Bab 11

Fantasy Series 3187

Mekong melepaskan kedua orang isteri adiknya dan Datuk Bendahara Maharaja. Berkali kali dia meminta maaf kepada Merong Mahawangsa. Tetapi hubungan mereka menjadi dingin.

"Aku dan isteri isteriku akan pulang ke Langkasuka hari ini.." Beritahu Merong Mahawangsa sewaktu mereka duduk di luar kapal pagi itu. Peristiwa semalam masih berbekas di hati mereka berdua.

"Maafkan aku, Merong. Aku telah berjanji tidak akan pulang ke Tanah Abang lagi. Aku dah putuskan aku akan hidup sebagai orang Sungai dan orang Laut...."Ujar Mekong memegang bahu adiknya.

"Aku akan pulang sebagai Raja Boneka...Tapi aku akan buktikan juga aku dan anak cucuku tidak akan tunduk kepada Portugis" Merong Mahawangsa berkata tegas.

"Baiklah, jika engkau berkata begitu Merong, aku akan sentiasa menyokongmu. Tapi dengan satu syarat, jangan sesekali engkau dan orang orangmu menganggu urusan aku merompak!"Kata Mekong memberi amaran.

"Aku juga ada syarat denganmu Mekong....jika engkau merompak, jangan sampai engkau memisahkan ibu dan anaknya atau memisah satu keluarga kerana engkau tahu bagaimana sakitnya berpisah dengan saudara kandung..."Pesan Merong Mahawangsa. Mereka saling berpandangan. Hati Mekong tersentuh lantas memeluk adik kandungnya itu.

"Jika engkau, keluarga atau pengikutmu ingin bertemu denganku, jangan disebut nama Mekong...tapi sebutlah nama Ahmad sebagai isyarat kepada orang orangku...pasti mereka tidak akan mencederakan engkau atau merompak engkau lagi"Pesan Mekong menepuk bahu Merong Mahawangsa.

"Baiklah. Aku juga ada isyarat untukmu. Jika engkau atau orang orangmu ingin bertemu denganku di Istana Pulau Sembilan yang bernama Istana Malacca. Jangan di sebut nama Merong Mahawangsa, tapi sebutlah nama Sultan Mudzaffar, kerana aku di kenali dengan nama itu" Pesan Merong Mahawangsa.

"Baiklah. Tetapi aku minta maaf kepadamu kerana aku tidak membenarkan engkau membawa pulang Puteri Buih. Cucuku itu tidak seperti kanak kanak perempuan lain" Kata Mekong. Dia tahu Awang dan Raja Puteri sangat sayangkan Puteri Buih. Dia adalah satu satunya anak perempuan mereka. Puteri Buih adalah satu satunya pewaris Kerajaan Pattani dan Kerajaan Hilir serta Hulu Langkasuka selepas kemangkatan Tok Ma. Merong Mahawangsa tidak mempunyai zuriat walau dia telah mempunyai dua orang isteri.

"Aku tak dapat menunaikan wasiat Tok Ma untuk membawa pulang Puteri Buih.."Keluh Merong Mahawangsa termenung jauh.

"Tapi aku benarkan engkau membawa pulang Puteri Lipur ke Pulau Sembilan. Dia mempunyai kemahiran berniaga dan mengira kerana dialah yang membantu aku dalam mengira harta rampasan dari pedagang pedagang kaya ke Pulau Sembilan" Beritahu Mekong.

"Benarkah katamu ini?"

"Benar Merong. Engkau bawalah Puteri Lipur dan jagalah dia dengan baik. Tetapi siapa dia engkau harus merahsiakannya daripada sesiapa pun. Aku tidak mahu orang lain tahu aku masih hidup"Pesan Mekong. Merong Mahawangsa tersenyum sambil mengangguk angguk.

Petang itu selepas selesai mereka menunaikan solat zohor, Merong Mahawangsa bersama rombongannya pulang ke Langkasuka. Mereka membawa pulang Puteri Lipur dan dayang dayangnya. Mekong turut memberikan Merong Mahawangsa lima orang laksamana terhandal dari kerajaan Puteri Ratna Gumilah Sari. Lima Laksamana itu diarah untuk menjaga keselamatan Puteri Lipur. Mereka adalah Tuah, Jebat, Kasturi, Lekiu dan Lekir. Sebelum keberangkatan rombongan Merong Mahawangsa, Mekong meminta adiknya itu berjanji akan menjaga Puteri Lipur dengan baik. Malah berkali kali Mekong berpesan kerana dia teramat menyayangi anak perempuannya itu. Merong Mahawangsa juga telah memberitahu rancangannya kepada Mekong untuk menjadikan Puteri Lipur menantunya. Persetujuan dan perjanjian telah dimaterai sehingga Merong Mahawangsa terlupa akan kehendak Aslam, anak angkatnya. Aslam mungkin tidak dapat menerima Puteri Lipur.

Semua ke lima lima Laksamana yang di berikan Mekong kepada Merong Mahawangsa bukanlah calang calang pengikutnya. Mereka adalah ketua kepada Lima Armada tentera perang milik Kerajaan isterinya di Jawa. Tetapi Merong Mahawangsa tidak mengetahui akan rahsia itu. Dia menganggap lima laksamana itu seperti lima Panglima bersaudaranya sahaja. Merong Mahawangsa tidak tahu Tuah sahaja telah memiliki beribu ribu kapal perang di perairan Laut China Selatan. Belum lagi Jebat, Kasturi, Lekiu dan Lekir. Dengan satu arahan sahaja perang bisa meletus di perairan mereka. Tetapi Mekong telah memberikan arahan kepada ke lima lima laksamana itu agar taat dan setia kepada suami Puteri Lipur. Suami Puteri Lipur bakal Sultan di Pulau Sembilan. Jadi ke lima lima laksamana itu telah bersetuju dan bersumpah akan taat setia bersama Sultan kerajaan Pulau Sembilan.

Sebelum pulang ke Langkasuka, Merong Mahawangsa singgah di Pulau Sembilan untuk bertemu Sayyid dan Edward. Telah lama dia tidak bertemu dengan kedua dua orang sahabatnya itu. Ketibaan mereka di pelabuhan telah di ketahui oleh Sayyid dan Edward. Pelabuhan yang sibuk dengan pedagang dan orang orang Portugis. Merong Mahawangsa tidak menyenangi bangsa asing itu. Hatinya telah di racuni Mekong. Dia baru sedar akan kebodohannya selama itu. Orang orang asing itu tidak langsung menghormati dirinya walau dia adalah Sultan dalam negeri itu.

"Ampun Tuanku, rombongan kita kene meranduk anak sungai untuk ke Istana Malacca. Istana Tuanku telah di pindahkan ke kaki sebuah Bukit tidak jauh dari sini"Beritahu Datuk Bendahara Maharaja.

"Di mana Datuk?"Soal Merong Mahawangsa terkejut .

"Di sana Tuanku" Datuk Bendahara Maharaja menunjukkan sebuah Istana yang besar di tengah hutan dan berada di lereng bukit. Jelas kelihatan dari pelabuhan tempat orang orang luar berdagang itu.

"Cis..Edward!"Getus hati Merong Mahawangsa. Hatinya jelek.

"Datuk akan ikut saya bertemu Sayyid dan Edward. Sementara yang lain bolehlah ke Istana Malacca untuk berehat"Perintah Tuanku kepada rombongannya. Mereka menjunjung perintah lalu beredar menuju Istana Malacca. Merong Mahawangsa dan Datuk Bendahara Maharaja berjalan menuju rumah rehat Edward dan Sayyid.

"Hai Sahabat! Lama engkau tidak ke mari" Edward menyambut Merong Mahawangsa dengan riang.

"Ya Edward. Aku sibuk selepas Tok Seri Nara Agar Di Raja Mangkat. Dia adalah orang tuaku..."Jawab Merong Mahawangsa.

"Innalillahwainnalillahhirojiun" ucap Sayyid.

"Maafkan aku, Merong. Aku sibuk di sini sehingga tidak datang melawat engkau di Langkasuka" ujar Edward menepuk bahu Merong Mahawangsa.

'Ya, engkau sibuk mengaut keuntungan. Lalu engkau telah lupa erti persahabatan dan janji kita"Perli Merong Mahawangsa.

"Apa maksudmu Merong?"Suasana menjadi tegang. Sayyid memegang bahu Merong Mahawangsa.

"Aku tidak suka "mereka" Edward. Mereka menjajah Pulau Sembilan dan menawan negeri Tok Ma...Abang aku tidak dapat mempertahankan takhtanya...pada ketika itu engkau tidak menolong kami pun untuk menghalang mereka"Marah Merong Mahawangsa.

"Benar Merong. Mereka menjajah Pulau sembilan dan aku tidak menolong engkau. Semuanya kerana keuntungan"Edward tersenyum.

"Engkau gadaikan persahabatan dengan aku kerana keuntungan!" Merong merenung tajam ke mata Edward. Tiada kejujuran di mata Edward.

"Benar, orang Melayu Nusantara tidak pandai, Merong. Lama aku beri peluang untuk membantu tanah jajahan ayahmu ini. Tetapi orang Melayu Nusantara tida ada kemahiran membina mahupun berniaga..."Kutuk Edward.

"Jadi, kerana itu engkau mengambil kesempatan membawa Portugis ke mari. Engkau bersekutu dengan mereka yang sebangsa dan seagama dengan mu???"soal Merong Mahawangsa.

"Benar, aku mengaku Merong aku bersekutu dengan mereka. Tetapi mereka merampas Pulau Sembilan tanpa pertumpahan darah. Mereka menyusup secara senyap. Abangmu bersetuju melepaskan Pulau Sembilan kerana dia telah melihat kekuatan Portugis. Dia tidak mahu rakyatnya banyak yang mati" Terang Edward. Barulah Merong Mahawangsa faham kenapa ayahnya murka dengan abangnya Mekong. Semua gara gara ugutan Potugis yang di rancang oleh Edward.

"Tidak cukup lagikan negara India yang besar itu Edward???Engkau tamak ..."Marah Merong Mahawangsa.

"India tidak banyak kekayaan seperti Pulau Sembilan, Merong. Di sini adalah pulau yang paling strategik diantara orang dari barat dan orang dari timur.Ia di tengah tengah. Malah tanah negerimu subur. Banyak hasil hutan yang dapat kami gunakan untuk perniagaan. Orang Melayu Nusantara mahir bercucuk tanam. Tetapi sayangnya, mereka tidak pandai berniaga"Tawa Edward seperti mengejek. Hati Merong sangat panas. Tetapi Sayyid memberi isyarat supaya Merong Mahawangsa tidak melawan Edward. Sayyid bimbang Merong Mahawangsa akan di tangkap dan dikurung di dalam kurungan bawah tanah milik Portugis. Edward sangat baik dengan orang orang Portugis kerana mereka berniaga. Malah Edward dan orang orang Portugis saling bertukar hasil perdagangan mereka untuk di bawa ke negara masing masing.

Banyak bahan pembinaan bangunan dan tembok yang di bawa oleh Edward dari negaranya. Portugis akan membeli daripada Edward untuk membuat kota kota di Pulau Sembilan.

"Edward, mengapa engkau mengalihkan Istana Malacca? Ia adalah kebudayaan negeri Pulau Sembilan..engkau telah buang ia ke dalam hutan!!"Marah Merong Mahawangsa sebelum dia ingin beredar dari rumah rehat itu.

"Aku tidak buang ia Merong. Aku cuma pindahkan ia ke dalam hutan di lereng bukit. Istana Malacca terlampau besar. Semua rakyatmu duduk di kawasan istana Malacca. Mereka menganggu kerja kerja orang Portugis untuk meluaskan pelabuhan Pulau Sembilan. Pedagang akan bertambah dan semakin pesat...aku tidak mahu sesuatu yang tidak berguna berada di situ"Tutur Edward selamba.Dia langsung tidak beradab.

"Edward!!!engkau terlalu biadap denganku"Merong Mahawangsa menghentak tangannya ke meja Edward.

"Aku harap engkau tidak mencampuri urusan Pulau Sembilan lagi....cukuplah engkau duduk jauh dari Pulau Sembilan ini, Merong. Langkasuka sesuai dengan kehidupanmu..."Balas Edward bercekak pinggang. Hati Merong bagai disiat sembilu. Dia tidak menyangka Edward sanggup berkhianat dengannya kerana ingin mengaut keuntungan.

"Langkasuka memang milikku, tetapi Pulau Sembilan milik anak cucu Tok Ma. Engkau perlu ingat itu, Edward. Hilir negeri ini milik anak cucu Tok Ma" Jelas Merong Mahawangsa lalu beredar keluar bersama Sayyid dan Datuk Bendahara Maharaja.

   Merong Mahawangsa tidak tahu Edward adalah bangsa yang hanya inginkan keuntungan. Edward mengejar kekayaan dan kemajuan. Edward tidak mementingkan hubungan tanpa ada keuntungan pada dirinya. Kasihan rakyat Pulau Sembilan. Mereka semakin ditindas oleh Portugis dan Edward yang secara perlahan merampas pelabuhan Pulau Sembilan itu. Merong Mahawangsa tidak akan berdiam diri. Dia akan lakukan sesuatu untuk mendapatkan Pulau Sembilan kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience