Bab 12

Fantasy Series 3187

     Sayyid bertemu Merong Mahawangsa di Istana Malacca. Itulah kali pertama Sayyid bertemu dengan keluarga Merong Mahawangsa dari Langkasuka. Dan itulah kali pertama Sayyid menatap kecantikan Perempuan Melayu Nusantara. Berwajah lembut dan berkulit halus. Sayyid duduk di sisi Merong Mahawangsa sambil merenung gadis gadis Melayu di kawasan Istana Malacca.

     "Apa yang engkau menungkan, Sayyid? Semasa aku bergaduh dengan Edward, kenapa engkau diam???!"Tegur Merong Mahawangsa. Sayyid tersentak daripada lamunannya.

    "Susah aku hendak masuk campur urusanmu dengan Edward, Merong. Aku hanya orang rantau yang mengembara ke sini"Jawab Sayyid tidak mengalihkan pandangan kepada seorang perempuan Melayu yang menumbuk beras sambil ketawa.

    "Tapi engkau saudaraku dan sahabat aku juga"Balas Merong Mahawangsa.

      "Walau kita bersaudara, aku tetap menumpang dalam negerimu"Kata Sayyid merendah diri. Matanya menyoroti pergerakan seorang perempuan Melayu di hadapan Istana Malacca itu.

     "Selama ini aku bodoh, Sayyid. Percayakan Edward!"Rungut Merong Mahawangsa. Dia kesal.

      "Habistu apa yang engkau mahu lakukan?"Sayyid acuh tak acuh bertanya. Dia tidak melepaskan pandangannya kepada perempuan yang menumbuk beras tadi. Perempuan itu tidak berkasut. Kakinya putih melepak sambil memakai gelang kaki agok yang berloceng. Songketnya terselak menampakkan betisnya yang menggiurkan. Sungguh Sayyid diuji. Dia tidak tahu Syaitan sedang berada di kelopak matanya.

     "Aku akan kumpulkan seluruh tenteraku untuk menghalau Portugis dan Edward dari sini!"Marah Merong Mahawangsa sambil menumbuk tiang serambi istana dengan tangannya.

     "Engkau Sultan, Merong. Jagalah adabmu. Jangan sampai kemarahanmu membuat engkau dipandang rendah. Lihatlah seluruh perairan Pulau Sembilan ini, semua di kelilingi dengan anak kapal Portugis. Malah banyak juga kapal kapal saudagar asing yang berlabuh. Jika engkau ingin memerangi mereka, apa akan terjadi kepada orang lain yang tidak berdosa..."Kata Sayyid sambil tersenyum kepada perempuan yang menumbuk beras di halaman Istana Malacca itu. Perempuan itu menyedari Sayyid memandang padanya lantas dia menarik selendang songketnya menutupi rambut dan wajahnya.

      Merong Mahawangsa mendengar kata kata Sayyid itu. Sememang ada betulnya kata kata sahabatnya itu. Dia melihat Sayyid tersenyum. Tetapi bukan tersenyum padanya. Pantas dia mengikuti ekor mata Sayyid. Mata itu tertancap kepada Kudu, Isterinya. Hati Merong Mahawangsa berdebar tiba tiba.

     "Sayyid, apa yang engkau lihat itu? aku disini!"Tegur Merong Mahawangsa tidak puas hati.

     "Kecantikan bidadari dunia!"Balas Sayyid masih tidak lepas daripada merenung Permaisuri Kudu.

     "Mungkin engkau tidak tahu siapa yang engkau renungkan itu, Sayyid Ali!"Suara Merong Mahawangsa tinggi. Sayyid terkejut lantas mengelipkan matanya.

     "Oh, haa, apa ...adakah engkau berkata sesuatu dengan aku tadi?"Ujar Sayyid tergagap gagap.

      "Tidak ada apa apa. Cuma aku ingin memberi amaran padamu, jika hati sudah terpikat, ambil tahulah siapa orangnya dan asal usulnya"Perli Merong Mahawangsa lalu beredar dari serambi istana itu. Sayyid terpinga pinga. Dia tidak sedar Merong Mahawangsa telah melihat perilakunya tadi. Malah dia tidak tahu perempuan yang dilihatnya itu adalah Permaisuri kedua Merong Mahawangsa. Hati Sayyid terpikat kepada Kudu kerana kecantikan perempuan Melayu itu. Dia tidak pernah melihat kelembutan dan kehalusan wajah seperti Kudu. Sayangnya dia tidak sedar yang dia telah jatuh hati kepada isteri Sultan negeri itu.

    Sayyid adalah saudara dan sahabat Merong Mahawangsa. Malah Sayyid terkenal juga di kalangan saudagar dan rakyat di Pulau Sembilan. Dia pernah membantu Merong Mahawangsa sewaktu mereka berperang mendapatkan Langkasuka. Sayyid mempunyai tenteranya sendiri. Dia juga mempunyai beberapa buah anak kapal di perairan Pulau Sembilan. Sayyid dan pengikutnya adalah pendakwah dan saudagar barangan herba dari Arab Saudi dan Turkey. Sayyid adalah salah seorang anak pemimpin Uthmaniyah yang menguasai BaitulMaqdis pada ketika itu. Keluarganya adalah salah seorang pemimpin yang menguasai 4 empayar Uthmaniyah. Ayah Merong Mahawangsa adalah abang kepada ayah Sayyid. Tetapi mereka berpisah kerana Ayah Merong Mahawangsa merantau ke Rom dan bersama keluarga Edward meluaskan empayar mereka. Sementara Ayah Sayyid menguasai empayar di Arab Saudi dan Turkey.Dia adalah salah seorang pemimpin tinggi dalam empayar Uthmaniyah.

      "Assalammualaikum Sayyid Ali..."Seseorang menegur Sayyid dari belakang.

      "Waalaikumsalam.."Sayyid menjawab.

    Syekh Al Qumairi bersalaman dengan Sayyid. Haruman kasturi milik Syekh itu menusuk hidung Sayyid.

      "Mengapa kamu termenung, wahai Sayyid?"Syekh Al Qumairi bertanya. Beberapa orang ahli jemaah di pondok mengaji mereka keluar beramai ramai. Mereka mengangkat tangan dan mengangguk angguk tanda menyapa mesra kepada Sayyid Ali.

     "Aku telah penat merantau, Syekh" Sayyid Ali berkata perlahan.

      "Jadi kamu ingin berhenti daripada menyebarkan agama Allah ini....? adakah iblis berjaya menghasutmu, Sayyid?"Soal Syekh Al Qumairi.

     "Aku rindukan keharuman tubuh badan wanita yang halal, Syekh. Telah lama aku tidak di layan oleh seorang isteri ..."Ujar Sayyid. Dia pun telah lupa sejak bila dia menjadi duda. Syekh Al Qumairi ketawa.

    "Hahaha...jadi kamu ingin berkahwinkah Sayyid?"Tanya Syekh Al Qumairi. Sayyid tersenyum sambil mengangguk angguk.

     "Jadi kamu ingin pulang ke Turkey untuk berkahwin?"Soal Syekh Al Qumairi. Sayyid menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

      "Jadi apa masalahmu, Sayyid?"Syekh Al Qumairi mula keliru.

       "Aku telah menyukai seorang gadis Melayu, Syekh. Aku ingin menjadikan dia isteriku"Jujur Sayyid mengakui perasaannya.

        "Siapakah gadis itu, Sayyid?"Syekh Al Qumairi bertanya.

        "Aku tidak tahu. Dia berada didalam Istana Malacca"Beritahu Sayyid.

       "Bukankah Sultan Mudzaffar saudaramu, mengapa sahaja tidak dirisik darinya??"Soal Syekh Al Qumairi.

     "Aku duda, Syekh. Aku malu untuk bertanya pada Mudzaffar. Dia lebih muda dariku"kata Sayyid tersenyum lalu tunduk. Syekh Al Qumairi hanya mengangguk angguk. Dia ingin menolong Sayyid merisik gadis Melayu itu. Berkahwin itu ibarat mendirikan sebuah masjid. Dia ingin mengambil bahagian dalam menolong Sayyid mendirikan masjid. Menolong orang itu satu kebajikan. Syekh Al Qumairi melakukannya kerana Allah.

      Malam itu Istana Malacca dihiasi lampu pelita yang indah. Puteri Lipur dan dayang dayangnya menyusun di setiap serambi istana. Permaisuri Terung dan Kudu sibuk memasak bersama orang orang istana. Semua pembesar pembesar Pulau Sembilan berkumpul di Balairungseri Istana Malacca. Telah menjadi adat Pulau Sembilan, jika Sultan bertandang ke Istana Malacca, mereka akan berkumpul untuk membincangkan hal permasalahan di Pulau Sembilan. Wakil Portugis dan Edward juga turut di jemput walau Merong Mahawangsa mula mempamerkan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan orang asing itu.

      Permaisuri Kudu dan terung menggantung pulut pulut yang telah di masak. Pulut itu dibungkus dengan daun keladi dan diikat dengan daun kelapa. Sepanjang serambi dapur istana tergantung pulut pulut yang di bungkus itu. Keharuman makanan dan lauk pauk menusuk hidung mereka yang berkumpul di Istana Malacca. Beberapa hulubalang istana memasak lauk pauk di halaman dapur Istana. Beberapa ekor daging rusa yang di bawa pulang oleh Lima Laksamana Puteri Lipur itu di lapah dan di bakar.
Keramaian itu cukup indah bagi Puteri Lipur. Dia betul betul di sambut gembira oleh rakyat Pulau Sembilan.

     Ramai Rakyat Pulau Sembilan datang ke Istana Malacca Malam itu. Mereka sanggup meranduk anak sungai dan mendaki lereng bukit untuk melihat seorang Puteri yang di bawa oleh Sultan Mudzaffar pada hari itu.

     "Hamba dengar Puteri yang dibawa Tuanku bukan orang Melayu. Benarkah?"Sembang Rakyat Pulau Sembilan sambil menjunjung talam yang di perbuat daripada rotan di kepala.

     "Puteri itu tidak seperti orang Melayu. Semasa puteri itu diarak dengan tandu petang tadi, hamba lihat kulitnya putih seperti telur rebus"Balas yang lain bersungguh sungguh. Masing masing teruja mendengar cerita salah seorang rakyat Pulau Sembilan itu. Mereka melangkah menuju Istana Malacca dengan cepat. Keharuman bau makanan telah menusuk hidung mereka. Sepanjang lereng bukit kelihatan penuh dengan lampu demang yang terpacak di sepanjang jalan. Istana Malacca di penuhi dengan rakyat Pulau Sembilan. Ada paluan kompang dan gendang. Ada yang berpencak di halaman istana. Anak muda Pulau Sembilan masing masing menunjukkan bakat mereka. Keadaan itu membuat saudagar asing yang berada di pelabuhan tertarik hati dengan acara keramaian itu. Mereka turut singgah di Istana Malacca.

      Acara di balairungseri cukup singkat. Merong Mahawangsa tidak suka bercakap banyak. Dia hanya memperkenalkan Puteri Lipur dan Laksamana Tuah, Jebat,Kasturi, Lekiu dan Lekir. Para Pembesar negeri saling berbisikan apabila melihat Puteri Lipur. Mereka tidak tahu asal usul puteri itu. Bisikan mereka direnung tajam oleh Tuah dan Jebat. Laksamana itu ditugaskan melindungi Puteri Lipur. Anak gadis Mekong itu masih muda. Umurnya baru mencecah 15 tahun. Laksamana yang bersama Puteri Lipur akan memastikan Puteri Lipur dalam keadaan selamat.

    "Lipur...!"Panggil Tuah.

    "Ada apa Tuah?"Sahut Lipur berlari mendapatkan Tuah di serambi istana.

     "Esok lepas Tuanku berangkat balik, kami akan ke Gunung Ophir"Beritahu Tuah.

      "Benarkah??Aku mahu ikut kalian"Pinta Lipur tersenyum. Matanya yang sepet tidak kelihatan sewaktu dia tersenyum.

      "Apa engkau tidak mahu ikut Tuanku pulang ke Langkasuka?"Soal Jebat.

      "Tidak, Jebat.Tadi Tuanku bertitah di Balairungseri, aku akan uruskan semua kiraan cukai perdagangan di Pelabuhan.."Cerita Puteri Lipur.

      "Tentu orang orang asing tu tidak suka .."Kasturi menjuihkan bibir kepada Edward dan beberapa orang portugis yang berbual sambil makan di halaman Istana Malacca.

     "Aku faham bahasa mereka..."Puteri Lipur bersuara.

     "Oh..aku lupa engkau anak lanun...."Tawa Lekiu. Puteri Lipur mencebikkan bibirnya.

     "Mereka merungut kerana Tuanku mula ambil tahu pasal apa mereka bawa ke pelabuhan pulau sembilan dan apa mereka bawa pulang ke negeri mereka"Cerita Puteri Lipur.

      "Habistu tak kan pulak mereka tidak mahu membayar cukai di pelabuhan....ini kan negeri tuanku"Ejek Lekir bercekak pinggang.

      "Aku akan buktikan...aku bukan pemerintah perempuan yang biasa. Aku cucu Si Relap Reli pelita api, disusun bergigi di bakar berapi..."Ujar Puteri Lipur bersemangat sambil mengibarkan selendang nipisnya.

      Tuah dan Jebat saling berpandangan.Sungguhpun mereka masih belasan tahun, tapi kemantapan mereka dalam berperang telah di latih oleh Kerajaan Jawa.Malah dalam usia belasan tahun kelima lima laksaman itu telah ada angkatan tentera mereka sendiri. Mereka telah melatih tentera mereka sendiri dengan kemahiran yang dipelajari dari Bentan. Guru mereka bukanlah calang calang orang. Guru mereka seorang yang berketurunan Sunan iaitu keramat Wali Songo di Pulau Jawa.

   "Mengapa kalian ingin ke Gunung Ophir?" Soal Puteri Lipur.

     "Kami rindukan Puteri Buih..budak kecil yang comel itu..."Tawa Tuah.

     "Hey, dia anak saudara aku dan masih kecil" Bentak Puteri Lipur kebudak budakkan.

     "Kau cemburukan?"Usik Jebat.

      "Huhhh...Tuah Laksamana yang tak ke mana....Lipur pun tak ingin"Tawa Lipur. Tuah mencebikkan mukanya. Keempat empat laksamana itu ketawa melihat gelagat Lipur dan Tuah. Sungguh mereka kelihatan muda dan keanak anakan, tetapi kecekapan mereka berenam tiada tandingannya.

     Puteri Lipur mahir memanah dan bermain kerambit. Malah dia pantas menunggang kuda walau kawasan yang berbukit atau berair. Dia telah di latih oleh ibunya Puteri Ratna Gumilah Sari sewaktu di Pulau Jawa. Sedangkan Tuah mempunyai kebolehan menghilangkan dirinya dan bermain senjata. Tuah juga mampu berlari dengan tidak memijak tanah atau mengapungkan diri diatas air. Kelebihan Tuah sangat luar biasa kerana ilmu kebatinan yang di kuasainya. Dia masih muda tetapi dia mampu melakukan apa yang dia pelajari dari gurunya di Bentan.

    Jebat pula mempunyai kelebihan membelah tanah dan bermain senjata. Andai dia menumbuk tanah, rekahannya akan menelan musuh. Kelebihan Jebat berbeza daripada Tuah dan Puteri Lipur.

    Sementara Kasturi, Lekiu dan Lekir mampu menolak air untuk memusnahkan musuhnya. Mereka bertiga juga hebat bermain senjata. Ketangkasan mereka dalam ilmu mempertahankan diri tidak di ketahui Merong Mahawangsa kerana kelima lima laksamana itu kelihatan sungguh muda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience