahaja" Tuanku menghela nafas. Fikirannya buntu.

"Tuanku, cadangan patik.. beberapa purnama sekali patik dan panglima negeri akan ke pulau laut untuk membersihkan Istana Pulau Laut" Cadang Datuk Bendahara Maharaja. Tuanku tersenyum tanda senang hati.

" Baguslah kalau begitu. Senang hati beta mendengarnya. Jika Puteri Buih tidak kita temui, beta yakin pasti ada gunanya Istana Pulau Laut itu" Balas tuanku mengangguk anggukkan kepalanya.


Ketika Tuanku dan Datuk Bendahara Maharaja saling berbual, tiba tiba ketua dayang istana datang mengadap. Tuanku memberi isyarat kepada Datuk Bendahara Maharaja supaya menghentikan perbualan mereka.

"Ampun Tuanku, Patik Ketua Dayang Istana datang mengadap" Wajah Ketua Dayang Istana nampak keletihan dan sedikit cemas.

" Ada apa wahai Mak Dayang" Tuanku memaniskan wajahnya sambil berkata dengan sopan.

"Kami telah selesai membersihkan Kemuning Kekal. Segala barang Tok Ma telah kami letakkan di dalam peti bilik utamanya.. " Jawab Ketua Dayang Istana itu.

"Kalau begitu, beta akan ke sana bersama Datuk Bendahara" Balas tuanku sambil bangun dari singgahsananya. Datuk Bendahara Maharaja dan Mak Dayang mengikut tuanku daripada belakang. Tuanku pantas melangkah menaiki tangga istana kayu Tok Ma. Kayu istana itu masih utuh seperti baru di bina. Tetapi hakikat istana itu sudah hampir generasi ke 3 keluarga Tok Ma mendiaminya. Sehinggala akhir sekali kepada Tok Ma. Kini istana itu tiada pemiliknya kerana Tok Ma tidak meninggalkan waris.

Tuanku melangkah masuk ke bilik utama istana itu. Bilik bekas tempat tidur aruah Tok Ma. Bilik yang tiada berkatil. Hanya beralas tikar mengkuang yang dicelup pewarna merah. Bilik itu sungguh lapang. Hanya ada sebuah bekas talam perak bertutup. Itulah bekas talam sireh Tok Ma. Tuanku mendekati peti kayu milik Tok Ma.

Perlahan lahan Tuanku membuka peti itu. Tuanku masih tercium bau haruman Tok Ma. Bau bedak batu Tok Ma. Bedak batu yang Tok Ma buat sendiri dengan beras pulut. Tuanku selalu mencuri pandang apa yang Tok Ma buat. Bersama Dayang istana Tok Ma menampi beras pulut. Menumbuk beras pulut menggunakan lesung kayunya. Menyanyi lagu lagu pantun dahulukala sambil ketawa. Tuanku begitu rindukan Tok Ma. Kerabat Tertua DiRaja itu telah tiada. Bicara kata yang lembut dan bersopan santun Tok Ma itu terngiang ngiang di telinga Tuanku. Bicara lembut penuh ilmu dan pesanannya.

Mata tuanku tertancap pada sebuah peti kayu sebesar tapak kaki. Perlahan lahan Tuanku mengeluarkan peti itu. Tapi peti kecil itu berkunci. Tuanku menggoncang peti itu. Kedengaran bunyi yang kuat dan agak berat. Tuanku melihat ke bawah peti. Sepucuk kertas terlekat di bawah pelapik baldu peti itu. Kertas itu di lipat kemas dan dilekat menggunakan kanji tepung beras. Di atas kertas itu tertulis tulisan jawi dalam bahasa jawa kuno lama.


" Dipa dah kan em pok nyak ga lik gak si ta dung rak sa sa am pon nyak ra jak bar dau lah"

"Tu ang kuk"

Tuanku menghulurkan pada Bendahara Maharaja isi surat itu. Datuk Bendahara Maharaja mengangguk angguk sambil membawa tulisan jawi itu.

" Untuk Tuanku kalau ikutkan tulisan isi surat ini" ujar Datuk Bendahara Maharaja. Di dalam surat yang terlipat itu terdapat sebuah kunci bersadur emas. Kunci itu terjatuh di kaki Datuk Bendahara Maharaja.

"Ini kuncinya, Tuanku" Datuk Bendahara Maharaja menghulurkn kunci itu kepada Tuanku.

"Mari kita lihat, Tuanku... apa isi peti kecil ini" Datuk Bendahara Maharaja tersenyum. Tuanku membuka peti itu perlahan lahan. Sewaktu peti itu di buka, sebiji batu berbentuk seperti telur ayam tetapi sebesar penumbuk orang dewasa memancarkan cahaya hijaunya. Tuanku menutup semula peti itu. Wajah Tuanku sedikit cemas.


"Batu apakah itu, Datuk?" Tuanku memandang Datuk Bendahara Maharaja.

"Menurut isi surat itu ia adalah Batu Geliga Ular, Tuanku" Jawab Datuk Bendahara Maharaja.


"Batu geliga ular apa, Datuk? Sebesar itu batunya" Tuanku membuka lagi peti batu geliga itu.


"Ular raksasa, tuanku" Datuk Bendahara menjawab tanpa sengaja. Kemudian Datuk Bendahara Maharaja terkejut sendiri dengan jawapannya. Mukanya sedikit lucu. Tetapi tuanku tidak tersenyum sedikit pun. Wajah Tuanku begitu keruh.


"Jika batu Geliganya sudah sebesar penumbuk beta.... inikan pula badannya. Mungkin lebih besar dari kita" Kata Tuanku sambil berfikir. Datuk Bendahara Maharaja cuma mengangguk tanda mengiyakan kata kata dari tuanku.


"Tuanku, bagaimana Tok Ma mendapat batu geliga ini? Ia cuma diberikan kepada tuanku, tetapi tidak dikhabarkan bagaimanakah cara menggunakannya" rungut Datuk Bendahara Maharaja.


"Beta tahu gunanya batu geliga ular biasa. Tetapi beta tidak tahu gunanya batu geliga ular sebesar ini" terang tuanku.

        "Tuanku, adakah ia sama seperti batu geliga biasa? Menyedut bisa ular? " Datuk Bendahara Maharaja sedikit teruja. Batu itu dibelek baginda sehingga cahaya hijau batu itu semakin pudar dan malap. Akhir sekali cahaya hijau itu hilang di tangan Datuk Bendahara Maharaja.

          "Cahayanya sudah tiada... mari berikan pada beta, "Tuanku mengambil batu geliga ular di tangan Datuk Bendahara Maharaja itu. Kemudian cahaya hijau itu kembali terang. Datuk Bendahara Maharaja dan tuanku saling berpandangan.

       "Mungkin ia sukakan tuanku!!! " Tawa Datuk Bendahara Maharaja. Mereka berdua sama sama ketawa lucu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience