Bab 2

Fantasy Series 3187

Hari khamis, malam Jumaat. Tok Ma semakin tenat. Orang ramai yang menziarahi Tok Ma mulai lengang. Tuanku dan keluarga DiRaja tidak pernah meninggalkan Tok Ma. Bacaan Yassin tidak putus putus dari siangnya. Tok Ma memberi isyarat kepada Tuanku.

"Tok harap janji tuanku pada Tok Ma dipegang teguh. Hilir negeri milik pewaris tok ma. Anak cucu Tok Ma" Tok Ma merenung dalam mata tuanku. Hati tuanku tersentuh sambil mengangguk angguk tanda setuju. Lidahnya kelu.

"Tok harap istana di Pulau Laut jangan diabaikan. Ia milik seorang Puteri".Pesan Tok Ma. Tok Ma terbatuk batuk.Nafasnya semakin lemah.

"Tok Ma, Ku cuma nak tahu nama puteri itu..... bagaimana jika Ku tidak dapat bertemu dengan puteri itu Tok Ma... " Tuanku menyatakan kerisauan hatinya.

"Nama puteri itu adalah Puteri Buih. Ku pasti akan bertemu dengan Puteri itu kelak. Andai Ku tidak dapat bertemu dengan Puteri Buih, Ku mesti tunaikan janji Ku pada Tok Ma" Suara Tok Ma agak perlahan. Tuanku tersenyum pada Tok Ma sambil menganggukkan kepalanya.
"Puteri Buih.... "Bisik tuanku perlahan. Tok Ma tersenyum.

"Ash..hadu.. allailla. hail.. lallah.."Suara Tok Ma lemah. Tetapi masih dapat di dengar oleh Tuanku. Perlahan lahan mata Tok Ma terkatup. Seketika nafas Tok Ma yang turun naik itu telah berhenti. Tuanku berasa bungkam dan sebak. Air mata tuanku mengalir sambil tuanku menutup wajah Tok Ma dengan kain selendang putih di tepi pembaringan Tok Ma.Tok Ma telah pergi buat selamanya mengadap tuhan yang satu, Allah swt. Tok Ma telah pergi selamanya tetapi wasiat Tok Ma di hati tuanku. Wasiat dan pesanan Tok Ma membuat tuanku memikul satu amanah yang besar.

Setelah kemangkatan Kerabat Tertua DiRaja, Istana kayu Tok Ma semakin suram dan sunyi. Tiada lagi kemeriahan rakyat negeri datang bertandang untuk berubat. Tiada lagi gelak ketawa anak anak rakyat negeri bermain di halaman Tok Ma. Tiada lagi bau minyak herba Tok Ma. Tiada lagi bau akar kayu Tok Ma yang direbus dibawah istana. Tiada lagi akar kayu dan daun ubat yang di jemur di halaman rumah. Segalanya tinggal kenangan. Tuanku termenung di jendela istananya mengadap istana kayu Tok Ma. Lama Tuanku merenung istana kayu Tok Ma. Pemergian Tok Ma meninggalkan wasiat untuk Tuanku tunaikan. Tetapi ilmu Tok Ma tidak di warisi oleh sesiapa. Ruginya.

Tuanku masih memikirkan bagaimana baginda ingin mencari "Puteri Buih". Ia cuma nama samaran. Mana mungkin ada orang benar benar bernama "Buih". Lagi lagi jika seorang perempuan. Adakah yang sanggup meletakkan nama anak mereka dengan nama "Buih". Tuanku termanggu di tempat istirehat baginda. Baginda mengambil keputusan untuk pergi ke istana Pulau Laut

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience