Bab 8

Fantasy Series 3187

Kaki Tuanku menapak tanah lumpur. Capalnya terpejal di dalam selut. Baginda tunduk menarik capalnya sambil terbongkok bongkok. Hati kecilnya memberi isyarat akan marabahaya apabila baginda memegang tanah lumpur di situ.

Tiba tiba bunyi teriakan seorang budak perempuan kedengaran di tengah sungai. Tuanku pantas berdiri sambil memegang kerisnya yang tersisip di pinggang. Tuanku menyorok di sebalik pohon kayu di tebing sungai itu. Baginda terkejut melihat seorang anak perempuan kecil menunggang seekor buaya putih sambil menjerit jerit. Tuanku tidak pasti adakah jeritan anak kecil itu ketakutan atau keriangan. Mungkin buaya putih itu ingin memakan anak kecil itu, getus hati tuanku. Baginda menanggalkan bajunya dan terjun ke dalam sungai itu. Sang Buaya putih sangat terkejut dengan kedatangan seorang lelaki di hadapannya. Belum sempat buaya putih itu ke pinggir tebing, tuanku telah menarik anak kecil itu dan membawanya berenang ke tebing. Sang buaya putih pantas mengejar kerana lelaki itu membawa lari anak kecilnya.

Di tebing sungai ada sebuah kanu kayu. Pantas tuanku menaikkan anak kecil sambil berdepan dengan buaya putih itu. Tuanku memeluk belakang buaya tersebut untuk mengelakkan diri baginda di gigit oleh buaya. Air sungai berkocak kuat dengan perlawanan tuanku dan buaya putih. Buaya putih mengangakan mulutnya untuk menggigit tangan kanan tuanku. Pantas tangan kiri tuanku menikam mata buaya. Darah memancut keluar sedangkan keris tuanku terpacak di mata buaya. Anak perempuan kecil tadi menjerit ketakutan. Ketika buaya itu menggelupur tuanku naik ke tebing sungai. Seorang perempuan sedang menangis. Dia memeluk anak kecilnya. Tuanku cuba mendekati mereka.

Perempuan itu bangun sambil menghunus tombak ke arah tuanku. Baginda terkejut kerana perempuan itu bertindak begitu setelah dia menyelamatkan anak kecil itu daripada dibaham buaya.

"Siapakah gerangannya engkau lelaki kejam!!???Berani menikam suami hamba!!!" perempuan itu menjerit sambil menghunus tombaknya.

"Suami???" Tuanku terkejut sambil menoleh ke arah sungai tempat buaya tadi ditikam. Baginda melihat bangkai buaya putih itu telah tiada. Di tebing sungai penuh dengan darah. Seorang lelaki merangkak naik ke tebing. Perempuan dan anak kecil yang comel itu pantas mendapatkan lelaki di tebing. Tuanku terkejut apabila melihat badan lelaki itu beransur ansur menjadi manusia sepenuhnya.

Dengan pantas Tuanku berlari mendapatkan lelaki yang tertiarap di tebing. Baginda mengoyakkan ikatan kain pinggang seluarnya lalu membalut mata lelaki itu. Mulut baginda terkumat kamit membaca sebuah surah Al Quran untuk menghentikan darah lelaki yang menjadi buaya itu. Dengan izin Allah darah berhenti daripada memancut keluar. Baginda menutup mata lelaki tersebut dengan kain pelapik.

"Maafkan hamba..."Pinta tuanku dengan wajah penuh kesal tanpa memberitahu kepada mereka baginda adalah raja di dalam negeri itu.

Lelaki buaya memegang lengan tuanku sambil mengangguk angguk lemah.

"Kerana itu hamba juga keliru...sehingga terlupa hamba adalah seekor buaya putih jadian.."Jawab lelaki tersebut. Tuanku agak terkejut dan sangat hairan. Itulah kali pertama baginda melihat seorang manusia mempunyai ilmu jadian.

Tuanku memapah lelaki yang cedera bersama ke kapalnya. Sebuah kapal berwarna hitam yang besar berlabuh di sebuah teluk yang terlindung dengan gunung gunung bertebing batu. Gunung itu menjulang tinggi di kedua dua tebing sungai. Lelaki itu terbaring di dalam kanu kayu. Isterinya memeluk erat suami serta anak perempuan mereka.

Tuanku memapah lelaki itu naik ke kapal. Kapal besar berwarna hitam bernama "Black Mekong". Tuanku teringat akan nama Mekong. Ia adalah nama gelaran abangnya.

"Siapakah gerangan lelaki ini, menantu?" seorang lelaki lebih tua muncul dari belakang mereka. Raja Puteri dan tuanku sama sama menoleh.

"Abang...Mekong...."Terpacul kata kata itu daripada bibir tuanku. Mekong tersentak. Tuanku tidak menyangka dapat bertemu dengan abangnya.

"Merong....."Pantas Mekong memeluk adiknya.Lama mereka berpelukan sehingga menitis air mata jantan masing masing. Menantu Mekong, Raja Puteri tidak faham akan peristiwa itu. Dia terpinga pinga sambil duduk di sebelah suaminya. Anak kecil Raja Puteri duduk di atas ribanya memerhatikan datuknya bercakap cakap dengan lelaki yang menikam ayahnya.

"Aku tidak menyangka dapat bertemu denganmu, Merong...sudah lama aku bersembunyi dari ayahanda..."Ujar Mekong perlahan.Suaranya kendur.

"Bukankah ayahanda telah jatuhkan hukuman bunuh pada abang.."Merong mengerutkan dahinya. Tetapi abangnya itu tidak di bunuh.

"Benar, aku sepatutnya mati kerana tidak berjaya menyelamatkan Pulau Sembilan.."Jawab Mekong kemudian dia menyambung lagi.

"Tapi Bendahara Perak tidak bunuh aku. Tok Seri Nara Agar Di Raja yang menyelamatkan aku..."jelas Mekong.

"Maksud abang Tok Ma???"Merong terkejut. Mekong mengangguk angguk sambil memegang bahu adiknya. Mereka berpelukan lagi dan Merong berasa sangat gembira dapat berjumpa dengan abangnya semula. Selama ini dia menyangka abangnya itu telah mati di hukum bunuh oleh ayahanda mereka selepas Pulau Sembilan jatuh ke tangan Portugis.

"Merong...mari aku kenalkan, mereka ini anak menantu dan cucu aku..."Jelas Mekong merapati Raja Puteri, anak lelaki dan cucunya.

"Dengan siapa abang berkahwin?" Merong bertanya.

"Hahaha...."Tawa Mekong memecah hening kapal. Beberapa orang anak kapal menoleh ke arah mereka sambil ketawa juga.

"Dengan siapa????!!! Kalian!!. Adikku ingin tahu siapakah isteriku" Mekong ketawa besar kegembiraan. Merong tahu abangnya sememangnya suka berperangai begitu.

"Merong, aku berkahwin dengan anak Tok Ma..."Beritahu Mekong.

Seorang perempuan keluar dari bilik kemudi kapal. Mekong dan Merong saling berpandangan melihat perempuan itu. Perempuan berambut panjang lurus dan bermata sepet. Badannya putih kurus dan tinggi. Hidungnya seperti muncung ikan dan berbibir mungil. Merong terpesona.

"Lipur, panggilkan ibumu!"Mekong bersuara keras.

"Baik ayah" Puteri itu berpatah balik ke belakang kapal sambil di usik oleh beberapa orang anak kapal di situ.

"Ayah???" Merong tidak menyangka secantik itu anak gadis abangnya.

"Merong, aku berkahwin dengan anak perempuan kepada Tok Seri Nara Agar Di Raja dan Sayyid Al Qadir Jailani yang bernama Puteri Ratna Gumilah Sari" Terang Mekong.

" Jadi siapakah sebenarnya tok ma dan isterimu?" Merong tidak berpuas hati. Wajahnya agak kusut.

"Tok Ma adalah pemerintah seluruh Pulau Sembilan sebelum ayahanda kita datang menjajah mereka. Pulau sembilan terkenal dengan pusat dagangan paling pesat pada ketika itu kerana tok ma telah berkahwin dengan seorang ulama bernama Sayyid Al Qadir Jailani dari empayar uthmaniyah. Malah pulau sembilan adalah pusat permulaan penyebaran agama islam di pelosok negeri ini"Cerita Mekong. Barulah Merong faham kenapa selama ini Tok Ma hidup tersangat zuhud dan banyak kekayaannya di serahkan kepada orang lain.

"Aku ke sini mencari puteri buih yang di maksudkn oleh Tok Ma sebelum dia meninggal dunia"Jelas Merong. Mekong tersentak mendengar penjelasan adiknya.

"Benarkah Tok Ma telah meninggal dunia???"soalnya

"Benar abang"

"Innalillahwainnalillahhirojiun" ucap Mekong perlahan. Barulah Merong faham dan tahu abangnya juga telah memeluk agama islam. Sungguh berbeza dengan ayah mereka yang masih menganut agama Hindu Buddha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience